NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, May 24, 2011

TURKEY: SEE YOU AGAIN


Salam

Selasa 24 Mei 2011. Satu berita sedih saya terima dalam email, kembalinya kerahmatullah Ukhtie Yoyo ahli Dewan Rakyat Indonesia mewakili PKS. Lahir tahun 1962 mempunyai 13 orang anak dan amat besar sumbangan kepada dakwah umat lslam di lndonesia. Diri saya yang lebih berumur ini rasa kerdil berbanding sumbangan Yoyo yang begitu besar. Sedekah alfatehah untuk ruhnya yang kini bersama Allah Maha Pencipta.

Isnin 23 Mei 2011 bermula dengan pengajian fiqh semasa,di ikuti usrah,makan tengahari dengan adik di restoran Chinese Muslim dan petangnya bersama anak ke Subang USJ membeli beberapa keperluan, termasuk buku. Perkembangan yang baik anak saya kini sudah mula meminati membaca kisah sejarah pejuang lslam dan pemimpin dunia. Minat beliau mula tercetus dengan novel sejarah Muhammad AlFatih, alhamdulillah, semoga ia petanda perubahan cara berfikir yang positif .SEKITAR PROGRAM BERSAMA KOMUNITI

Dua hari Sabtu dan Ahad perayaan Program Bersama Komuniti Seksyen 7 mengisi diari saya padat. Suami saya selaku Pengarah program terpaksa meninggalkan program kerana berlepas ke Paris atas urusan rasmi menghadiri satu Conference mewakili Syarikat GLC jam 11.50 malam Sabtu 21 Mei. Jam 2.00 petang hari yang sama satu trajedi tanah runtuh yang mengorbankan lebih 10 orang anak-anak yatim sekolah Tahfiz Attaqwa di Hulu Kelang mengejutkan kami, semoga ruh anak-anak yatim kesayangan Allah mendapat rahmatNya, ameen.REMAJA MERUPAKAN PESERTA PALING RAMAI

Mengimbau acara yang di atur sepanjang program bersama komuniti ia agak menarik terutama perlawanan Futsal remaja yang di hadiri lebih 200 peserta peringkat umur 12-17 tahun. Perlawanan secara league amat memuaskan citarasa remaja kerana puas bermain melawan beberapa team sebelum team yang handal muncul juara pada hari Ahad 22 Mei. Syabas kepada krew futsal yang bertungkus lumus sepanjang dua hari. Satu tugas yang bukan senang untuk di selaraskan. Para refree terpaksa berjemur di tengah panas matahari sepanjang perlawanan berlangsung. Semoga sedikit ganjaran sebagai menghargai jasa mereka dapat segera di bereskan. Saya mendapat maklum bujet program banyak terlepas pandangan. Ada yang menunggu kepulangan Pengarah Program pada 26 Mei untuk mengadu hal. waAllahu'alam.

Majlis di kunjungi dua tetamu saya daripada Bandar Baru Bangi dan Kapar. Alhmdulillah mereka menambahkan jumlah pengunjung yang amat sedikit dalam program baru-baru ini. Apa yang baik dalam program jadikan tauladan dan perancangan kurang tersusun jadikan iktibar.

Sebaik habis program hari Ahad Kohatsa mengadakan kuliah mingguan di tempat biasa seksyen 11 Shah Alam. Pertemuan ahli keluarga bersilaturrahim boleh membuka pintu keberkatan dan murah rezeki insyaAllah. Saya dan kakak suami isteri sempat menziarahi teman sepakej ke Turki di rumah agam seksyen 7. Berkali-kali Dato' tuan rumah menegaskan harta dunia tak ada makna apa-apa dan rumah besarnya pernah di tawar 12 juta namun ia akan wariskan kepada anaknya seorang doktor. Datinnya pula mempelawa kami menyertai cruise ke south Hampton UK selama 13 hari sampai ke Norway. Kos pakej RM14k seorang. Kami senyum sahaja, almaklum sahajalah kami bukan jutawan. Semoga Dato' dan Datin sentiasa di berkati Allah, khabarnya mereka giat berinfaq di sana sini,alhamdulillah.

Menyambung travelog Turki hari ketujuh, kami meninggalkan persekitaran Gunung Bolu yang amat cantik pemandangannya menuju ke Istanbul yang jarak perjalanannya 224 km. Cuaca yang agak sejuk di Gunung Bolu berubah kepada selesa dan kami sempat singgah melihat paragaan baju hasil kulit (leather) di sebuah kedai pakaian kulit berhampiran Istanbul.

PANORAMA DARI ATAS JEMBATAN BOSPHORUS

Kami melalui Jambatan Bosphorus merentangi Selat Bosphorus yang menghubungkan benua Asia dan benua Eropah. Jambatan ini siap di bina dalam tahun 1973. Panorama daripada jembatan amat 'spectacular' dengan beberapa perbezaan pembangunan ketara pesat di sebelah Eropah berbanding di sebelah Asia.

Pemandu pelancung mencadangkan agar lawatan ke Masjid Biru, Muzium Aya Sophia dan membeli Turkish Delight (produk manisan Turki) di awalkan untuk memberi masa yang lebih kepada lawatan ke Topkapi Palace pada hari kelapan. Kami menurut sahaja.

Pelancung agak ramai di sekitar Masjid Biru pada hari Sabtu dan sewaktu mengambil wuduk kaum wanita terpaksa beratur agak lama. Teringat kesesakan di Mekah waktu hampir waktu solat. Apa pun setelah solat jama taqdim kami berpeluang melihat senibina masjid yang amat cantik.DALAM MASJID BIRU

GAMBAR KENANGAN DI HADAPAN MASJID BIRU,KELIHATAN IMEJ AYA SOPHIA

Masjid ini di bina pada tahun 1609 di atas tapak bekas lstana Empayer Byzantine berhadapan dengan Gereja Aya Spphia (hagia Sophia) iaitu statusnya sebelum penaklukan tentera Othmaniyyah. Pembinaannya membuktikan bahawa senibina Turki Othmaniyyah setanding dengan senibina Byzantine. Nama arkitek Masjid biru ialah Sedefhar Mehmet Aga, anak murid arkitek agung empayar othmaniyyah Mimar Sinan. Masjid yang menjadi mercutanda bandar Istanbul ini mempunyai enam menara azan,masyaallah...bergema kalimah Allahu Akbar keluar daripada enam corong! Satu ketika dahulu (sebelum 1960) azan di seru dalam bahasa Turki "Allah Buyut"-serupa tak berazanlah ketika itu, waAllahu'alam. DALAM MUZIUM AYA SOPHIA

Kami kemudiannya ke muzium Aya Sophia yang menyimpan di dalamnya tiga fasa tamaddun:Pertama ia pernah menjadi sebuah gereja sewaktu empayar rom memerintah, kedua sebagai sebuah masjid selepas penaklukan Sultan Muhammad AlFatih dan selepas Kamal Ataturk memegang kuasa beliau menjadikan Aya Sophia sebagai muzium hingga sekarang.

Sultan Muhammad AlFateh pernah berkata ' Barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sophia kembali kepada gereja maka akan berolehlah baginya KUTUKAN dan LAKNAT dariku dan dari Tuhan Masjid ini." Ternyata setelah di ubah menjadi muzium tidak ada lagi orang sujud dalam bangunan ini, waallahu'alam siapa yang menerima laknat kata-kata Sultan yang terkenal ini.

Keunggulan senibina Aya Sophia memang mengkagumkan, ia membuktikan tamaddun sebelum zaman moden sebenarnya lebih memberi erti kerana setiap decor membawa makna yang besar kepada penganut agama samawi,lslam dan kristian. Pameran di Aya Sophia mempamerkan tinggalan lslam dan kristian dan banyak lagi.

Meneruskan lawatan jauh juga kami terpaksa berjalan melintasi bekas tinggalan Hippodrome iaitu medan sukan dan sosial dalam era kegemilangan Empayar Byzantine di mana di adakan aktiviti lumba kuda dan chariot. Kini hanya tinggal beberapa monument kesan di robohkan sewaktu pembinaan Masjid Biru.TURKISH DELIGHT

Kesesakan pelancung dan bas-bas pelancung menyebabkan Kapten Bas kami mohon agar bertemu di suatu tempat sesuai selepas semua ziarah selesai dan kami berjalan lagi menuju kekedai 'Turkish Delight'. Dalam bas sewaktu perjalanan ke Istanbul pemandu pelancung telahpun mempromosi pelbagai citarasa manisan Turki ini dan mudahlah kami membuat keputusan membeli juadah untuk di bawa pulang.

Saya terfikirkan beg 'travel light' lantas membeli ala kadar. Satu iktibar jika pergi melancung pakej kena bawa beg besar kerana barang-barang lebih mudah di uruskan. Travel light hanya sesuai jika kita melancung 'bag pack' dan menaiki pelbagai jenis keenderaan awam.

Tiba di hotel di tengah-tengah bandar Istanbul yang sarat bangunan kami keletihan, terus makan malam dan rehat sebaiknya. Keadaan hotel yang menyediakan hanya single bed tidak kami hiraukan walaupun kami berada dua malam di sini. Di saat akhir melancung ini tak larat untuk komplain, terima seadanya dan ambil iktibar jika ada peluang lagi melancung ke Turki, 'see you again Turkey' dalam suasana lebih baik. Pemandu pelancung pun mengambil peluang pulang kerumahnya selepas menguruskan check in dan beliau pun kelihatan letih dengan perjalanan jauh selama tujuh hari.

Bah 2 akan di sambung insyaAllah.

No comments:

Post a Comment