NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, June 14, 2011

SILATURAHMI/ PERSAUDARAAN


CUCU SAUDARA AWANG DAN BAPANYA SYAWAL

KULIAH DI GANTIKAN PERJUMPAAN SILATURRAHIM DAN PERBINCANGAN KE GARUT

Salam

Ahad 12 Jun 2011 kuliah yang di atur untuk program Kohatsa di teruskan di rumah saya. Tak di sangka hubungan silaturrahim dapat di jalinkan dengan suami anak saudara saya yang kini bertugas di London. Kepulangan mengejut bersama anaknya kerana bapanya menjalani pembedahan. Alhamdulillah di zaman teknologi canggih ni masih lagi ada anak saudara yang merantau ingat untuk bersilaturrahim dengan emak saudaranya. Di fahamkan anak saudara saya akan terus bertugas di UK dan cuba mendapat kerakyatan di sana. Saya sokong sikap global ini, umur panjang kami dapat juga berziarah ke UK. Ameen

Satu musibah berlaku di kariah seksyen 7 kerana seorang ibu muda di jangkiti demam denggi berdarah dan anaknya di kesan meninggal dalam kandungan. Urusan jenazah terpaksa di uruskan pihak Surau AtTaqwa. Wabak denggi yang menjadi-jadi kini merisaukan kami penduduk di Shah Alam dan saya teringat satu masa dulu kami pernah mengadakan solat hajat di semua surau. Kesan denggi ini khabarnya ibu muda terlibat masih dalam rawatan ICU di hospital kerana kerosakan buah pinggang. Doa saya keluarganya banyak bersabar. Suami saya bergegas melawat keluarga yang di timpa musibah.

Sewaktu ketiadaan suami saya perbincangan yang menggantikan kuliah berkisar tentang aturcara lawatan anggota Kohatsa ke Garut pada 28 Jun. Kami sepakat supaya di cari katering yang baik sepanjang lebih 20 peserta berada di Indonesia nanti.

Sebelum bertolak ke Bandung pada 8 Jun saya memang berhasrat menjalin silaturrahim dengan adik ipar kenalan saya daripada Singapura. Adiknya (lelaki) baru sahaja meninggal dunia. Atas dasar bertakziah saya ingin bertemu dengan Marhaini (panggil Ani) di Bandung. Alhamdulillah nawaitu yang baik di permudahkan Allah dan kami bersama Ani sepanjang hari di Bandung selepas urusan di Garut.

Seorang wanita yang masih muda (38 tahun) dan perlu di santuni kerana tanpa seorang suami ternyata kehidupannya sepi (tidak di kurnia anak) dan terabai (tiada saraan). Doa saya kepada Ani yang baru di timpa musibah agar bersabar dan berdoa agar Allah gantikan musibah dengan yang lebih baik. Projek wakaf yang di asaskan arwah suaminya di fahamkan melibatkan banyak program termasuk sembelihan korban di musim Haji. Begitu juga projek mengumpul dan menyumbang 500,000 Alquran kepada pihak yang memerlukan sedang berjalan lancar. Saya mungkin ingin menyertai projek wakaf ini melalui produk hasil Galeri Mawaddah,antaranya menghantar telekung ke kawasan pendalaman di seluruh dunia Islam insyaAllah. Kini saya memegang kuat prinsip "if you don't have a dream, you cannot make a dream come true." Semoga cita-cita saya di perkenan Allah. BERSAMA ANI SEWAKTU DI BANDUNG

Sepanjang bersama Ani saya dan teman musafir merasa amat mesra walaupun kami baru bertemu. Dari tempat jualan borong tekstil sampai ke pasar baru beliau menjadi tuan rumah yang paling suka menolong. Beliau bertegas membawa semua barang-barang kami yang berat dan berjalan agak jauh mencari apa yang kami ingin beli. Akhirnya dek keletihan kami naik beca ke tempat pertemuan pulang. Yang anihnya naik beca ini bila tiba di lorong sempit Wak beca akan maju kehadapan menarik beca dari depan. Kenangan yang tidak mudah saya lupa menjalin silaturrahim dengan Ani di Bandung.

Seorang lagi kenalan adik saya di Bandung yang sering membantu mencarikan keperluan kami ialah Bu'Ati dan suaminya Mukhsin. Dengan susah payah mengharung macet bermotosikal kedua suami isteri ini sentiasa sedia menyahut pertolongan kami. Sewaktu bertemu di lobby Hotel Aston saya bertanya tentang Allahyarhamah Yoyoh. Terus suaminya keluar membelikan majalah yang ada dimuatkan di dalamnya sisipan mengenai perjuangan Ibu Yoyoh.

Membaca latarbelakang arwah Ibu Yoyoh saya memang rasa amat kerdil. Selain komitmen yang tinggi bersuara di Parlimen Indonesia dan memperjuangkan hak rakyat Palestin arwah pandai mengatur masa menjaga anak-anaknya yang 13 orang dan istiqamah dengan amalan soleh. Wajah jasadnya kelihatan tersenyum seolah beliau telah nampak janji Allah kepada jiwa yang tenang dan penuh jihad kembali bertemu Tuhannya. Dalam diam saya saya turut mimpikan kesudahan yang sama dengan Allahyarhamah, ameen.

Tiba waktu kepulangan ,setibanya kami di Lapangan terbang LCCT urusan pengangkutan terpaksa menaiki teksi airport kerana kami membawa dua kayu besar kain ela. Sekali lagi saya berhadapan dengan seorang pejuang wanita kali ini sebagai pemandu teksi. Sepontan saya mengucap kagum dengan karier wanita ini. Rupanya beliau seorang bekas jurulatih di Akademik Memandu yang kini telahpun di tutup kerana projek jutaan ringgit ini tidak mendapat sambutan. Dari mula perjalanan beliau bercerita dan bercerita tentang ketidakpuasan hatinya terhadap pelbagai keputusan pentadbiran kerajaan. Suami saya ingin mencelah menyatakan beliau bekas pegawai kerajaan namun saya halang agar beliau terus bercerita tanpa rasa gentar.

Antara isu yang di bangkitnya ialah harga petrol yang tinggi, tol dan kutipan sewa yang tidak mencukupi membayar pelbagai bayaran yang di tanggung seorang pemandu pengangkutan 'premier'. Saya pun kurang arif dengan sistem 'outsourcing' pengurusan pengangkutan di lapangan terbang kerana yang jelas pemandu yang sering merungut pasti kurang selesa membawa penumpang. Tahap professional seorang pemandu juga bergantung kepada layanan majikan. Saya bersimpati dengan golongan yang tertindas begini, namun berat juga mulut ingin bertanya bagaimana urusan kerohanian pemandu yang beragama lslam, jaga waktu solat ke atau bagaimana?

Antara kesan penutupan Akademi Pemandu yang di sebutkan ialah ramai eksekutif syarikat yang terpaksa mencari kerja sebagai pemandu bas, lori dan kontainer. Mereka berkelulusan tinggi dan berkemahiran termasuk pernah memberi ceramah kepada peserta daripada luar negara. Kebetulan pemandu kami ini seorang yang fasih berbahasa Inggeris di mana beliau kini menjalankan kerja part time memberi latihan kepemanduan kepada staf dan keluarga syarikat antarabangsa yang berpejabat di Malaysia.

Menarik juga profession pemandu yang pertama kali saya didedahkan bahawa mereka bukan calang-calang orang yang kita mungkin menganggap tidak professional. Kadangkala 'we receive what we think' apa yang kita prasangka terhadap pemandu di negara kita kadang-kadang menjadi kenyataan, sedangkan pemandu di luar negara, katalah di Singapura sekalipun kita anggap lebih professional, lebih mesra dan lebih bertangggungjawab. Sesuatu kena berubah diperingkat cara rakyat Malaysia melihat profession bidang pengangkutan yang agak penting ini.

Di akhir perjalanan baru saya perkenalkan diri saya seorang aktivis NGO membantu ibu tunggal dan terlibat dalam kraf kitarsemula. Terus beliau menyatakan dirinya bekas ibu tunggal yang menyara 8 orang anak bersendirian lebih 10 tahun. Kini beliau baru sahaja berumahtangga semula dengan seorang duda, alasan berkahwin professionnya kurang selamat jika bertaraf 'single', waAllahu'alam. Tapi saya kagum dengan semangat juang beliau yang satu-satunya pengalaman saya di pandu seorang wanita. Kami bertukar kad dan harapan saya silaturrahim ini membuahkan sesuatu yang hanya Allah yang akan mentakdirkan. Saya sempat memberi contoh kraf yang mungkin beliau berminat mewar-warkan kepada kenalannya sebagai usaha pemasaran yang mampu saya lakukan.

Isnin 13 Jun kelas fiqh Semasa menjalin silaturrahim dengan peserta yang bercuti dua minggu berturut-turut. Begitu juga kumpulan Usrah dan kelas Talaqi Alquran sebelah tengahari dan petang selepas berpisah sejak dua minggu.

Selasa 14 Jun saya dikunjungi seorang lagi anak saudara yang kini giat mempelopori pakej WIFI PuncakLangit untuk di sebar ke seluruh Malaysia. Doa saya projek berpotensi ini di berkati Allah dan mendapat sambutan hangat masyarakat ke arah mencapai taraf negara maju serta dapat menjana pendapatan lumayan kepada yang terlibat,ameen.

Tengahari Selasa seorang biras saya di Semenyih bertanya rancangan menunaikan Umrah keMekah satu bulan bersama Opah (ibunya). Katanya Opah ingin sangat bersama saya dan suami pergi berUmrah sebagai usaha mengeratkan silaturrahim. Begitu juga dalam hati saya yang merindukan Opah, semoga Allah permudah nawaitu suci kami dan tahun ini (Ogos) kami dapat lagi peluang menghabiskan Ramadhan di tanah suci. Ya Allah permudahkan...

Petang Selasa silaturrahim dengan adik saya yang datang daripada Batu Pahat mengubat rindu. Beliau memaklumkan anak lelaki tunggalnya akan bertunang. Alhamdulillah dapat memanjangkan silaturrahim dengan calun bertuah daripada Kangar Perlis. Calon tunang juga khabarnya ingin bermastautin di Australia, alhamdulillah, luaslah dunia musafir emak saudaranya yang suka bermusafir ini insyaallah, jika di panjangkan umur.

Rabu 15 Jun kesempatan berada di Galeri Mawaddah untuk melihat perkembangan semasa. Agak sepi jualan kini, namun saya menggunakan kesempatan menyediakan bahan untuk dua ceramah yang saya di jemput menyampaikan, antaranya mengenai Isra Mi'raj dan peranan Masjid alAqsa serta motivasi kepada peserta remaja Rumah Puteri Arafiah(dahulunya Rumah Balkis). Semoga Allah permudahkan persiapan ini kerana terlalu lama saya tidak berceramah. Saya turut mendapat berita teman daripada Singapura akan berada diKL pada hari Jumaat dan ini memudahkan saya menyampaikan barang pesanan daripada adik iparnya Ani di Bandung.

Khamis 16 Jun silaturrahim dengan teman sekuliah program Harfiah Alquran, alhamdulillah kami menyentuh pelbagai topik yang memberi ruang cara berfikir baru, antaranya memikirkan peranan Hadis yang sepatutnya menggerakkan umat lslam ke arah kecemerlangan, namun kini perkembangan minda umat lslam melihat hadis hanya sebagai bahan nostalgia wujudnya sebuah masyarakat lslam contoh di bawah pimpinan Rasulullah saw yang memang 'perfect'. Kita jarang mengkaji bagaimana hadis di kumpulkan bermula daripada fasa mendidik jiwa masyarakat lslam langkah demi langkah untuk menampilkan akhlak yang sempurna. Ke arah itu semua bersetuju ruang menambah ilmu perlu di teruskan, termasuk memahami fiqh lslam semasa.

Semoga catitan harian saya menjadi peringatan kepada diri yang sering lupa. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment