NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, August 16, 2013

DUNIA BERKABUNG

Salam
Jumaat 16 Ogos 2013/ 9 Syawal 1434H

Petang Khamis saya dan suami bersama dua orang cucu pulang ke Shah Alam melalui Kajang. Iftar hari terakhir puasa Syawal di R&R Air Kroh. Ziarah Kajang sekadar menyerahkan lauk asam pedas ori daripada Tangkak untuk bersahur kepada kaum kerabat yang  sedang meneruskan puasa enam. Alhamdulillah perjalanan selamat dan kami dapat berehat hampir tengah malam. Kami juga bersyukur kerana di beri Allah kemampuan menyempurnakan puasa Syawal seawalnya.

Suasana hati saya dan suami tidak setenang biasa sejak trajedi di Mesir hari Rabu dimana rakyat tidak bersenjata di bunuh (massacare) demi memperjuangkan kebenaran. Memang mangsa pertama yang di jatuhkan dalam trajedi di Mesir ialah KEBENARAN itu sendiri. Kebeneran menjadi sasaran peluru ganas kumpulan tentera Mesir yang merampas kuasa Dr Mursi sehingga ke hari ini hukuman tahanan Mursi di lanjutkan 30 hari lagi. Saya memang pelik bagaimana pemikiran sonsang ramai manusia di dunia ini INGIN MEBINA BAHAGIA ATAS SANGSARA ORANG LAIN. Satu iktibar kepada semua insan yang berfikiran waras bahawa sunnatullah Allah hanya menginginkan IHSAN, kebaikan dan kesejahteraan yang di bina atas KEIKHLASAN hati dan kesucian jiwa, selain itu SEMUANYA BATIL, sekalipun seluruh dunai mengistihar ia BAHAGIA. Amat malang bagi Mesir melalui saat getir berhadapan dengan pelbagai kedustaan yang di sokong media dan hati keras musuh kumpulan Ikhwan Muslimun di dunia ini.

Wassapps memuatkan banyak gambar ngeri kematian rakyat Mesir termasuk anak-anak pemimpin Ikhwan yang syahidah. Saya tidak sanggup melihatnya kerana akan menambah sayu di hati. Baru saya insaf bahawa kesayuan yang bertakhta di hati di sebabkan kemungkaran susah di hapuskan, ia berlegar-legar bersama perasaan marah dendam dan sakit hati yang parah sekali. Bertubi-tubi doa qunut nazilah di baca semakin gusar hati ini seolah mencuriagai pengqabulannya, astgahfirullah Ya Allah aku yakin Kau Maha Mendengar
Maha Tahu. PadaMu kami berserah daripada sekecil ujian kepada sebesar derita bahawa kesucian deenMu telah di calar di Mesir bumi Anbia.

Sepanjang hari Jumaat kami mengadakan ziarah di rumah adik beradik yang belum di kunjungi.Keluarga kakak saya daripada Tangkak pun turut serta. Saya mohon izin menziarahi anak arwah sepupu saya di Dato' Keramat yang kehilangan anaknya pada 6 Syawal kerana kemalangan di Terengganu. Kalau sudah ajal memang tidak dapat di tunda kerana anak saudara saya ini belum bersua anaknya sejak Syawal kerana di jangka anaknya akan pulang bercuti pada 7 Syawal, rupanya yang kembali ialah jenazahnya. Di fahamkan kemalangan agak dasyhat kerana kereta Honda Citynya hancur,namun Allah selamatkan mayatnya tidak rosak kecuali darah mengalir di tengkuknya. Katanya kampong Dato' Keramat meyaksikan jemaah yang paling ramai menghadiri pengkebumian cucu saudara ini di malam hari 6 Syawal kerana beliau memang tokoh muda yang di senangi oleh Petronas Syarikat beliau seorang jurutera bertugas. Beliau seorang yang menjaga kesucian diri sejak remaja dan baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang Doktor lulusan Jordan atas dasar perkenalan selepas walimah. Isterinya sedang mengandung 6 bulan. Menurut anak saudara saya perkahwinan anaknya sama tarikh arwah adik saya Hj Mustapha di masukkan ke HUKM dan meninggal 5 hari selepas itu. Terkesan saya menyedari arwah adik saya telah meninggalkan kami 6 bulan lalu, semoga arwah-arwah jiwa yang baik-baik berada dalam rahmat Allah,ameen, termasuk ruh kita semua yang akan menyusul.
 GAMBAR KELUARGA SEWAKTU HAZWAN ARWAH CUCU SAUDARA DAN KEADAAN KERETANYA REMUK KEMALANGAN DI MARANG TERENGGANU

Berbekalkan jiwa yang sama berkabung dengan DUNIA BERKABUNG berikutan trajedi di Mesir banyak masa saya mencari maklumat mengenai susur galur mengapa berlaku rampasan kuasa di Mesir. Rupanya banyak maklumat di sembunyikan daripada rakyat Mesir kerana kuncu-kuncu Mubarak ingin meneruskan kezaliman rasuah dan sebagainya. Memang malang jika kita lihat perangai 'Firaun' yang masih bermaharajalela di Mesir, malah merebak ke seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali. Ciri Firaun ialah memperbodohkan manusia daripada sumber KEBENARAN dan cuba mengubah sejarah dengan mengubah CITRA. Seolah Allah tidak tahu motif dan agenda hati karat dan busuk perancangan jahat. WaAllah'ulam. Saya bimbang tulisan marah saya meleret-leret, so l stop here dengan menyatakan DUNIA AKAN TERUS BERKABUNG selagi KEBENARAN  di mana ceruk pun cuba di sembunyikan kerana ciri KEBENARAN ia akan muncul di akhirnya. Allah akan memperlihatkan KEBENARAN ini kepada semua bahawa amat rugi jika kita memilih kedustaan atau berbuat dusta.

No comments:

Post a Comment