Khamis 19 Mei 2011. Kelas harfiah bercuti, alhamdulillah juga kerana banyak urusan perlu di selsaikan menjelang program Surau AtTaqwa Seksyen 7 Shah Alam bersama komuniti pada 21 dan 22 Mei. Program kaum wanita nampaknya tidak ada yang sanggup mengendalikan kerana kesibukan.
Cadangan mengadakan jualan amal termasuk buku-buku dan pakaian memerlukan kerja menyaring daripada simpanan. Saya mengambil kesempatan menyusun semula rak buku dan 'spring cleaning' bilik yang lama tidak menerima sentuhan tuan rumah yang sentiasa sibuk.
Teringat janji menyiapkan travelog Turki skrip kedua akhir. Suami saya pulang membawa sebuah buku yang saya cari sebelum ke Turki tapi tidak berjumpa "Travelog Turki Bumi Khalifah oleh Jhaz Kitaro, seorang doktor perubatan yang suka bermusafir ke serata dunia.
Menyelak muka surat buku yang berharga RM45 ini serta membuat pautan blognya 'Aku sebutir pasir' ternyata apa yang saya lalui dan rasai penulis sama rasai. Beliau dan temannya memperinci bumi Turki hingga ke Troy yang kami tidak lawati dan mereka bebas bergerak dengan segala jenis keenderaan kerana musafir tidak mengikut pakej. Syabas kepada anak muda seperti penulis ini kerana semangat jihad melalui musafir sambil belajar memang menginsafkan.
Rumusan ramai pelancung yang telah melawat Turki serupa iaitu kagum dengan kecantikan lanskap Turki, penduduknya, jatuh cinta dengan tamaddun dan sejarahnya yang kaya dengan pelbagai ibrah. Yang pasti kejatuhan pemerintahan Khalifah Othmaniyyah selama 600 tahun bukan kerana kekuatan pihak musuh tetapi sebaliknya adalah kerana kelamahan umat lslam sendiri yang telah 'derailed' (tergelincir dari landasan) akidah yang sejahtera.
Sekembali daripada Turki saya ada berbincang dengan seorang tokoh yang melihat kekuatan umat lslam di Turki sebenarnya telah di hancurkan pihak musuh sewaktu peperangan dunia pertama lagi dengan cara memecahkan kekuatan suku kaum Kurdish kepada beberapa kawasan. Musuh menyedari kekuatan bangsa kurdish yang pernah menampilkan anak bangsanya menyelamatkan masjid AlAqsa bernama Sallahuddin alAyubi.
Terasa sedih dan marah dengan perancangan musuh lslam, namun takdir Allah memerlukan pelaksanaan takdir itu dengan lebih baik setelah kalah, maksudnya satu usaha konkrit perlu di buat oleh umat lslam, terutama di Turki sebaik kekalahan khalifah untuk bangkit semula dengan yakin kerana Allah bersama orang-orang yang beriman. Isunya ialah bagaimana barometer iman dikalangan umat Turki yang telah terpukul dengan sistem sekular yang menolak lslam mentah-mentah?
Kini fenomena krisis identiti berlaku di kalangan rakyat Turki. Mereka ingin mengulang kegemilangan zaman lslam namun kekangan ilmu dan kurang komitmen pemerintah untuk mengagungkan syariat lslam memundurkan langkah mereka.Contohnya Universiti Istanbul masih lagi mengharamkan pelajar wanita menutup aurat!
Di saat Turki ingin menyertai European Union mereka perlu memilih identiti kerana rata-rata EU masih menganggap Turki sebagai 'the sickman of Europe' Apa pun setelah bermusafir ke Turki saya amat faham betapa sukarnya pemerintah yang ada sekelumit iman dan rasa sayangkan lslam ingin membuat perubahan kerana generasi yang ada sekarang adalah hasil dasar sekular sejak tahun 1924. Satu generasi baru perlu di bangkitkan jika benar identiti rakyat Turki sebagai pelopor kegemilangan era lslam ingin di ulang kembali.
Marilah kita belajar daripada sejarah dan kesan musafir dengan menginsafi bahawa kelemahan umat lslam di zaman mana sekalipun adalah di sebabkan krisis identiti (tidak kenal diri). Tepuk dada tanya IMAN. Orang beriman yakin kepada janji Allah dan Rasulnya dimana sejarah penaklukan Turki sendiri adalah hasil keyakinan sekelompok umat lslam terhadap sebuah hadis Rasulullah saw yang menyebutkan bahawa Konstantinopal akan berjaya di takluki oleh pemimpin yang terbaik dan tentera yang terbaik. Sejarah Muhamad Alfatih dengan identiti keislamannya yang kental dididik oleh bapanya dan seorang ulama besar Syamsuddin Wali...bagaimana umat lslam kini? Adakah umat lslam hari ini sedang mengulangi fenomena krisis identiti yang berlaku di Turki? waAllahu'lam
Travelog Turki hari ketujuh dan kelapan akan menyusul insyaAllah.
No comments:
Post a Comment