NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, May 30, 2011

THE SILENT MAJORITY


RAKAMAN DI FRANCE


Salam

Jumaat 27 Mei, dan Sabtu 28 Mei 2011 saya meraikan suami baru pulang daripada France. Antara acara bersama ialah pergi membelibelah, semacam shopping di France lah, malah lebih murah daripada nilai EU.

Tapi apabila outlet Subway menjual kopi RM3 'harga semacam di France' kata suami saya, waAllahu'alam, setahu saya ok je, tapi RM3 tu sama dengan harga Nasi lemak 'Le Arab' keluaran Galeri Mawaddah.

Nak iklan sikit, bagi sesiapa yang berminat nak tempah Nasi Lemak 'Le Arab', jangan lupa hubungi saya atau pembantu saya Puan Harison, 017 614 2173. InsyaAllah sedap dan Puan Harison pun baru saja memenangi pertandingan memasak sambal tumis dalam program Bersama Komuniti di Surau AtTaqwa baru-baru ini.

Apa pun sepanjang hari Sabtu saya berada di Galeri Mawaddah mengadakan beberapa pertemuan dengan wakil Butik Siti Khadijah, pengusaha Photobook dan pembantu baru di lantik serta stokis 'SmartHerbs'. Cadangan menggunkan kraf majalah sebagai mempromosi cholekat keluaran Galeri Mawaddah di bincangkan. Kiranya tidaklah bersama suami sangat. Saya mendoakan kesemua kegiatan keusahawanan ini akan mencapai kejayaan cemerlang insyaAllah.BEKAS CHOKELAT MENGGUNAKAN KRAF MAJALAH


Ahad seperti biasa kuliah keluarga Kohatsa di teruskan di rumah saya. Alhamdulillah walaupun tidak ramai yang dapat hadir kerana cuti sekolah baru bermula saya yakin yang hadir banyak mendapat manfaat daripada kuliah Ust Miftah pemidato hebat ini. Isu penting yang di kupas ialah katahanan jiwa yang di rujuk daripada kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf (surah yang di turunkan 111 ayat sekaligus)

Tokoh seorang pemuda tampan dan kacak Nabi Yusuf mampu menolak ajakan wanita cantik dan berpengaruh semata-mata kerana berIMAN dan takutkan azab Allah, di tolong Allah untuk bertindak bijak dan berjiwa ikhlas. Pemuda dan belia hari ini nauzubillah merelakan nafsu menguasai dan hilanglah ketokohan mereka. WaAllau'alam..saya masih ada anak muda di rumah, cucu-cucu pun kian remaja, susah hati di buatnya dengan persekitaran yang buas tak terkawal. Menurut kajian kesan persekitaran menyumbang 1/3 kepada pembentukan peribadi seseorang selain manhaj atau program tarbiyyah Islam serta contoh tauladan teman, rakan sebaya ,ibu bapa dan masyarakat sekitar.

Tajuk di atas saya pilih kerana terkesan dengan komen yang di suarakan Yusuf Islam dalam temubualnya diMorocco melalui Luxe.TV. Apabila di tanya wartawan apa istimewanya beliau menganut agama lslam beliau menjawab lslam bermula dengan selamat (peace) dan berakhir dengan selamat (ucapan salam). Antara komennya mengapa perubahan sukar berlaku ialah kurangnya semangat kepimpinan di kalangan masyarakat yang perihatin termasuk umat lslam yang rata-rata menerima sahaja apa yang disajikan kepada mereka dalam bentuk cara hidup, cara berfikir dan merancang kehidupan masa depan. Mereka selesa menjadi 'silent majority'.

Saya akur mungkin saya juga salah seorang daripada 'silent majority' kerana membenarkan pelbagai mungkar berlaku di depan mata, mutakhir ialah Himpunan Sejuta Belia 2011 (28-30 Mei) di Puterajaya yang salah satu logo tarikannya ialah gambar berunsur porno.

Isnin 30 Mei pukulan musim cuti sekolah ketara sekali. Ramai teman dan rakan yang bermusafir, berumrah, ke Europah dan kemana sahaja melancung bersama keluarga. Kami berehat sehari untuk berpuasa namun kelas Fiqh semasa masih di teruskan dan team projek Garut perlu menyediakan business plan untuk membantu pengurusan projek.

Saya mendoakan Allah permudah segala hasrat kami yang ingin menjaga keikhlasan beramal dan tidak membatalkan amal tersebut di sebabkan banyak kelemahan kami. Sedikit usaha kearah pembaikan umat di harap mengangkat kami keluar daripada 'silent majority' insyaAllah.

No comments:

Post a Comment