NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, May 10, 2011

TURKEY: ONCE THE SICK MAN OF EUROPE 1

SILATURRAHIM PESERTA MUSAFIR KETIKA PULANG DI KLIA


ANTARA PESERTA SENIOR CITIZEN DALAM ROMBONGAN-AWAL MUSAFIR DI KLIA

Salam

Selasa 10 Mei 2011 saya dan rombongan musafir ke tanah bersejarah Turki selamat sampai di KLIA jam 5.00 pagi. Alhamdulillah satu kenangan indah bersama 17 peserta yang majoriti warga emas berumur lebih 60 tahun.

Jet lag masih mendera mata yang ingin di tiduri namun saya ada tugas besar untuk bercerita tentang musafir indah di bumi Turki kerana ingin menjadikan cerita dalam blog ini sebagai travelog Turki.

Empat objektif saya letakkan disaat melangkah untuk bermusafir ke Turki: satu, menjadikan musafir ibadah dan amal soleh melihat kebesaran Allah di bumi Turki dan berharap amal tidak terbatal dengan sikap dan sifat mazmumah (akhlak buruk), dua, sebagai wasilah silaturrahim antara peserta musafir yang semuanya beragama lslam, tiga, memanfaatkan kedudukan musafir yang di maqbulkan doa agar dapat berdoa sebanyak mungkin terutama persiapan menghadapi mati dalam iman, di redhai Allah mendapat rahmat syurga dan umat lslam mendapat kemenangan seperti yang pernah di janjikan Rasulullah saw dan akhirnya di beri kemampuan menulis trevelog Turki.

Alhamdulillah setelah 8 hari menjelajah ke merata tempat bersejarah di Turki saya mula menilai mengapa satu ketika dahulu Turki di anggap SICK MAN OF EUROPE sehingga mencabar naluri 'marah' Kamal Ataturtuk untuk bangkit mempertahankan maruah bangsa Turki melalui penubuhan 'the young Turks' dan akhirnya beliau berjaya memerintah Turki dengan falsafah sekular dan nasionalistiknya.

Abang ipar saya yang ikutserta rombongan menyatakan 'berbaloi' kos untuk pakej yang begitu padat dengan lawatan bersejarah dan layanan yang amat baik di berikan oleh syarikat pelancung. Ketua rombongan seorang petugas syarikat berumur 22 tahun sering di anggap anak angkat oleh peserta musafir. Setiap kali rombongan berhenti melakukan lawatan atau turun bas untuk 'Bay-bayan' (toilet lelaki dan perempuan) mulutnya kumat kamit membilang 16 peserta (pasangan) agar tidak tertinggal. Dalam hati saya memasang harapan agar petugas syarikat pelancung daripada Malaysia kepunyaan umat lslam menitikberatkan kaedah bermusafir secara 'lslamic'.BERHENTI REHAT UNTUK BAY-BAYAN


Lantas hari kedua musafir seorang 'penghulu' dilantik memimpin rombongan dan alhamdulillah setiap bermula hari baru, doa musafir menjadi kekuatan kami meneruskan perjalanan. Hanya satu yang terkilan iaitu lawatan pada hari Jumaat tidak di sesuaikan untuk memberi pengalaman kepada peserta bersolat Jumaat di bumi Turki.

Antara sebab Turki di gelar 'the sickman of Europe' ada kaitan dengan konspirasi memecahbelahkan pemerintahan Khaifah Uthmaniyyah kerana semua kawasan sekitar Europah di bahagi-bahagikan kepada kuasa Europah dan Russia ketika itu (perang dunia pertama). Perancangan zionist mengambilalih tanah Palestin di tentang hebat Sultan Abdulhamid II namun konspirasi tetap di jalankan. Umat lslam juga di timpa kemunduran yang dikaitkan dengan pembelajaran Alquran secara tradisional (hafalan semata) serta khurafat masyarakat yang sukar di bendung.

Saya petik sinopsis buku Jhaz Kitaro Turki Bumi Khalifah (Mac 2010) tentang kedudukan Turki tidak di jajah kuasa barat seperti berikut:

"pernah seorang ahli parlimen Turki bertanya kepada Lord Curzon sebaik tamat perang dunia pertama tahun 1922, di persidangan Lausanne, persidangan yang menjanjikan kemerdekaan Republik Turki "kenapa hanya Turki yang di merdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?" Lord Curzon menjawab, "hakikatnya Turki telah di musnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah menghancurkan kekuatannya-Khalifah dan lslam"

'The sickman of Europe' akhirnya dengan mudah membuang tradisi pembelajaran AlQuran sehingga ke tahap menghapuskan penggunaan bahasa arab. Semua cara hidup berkiblat ke barat dan akhirnya pemimpin utama Turki ketika itu (1938) mati bukan sebagai seorang lslam. Dalam lawatan ke muzium kamal Ataturk di Angkara satu catitan di kubur Mustafa Kamal tercatit dalam tahun 1953 mayat yang di awet sebaik beliau mati di kafan dan di sembahayangkan semula serta dikuburkan dengan muka menghadap ke kiblat.

Satu insiden pemandu pelancung tempatan yang excellent khidmatnya menyarankan kami bersolat dan beliau tunggu diluar masjid. Bila di tanya mengapa beliau tidak solat jawapannya 'my principle, l am not praying while working' Begitulah tahap dan kesan sekular (memisahkan agama) kepada rakyat Turki yang rata-rata tidak boleh membaca Alquran dalam bahasa Arab. Mereka menggunakan bahasa Turki menyebut kalimah Alquran yang sudah pasti lari mahrajnya (sebutannya).

Pada saya panggilan 'the sickman of Europe' harus di gantikan dengan 'the sick man of lslam' kerana tenatnya cara hidup rakyat di Turki. Selain kos sara hidup melambung tinggi (petrol berharga RM 8 seliter), akhlak muda mudi tidak berbeza daripada di barat, wanita merokok dan pergaulan tanpa batas di mana-mana. Persekitaran masalah sosial dan adegan seks di akhbar dan majalah murahan menjadi hiburan harian tanpa jemu.

Sememangnya pemimpin kemerdekaan rakyat Turki yang bergelar 'Father of the Turks' telah berjaya dalam misinya mengubah sejarah Turki sebagai setanding dengan negara Eropah tetapi bayaran amat tinggi yang di bayar sebuah negara yang penuh dengan pelbagai tamaddun dunia itu pada hemat saya 'tidak berbaloi'

Seringkali kami pelancung ke Turki merasakan kami berada di negara bukan lslam dari segi prasarana dan gaya penduduknya, namun tradisi membina banyak masjid terpampang dalam masyarakat Turki kerana menara masjid nampak menjulang tinggi dimerata tempat,dan sejuk hati kami melihat mesjid yang begitu ubiquitious (merata-rata) apatah lagi musim bunga mempamerkan landskap amat indah.


MASJID DI MANA-MANA, PANORAMA MUSIM BUNGA YANG AMAT CANTIK SERTA UDARA YANG SELESA

Sekadar ini penulisan pertama sekembalinya saya daripada musafir penuh kenangan dan nikmat Allah yang tidak dapat di dustakan, semoga saya dapat mencapai objektif menulis travelog Turki sebaiknya, Wassalam

No comments:

Post a Comment