Isnin 26 -29 Ogos 2013/ 19-22 Syawal 1434H
SEBAHAGIAN AHLI KOHATSA DALAM PROGRAM OPEN HOUSE SMARTOP
AHLI KOHATSA DAN PASANGAN 2013 KECUALI HJ HAIRUDIN
Alhamdulillah Smartop selamat menyempurnakan majlis Rumah Terbuka anjuran bersama dengan Kohatsa pada hari Ahad 25 Ogos / 18 Syawal bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Di luar jangkaan juga kerana tetamu ramai sekali, masyaAllah. Bermula dengan kumpulan marhaban yang ramai saya terkedu juga pengaruh kakak saya terserlah dan budaya marhaban dengan doa keberkatan mudah-mudahan di perkenankan Smartop maju jaya di masa mendatang. Seawal 9.00 pagi program bermula dengan tazkirah ringkas daripada tetamu Smartop iaitu Mudir Mahaad Situwangi Boading School Garut Bandung.
TETAMU DARIPADA GARUT DAN KG TUNKU PJ
TAMU MEWAKILI KARIAH SURAU ATTAQWA SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Senarai makanan ala pot luck memang lumayan. Dari keluarga arwah abang Nordin dengan team cup kek dan chokelat; Keluarga Ngah Hjh Nortipah dengan sup kambing; Keluarga saya dengan bantuan menantu bertaraf chef menyediakan soto dan masakan asam pedas; keluarga Hj Ab Razak dengan mi rebus dan rendang ayam beserta ketupat mini; Keluarga arwah Hj Mustapha di cadang kue tiaw di bantu staf Smartop menyediakannya; keluarga Hj Rosli dengan 4 ekor kambing golek; Hj Kamarudin dengan nasi lemak kukus di ganti dengan roti jala dan kari ayam; Hj Ghazali dengan ayer teh tarik kaw; Hj Hairudin dengan nasi arab; Hj Azman dengan buah rambutan; Hjh Norlida dengan ubi rebus dan sambal tumis; Hj Hishamudin dengan kuih raya di tampong sumbangan staf smartop sementara Hjh Hairiah denga kek carrot.
TEAM PETUGAS DARIPADA SHAH ALAM UNTUK MEMBANTU SMARTOP
Kemeriahan yang tercerna menyentuh jiwa saya kerana sejak lama saya tidak kesempatan menyertai rumah terbuka Kohatsa yang kadangkala di buat bersekali dengan majlis rumah terbuka ahli Kohatsa. Kehadiran semua wakli ahli keluarga juga menggembirakan semua kami adik beradik yang masih tinggal. Mungkin bagi setengah kami termasuk diri saya ini mungkin majlis open house Syawal terakhir jika ajal menjemput. Kesempatan bertemu warga Tangkak termasuk yang berbangsa Cina dan jiran Smartop memberi semangat kepada komitmen Smartop di Tangkak. Ahli jemaah Masjid Jamek Tangkak ramai yang hadir menerima pelawaan setelah di war-warkan selepas solat Subuh dan Zohor,alhamdulillah.
PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA SMARTOP MEMBERI UCAPAN DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA 50 ORANG ANAK YATIM DAN ASNAF
PERSEMBAHAN KOMPANG MENYERIKAN MAJLIS
Keluarga satu-satunya sepupu kami yang menghampiri umur 80 tahun datang bersama anak saudaranya dan kami sempat berbual panjang. Keluarga suami saya dari kajang sudi menghabiskan rehat hujung minggu menziarahi Tangkak dan sempat menjamah lauk asam pedas yang enak. Alhamdulillah hilang rasa penat sewaktu melayan tetamu dan saya hanya tersedar kaki agak kebas sewaktu bersolat jamak sebelum solat Asar. Begitulah kudrat yang kian menurun berbanding hajat yang tinggi menggunung ingin melihat kejayaan Smartop di mata warga Tangkak. Jika di tanya samada sanggup buat majlis lagi saya kira ia banyak bergantung kepada kemampuan staf dan ahli-ahli Kohatsa yang muda, semoga nawaitu mengadakan majlis begini sentiasa mendapat keberkatan Allah,ameen.
KELUARGA TN HJ MD NOR MD RASIP DARIPADA SG MATI MUAR
KELUARGA SIDDEK CLANZ & ASSOCIATES (SCANNERS) SUDI BERZIARAH
Saya cuba mengajak ramai anak-anak saudara menyertai pelbagai aktiviti keluarga,namun tidak semua ada kelapangan kerana keuzuran yang di maafkan. Sewaktu berlawak siapa yang tidak hadir akan di denda saya ingin sekali menanamkan sikap suka berinfaq kerana dalam bersedekah ia banyak melenturkan rasa sombong dan menjadi penawar pelbagai kerunsingan. Sedekah sebagai pintu yang besar di antara pintu-pintu kebaikan membuka peluang yang amat luas ke Syurga. Dalam sebuah riwayat Asma' ra mengatakan, Rasulullah saw berkata 'jangan suka mengikat, maka kamu akan terikat. Dalam hadis lain di sebut 'Jangan suka menghitung-hitung maka kamu akan di hitung.' Ringkas maksudnya jangan berlaku kikir dan tidak mengungkit-ungkit apa yang di infaqkan.
SUMBANGAN MARHABAN DAN DOA DARIPADA PENGGERAK ALQURAN DAN KUMPULAN MAWADDAH TANGKAK
Sebaik program selesai kami menerima jemputan open house anjuran staf Smartop. Seorang tenaga pengajar bahasa Mandarin teacher Leng menyertai Smartop mulai hari Isnin. Hari Selasa saya menerima berita kematian sepupu saya Allahyarham Sabariah Md Tap. Lantas bersama adik dan teman saya serta suami menghabiskan sepanjang hari di Johor Bahru. Semoga Allah memberkati ruh Allahyarham, anak keenam arwah bapa saudara saya.
Hari Rabu saya dan suami ke Hospital UKM Cheras menziarahi isteri satu-satunya bapa saudara suami saya yang masih hidup. Mak Lang Meryam mengalami stroke kesan darah beku di kepalanya. Di doakan juga agar beliau pulih kerana kesan kejadian ini bapa saudara suami saya dikatakan murung sekali. Sebelah amlamnya kami menghadiri open house seorang staf lagi dan sempat menjalin silaturrahim dengan warga Tangkak.
PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAMAH SABARIAH MD TAP DI TANAH PERKUBURAN TAMPOI JBBERTEMU SAUDARA MARA DI RUMAH KAK MAZIAH JB
MENZIARAHI EMAK SAUDARA SUAMI DI HUKM
Pagi Khamis saya memenuhi temujanji di Kelinik Gigi Hospital Tangkak untuk membuat acuan gigi palsu. Kos yang murah mendorong saya melakukan acuan ini kerana sebelum ini kos di klinik swasta paling rendah berharga RM600. Tiga atau empat temujanji lagi memungkinkan saya melengkapkan gigi bawah yang kini kosong, insyaAllah.
BERSAMA STAF SMARTOP DI HADAPAN PRA SEKOLAH
Perbincangan 'post mortem' (penilaian) open house Kohatsa telah di adakan sebelah petang hari Khamis dan kami melakarkan perancangan yang lebih berkesan sebelum hari Ihtifal Smartop 2013 awal bulan November nanti. Pastinya dengan Open House kakitangan Smartop dapat bergerak dalam satu pasukan dan ini merupakan tarbiyyah yang mahal.
Setinggi kesyukuran kepada Allah dan terimakasih kepada semua yang menyumbang dan melibatkan diri dalam perayaan Open House Smartop dengan ikhlas. Hanya Allah yang akan mengganjarinya.
No comments:
Post a Comment