NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, April 29, 2011

ROYAL WEDDING





GAMBAR DARIPADA CHANNEL TV BBC PERKAHWINAN DI RAJA BRITAIN

Salam

Jumaat 29 April 2011 seluruh dunia menyaksikan upacara perkahwinan anak Puteri Diana bekas isteri Prince Charles United Kingdom dengan Catherine Middleton.

Oleh kerana saya kerap menonton Channel TV BBC Knowledge sebaran berita sejak sebulan lalu memang menggamit saya menontonnya. Lantas hampir sepanjang hari Channel TV tersebut tertayang dirumah saya. Dari sinopsis perkahwinan, lintas langsung Royal Wedding sampai ke sejarah susur galur semua perkahwianan di Raja UK di siarkan hingga ke larut malam.

Sejak pulang ziarah teman di Kulim yang bermain di bibir kami suami isteri hanya perkataan 'CIVILIZED'. Pantang nampak sesuatu insiden kami akan kaitkan dengan perkataan "civilized' atau bertamaddun. Senario di Malaysia pada kami amat tidak 'civilized' mutakhir ini kerana kami naik muak dengan penyebaran video di UTube tentang kisah jijik seks di blog-blog. Naik seram pun ada kerana ada yang sanggup 'sumpah laknat'. Mereka macam bermain dengan ancaman Allah yang menjanjikan 'Azab' yang pedih dan berkekalan, nauzubillah.

Kebetulan sepanjang minggu juga wakil Butik Telekung Siti Khadijah mengadakan perbincangan dan cadangan mengubahsuai Galeri Mawaddah agar lebih "civilized'. Tepat sekali rancangan ini kerana sebelum ini kami 'sumbatkan' segala khazanah sampai padat dalam Galeri. Kini semua barang yang tak berkaitan kena keluarkan dan di simpan di tempat lain, kami terpaksa menyewa stor di gerai sebelah.
MERANCANG PENGUBAHSUAIAN GALERI MAWADDAH UNTUK PRODUK BARU


Kami juga di permudahkan untuk mengadakan program kemasyarakatan di Surau AtTaqwa kerana MPP Zon 3 tampil untuk menjadi penganjur bersama, alhamdulillah. Saya melihat program kemasyarakatan sebagai mercutanda 'civilized atau bertamaddunnya ' anggota masyarakat. Jika masyarakat beriman dan bertaqwa selamatlah kariah, sebaliknya jikadi dominasi kekufuran dan sesat semua akan sangsara. WAKIL URBAN TEAM DAN SURAU TAQWA BERMESYUARAT DIANJUNG 7

Suasana di rumah pula suami saya telah meminta plumber (tukang paip) memperbaiki paip bocor di bilik air untuk mengelak bil air melambung tinggi walaupun harga air di negeri Selangor lebih murah! Saya melihtanya sebagai tindakan 'civilized' kerana keadaan bilik air mengikut pandangan orang Jepun adalah cermin pertama kebersihan tuan rumah. Alhamdulillah semua sekitar saya mengarah kepada suasana lebih 'civilized'.

Berbalik kepada Royal Wedding di UK sambutan warga dunia hebat sekali. Mungkin 6 juta orang hadir secara live di UK. Ada yang berkampong di kawasan acara sejak seminggu. Bila di tanya mengapa berada di UK, masing-masing dengan matlamat mereka, ada yang bernostalgia dengan Puteri Diana, ada yang berbangga menjadi warga Britain, ada yang ingin melihat penampilan Catherine, fesyen pakaian, ada yang tidak mahu ketinggalan melihat acara hebat dan banyak lagi. Ada di tayangkan tetamu termasuk DYMM Yang Di pertuan Agong Tengku Mizan dan isteri. Tetapi TV Channel BBC tak buat komen. Bila kedatangan Sultan Brunei komennya 'Sultan yang paling kaya di dunia'. Begitulah nilai yang terpampang dalam semua acara, puji memuji semua berteraskan apa yang zahir.LOKASI TETAMU PERKAHWINAN DI RAJA YANG MASIH BELUM DI ISIKAN

Satu yang positive melalui Royal Wedding ialah nilai mempertahankan institusi perkahwinan kerana senario hari ini ramai manusia sudah tidak menghargainya. Sebagai meneruskan adat tradisi keluarga di Raja UK saya tak ada komen cuma saya tersentuh berapa ramai manusia yang berpaksikan Britain dalam semua urusan kerana banyak negara pernah di jajah Britain.

Kebetulan saya sedang membuat persiapan musafir ke Turki 1 Mei tajaan adik saya yang banyak berbakti kepada saya dan kakak, semoga Allah meredhai amal solehnya,amiin.

Turki merupakan sebuah negara bekas Khalifah Uthamaniyyah. Melalui pembacaan buku " Turki Negara Dua Wajah' tulisan Dr Abdullah Azzam saya dapat mengesan suasana mutahkir di Turki di tadbir pemimpin yang bersemangat mengembalikan kewibawaan Khalifah. Mengapa negara-negara yang pernah di sentuh sistem Khalifah sebelum tahun 1924 tidak ada naluri bernostalgia seperti bekas jajahan Braitin? Semua negara condong ke Barat,mengapa tiada negara yang ingin melihat Turki mengembalikan sistem Khalifah yang menjadi icon kebanggaan umat lslam satu zaman dulu.

Soalan cepu emas ini kena tepuk dada tanya iman umat lslam termasuk saya. Semoga musafir yang memang saya nanti-nantikan ke Turki membuka ruang di dada saya melihat keindahan peninggalan umat lslam pendahulu kita dalam bertamaddun-'Civilized'

Satu kisah lucu berlaku sewaktu saya diundang seorang anak angkat makan malam. Restoran yang kami ingin pergi tutup pada hari Jumaat. Lantas kami ke sebuah restoran masakan Thai. Terkejut 'beruk' kami melihat bil di akhir makan malam. Suami saya menjawab 'so much for civilized restuarant! memang tempat bersih dan makanan enak...tetapi semuanya kena bayar dong!!!mungkin kos pergi ke tandas pun termasuk dalam service charge kut??ha..ha..kira infaq jelah!DINNER TERMAHAL DI SHAH ALAM-SAYA DAH LAMA BERINFAQ BAB MAKAN MINUM

No comments:

Post a Comment