Khamis 26 Mei 2011. Saya bersyukur dapat hadir kelas harfiah bahasa Arab Alquran pagi ini walaupun terpaksa meninggalkan pengajian awal.
Mesin Photo Book telah di tempatkan di Galeri Mawaddah pagi ini sebagai lokasi mencetak gambar sahaja. Urusan pemasaran dan mencari pelanggan akan di jalankan oleh pihak lain. Semoga urusan mengadakan khidmat ini dapat membantu pendaptan semua pihak yang terlibat terutama para pelabur.
Difahamkan mesin ini satu-satunya di Malaysia kerana di tempat lain ia tidak menyertakan software untuk merekabentuk gambar yang hendak di bukukan. Mungkin gambar sekitar lawatan ke Turki akan menjadi contoh photobook yang dapat menarik minat pelanggan, insyaAllah.
Dalam pengajian harfiah bahasa Arab hari ini di sentuh isu 'Wang Dinar Emas'.
Satu perubahan yang dilakukan Kamal Ataturk di Turki ialah menggantikan wang dinar khalifah Othmaniyyah dengan shillings, hari ini di panggil Turkish Lira (TL). Ustaz kelas harfiah menegaskan hadis Rasulullah saw bahawa di akhir zaman nanti tiada apa yang bernilai lagi maka simpanlah dinar emas dan perak. Saya akan menyemak kedudukan hadis ini untuk rujukan dan perbincangan di lain masa.
Dalam program di Surau AtTaqwa baru-baru ini salah satu ceramah yang di adakan ialah mengenai Wang Dinar,namun sambutan amat dingin sampai merajuk pihak yang menganjurkan kuliah,saya hanya mohon maaf di atas kurangnya minat masyarakat sekitar tentang wang dinar. Sewaktu di tunjukkan sekeping wang dinar emas terlintas di hati saya ingin memilikinya, insayaAllah satu masa nanti akan saya usahakan sebagai meyakini hadis yang di sebut diatas.
UPDATE: Dinar Emas dan Dirham Kelantan
Saturday, May 28, 2011
KOTA BHARU, 28 Mei 11: Kelantan Golden Trade (KGT) mensasarkan 20,000 peniaga yang berminat menerima urusniaga Dinar dan Dirham bagi menyemarakkan penggunaan mata wang syariah. Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad berkata, tindakan proaktif itu bagi mempopularkan semula penggunaan mata wang syariah di kalangan umat Islam.
"Untuk 2011 kami target pendaftaran 20,000 kedai termasuk kedai kepunyaan non-muslim yang sedia menerima Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah.
"Dan diharap ia menjadi pencetus kepada pembayaran gaji kakitangan kerajaan, pembayaran zakat dan aktiviti jual beli rakyat menggunakan Dinar dan Dirham" katanya pada persidangan media sempena Kempen Dinar Emas Kelantan 2011 di sebuah hotel di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KGT, Umar Ibrahim Vadillo. Sekarang lebih 2,000 pekedai berdaftar dengan KGT di seluruh Malaysia. Nik Mahani juga berkata, KGT kini berusaha menyemarakkan lagi penggunaan mata wang syariah, di mana telah dimulakan kempen sejak dua bulan lalu di Kuala Lumpur.
"Di samping mendekati rakyat, program itu juga dilaksanakan sempena pelancaran Projek Printis Pasar Terbuka Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan," ujarnya.
KGT juga melancarkan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memudahkan pengguna mengetahui harga harian Dinar dan Dirham pada sepanjang tahun. Selain itu KGT turut menyertai Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan pada 29 Mei di Balai Islam. (Dengan izin blog Warta 365)Menutup tirai Travelog Turki hari ke lapan dan kesembilan kali ini saya yakin semua peserta pakej tidak sekali-kali akan melupakan pengalaman melawat Istana TopKapi yang bermaksud palace of Cannons. Selain kehebatan seniukir dan hiasan ia juga menggambarkan di zaman emas menjadi tukaran kekayaan Khalifah Othmaniyyah memang tidak tertanding.
Malah kumpulan Yahudi yang ingin melobi tanah Palestin di hadapan Sultan Abdul Hamid II membawa bungkal wang emas yang mana telah di tolak mentah-mentah oleh Sultan tersebut kerana komitmennya yang tinggi untuk menjaga tanah suci wakaf umat lslam. Begitulah semangat terakhir yang di paparkan dalam sejarah lslam,namun pendustaan sejarah menyebabkan kita umat lslam kurang mengambil berat nasib agama yang mulia disisi Allah ini.
Lokasi Istana Topkapi di kelilingi perairan Laut Marmara, Tanduk Emas dan Selat Bospherous. Selama 400 tahun ia menjadi kediaman resmi sultan-sultan Othmaniyyah mempamerkan senibina Khalifah Othmaniyyah yang terulung.
Selepas tertubuhnya Republik Turki istana Topkapi dijadikan muzium yang menyimpan khazanah peninggalan kesultanan khalifah othmaniyyah serta peninggalan Rasulullah saw, sahabat-sahabat baginda dan juga Nabi-nabi sebelumnya. Taman-taman di sekeliling istana amat cantik,kebetulan musim bunga sekarang, malah ada yang khas untuk bunga tulip sahaja.
Di hujung lawatan di Istana Topkapi kami singgah di kedai buku untuk membeli buku rujukan tentang Turki dan sekaligus saya sempat membeli CD lagu instrumental Turki. Ramai peserta lain yang membeli cenderahati untuk kenangan.
Sewaktu menaiki bas awal pagi peserta wanita di hadiahkan pemandu pelancung sekuntum bunga mawar merah sempena hari ibu. MasyaAllah..masing-masing mula rindukan anak-anak di Malaysia. Apa pun ini hiburan kepada kami di perantauan, alhamdulillah.
Selepas menikmati makan tengahari yang lazat kami terus ke jetty untuk cruise sekitar selat Bosphorus sambil membawa bunga mawar untuk bergambar ramai.
Keindahan laut Bosphorus tidak tergambar dengan kata-kata sahaja. Kami melalui sepanjang pesisiran termasuk melihat lstana ala Eropah tinggalan sultan khalifah othmaniyyah yang memang mewah. Di akhir pemerintahan Khalifah khabarnya kemewahan telah bertahta di hati kaum kerabat sultan dan ini merupakan kelalaian yang mengundang kelamahan.
Angin sejuk sepanjang cruise terasa sekali,bagi yang kurang bertahan terpaksa masuk kedalam kapal berehat dan minum hidangan 'apple tea'.
Kami kemudiannya melawat shopping mall terbesar di lstanbul dan bagi yang ingin menjama' solat mencari masjid di sana. Yang lain akan menunaikan solat sekembali ke hotel. Pemadu pelancung mencarikan kami CD instrumental perang Turki dan saya ambil kesemuanya (tiga unit) untuk sovenir adik yang menaja pakej ini, alhamdulillah.
Hari ke sembilan kami berpeluang melawat spice bazaar yang amat besar dan boleh sesat dengan pelancung yang ramai sekali. Kebetulan makan tengahari tidak disediakan dalam pakej kami membeli kebab untuk makan dalam perjalanan ke lapangan terbang.
Mujurlah kami bujet masa ke airport lebih awal kerana setibanya di airport kami di maklumkan kapalterbang akan berlepas awal satu jam. Alhamdulillah elok sahaja kami melepasi imigeresen Turki pesawat MAS sedia berlepas.
ABADIKAN GAMBAR DI AIRPORT ISTANBUL BERSAMA KAPTAN BAS DAN CHECK IN PULANG KE KL
Selesailah sudah ziarah kenangan di Turki. Pastinya nostalgia akan terus menggoda hati ini untuk ingin pergi lagi ke destinasi yang banyak memberi pengajaran jatuh bangunnya empayar yang menerajui Turki. Doa saya sewaktu meninggalkan Turki ialah agar bangkit satu generasi Muhammad AlFatih yang taatkan perintah Allah dan Allah akan memberi kemanangan sesuai ayat AlQuran Surah Muhammad: 7
'Jika kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu dan menetapkan tapak kaki kamu'
Terasa menitis air mata syahdu memikirkan saya telah menjadi tetamu ziarah negara bersejarah ini. Sebagai bekalan silaturrahim saya mengedarkan cenderahati dari Malaysia yang tidak kesampaian di berikan sewaktu dalam musafir kepada anggota pakej, semoga kami di pertemukan di jalan Allah satu hari nanti, insyaAllah.
Sempat juga salah seorang peserta pakej menghulurkan sumbangan kepada program Surau AtTaqwa bila kami memaklumkan pulang ini kami akan sibuk mengadakan persiapan program tersebut. Semoga Allah mengganjari Dato' yang memberi sumbangan ini berlipat ganda, ameen.
Alhamdulillah saya telah menyempurnakan hajat dan janji melakarkan ziarah bersejarah ke Turki. Ia mungkin bukan standard travelog namun sekadar mencatit perjalanan hidup saya di senja hidup ini,mungkin ada sedikit faedah kepada sesiapa sahaja yang membacanya terutama anak cucu dan saudara mara anggota Kohatsa.
Beberapa lawatan mungkin saya terlepas pandang tidak di catitkan antaranya pada hari ketujuh kami di bawa ke Grand Bazaar membeli rempah kebab dan kekacang. Masa untuk membelibelah di Grand Bazaar dan Spice Market terlalu singkat dan perlu di beri ruang yang lebih lain kali.
Begitu juga pemerhatian saya sepanjang tempoh kami berada di Turki rupanya ada satu persidangan First lady yang di sertai 70 peserta wanita daripada Malaysia. Ada di antara kami yang di anggap peserta persidangan kerana kakak saya bertemu isteri seorang pemimpin sewaktu di airport Istanbul. Saya tidak dapat komen tentang FLOM ini tapi saya ada berjanji ingin menulis tentang First ladies of Islam, semoga di permudahkan, ameen.
No comments:
Post a Comment