'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Friday, April 22, 2011
COME TO TERMS 3: I WANT TO DIE YOUNG
POSTER CIK GU SHAHIDIN IN ACTION
DUA TEMAN RAPAT YANG AMAT RAPAT
Salam
Khamis 21 April berita kereta di workshop telah 'pulih' dan analisa kerosakan menelan lebih 1K. Inilah sangsaranya berkereta mewah walaupun ia merupakan mobil hadiah, 'maintenance'nya parah juga!
"Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah"...demikian mafhum ayat alQuran surah Ali-Imran. Kami yang berazam untuk bertemu muka dengan teman yang kematian isteri di Kulim membuat keputusan meneruskan perjalanan jam 3.00 petang.
Alhamdulillah lewat malam kami sampai ke tempat penginapan biasa di utara iaitu di Sg Petani Inn. Rancangannya 2 in 1 kami akan menziarahi mangsa Tsunami 2004 di Kota Kuala Muda kerana mereka telahpun menjadi sebahagian ahli keluarga berikutan jalinan persaudaraan yang erat melalui Mawaddah Kraf dan D'Arab Cafe Shah Alam.
Amalan biasa orang Kedah ialah layanan tamu yang 1st class. Walaupun kami tidak memaklumkan akan ziarah ke rumahnya, anaknya di Shah Alam telahpun memberitahu bahawa kami berada di Sg Petani. Setiba di rumah mereka terhidang ketam dan ikan segar untuk kami menjamu selera.
Suami saya sempat mengerjakan solat Jumaat di masjid kampong dan bila mereka kembali siaran langsung Imam Abdul Rahman Sudais di Masjid Damansara KL yang mengimamkan jemaah solat Jumaat sedang berlangsung. Sukanya kami yang merindukan Mekah kerana suara beliau cukup untuk merawat nostalgia tersebut. Bagitulah kesan peranan seorang ulama di sudut hati yang ada lslam di dalamnya.
BERSAMA PAK TEH KK MUDA
SIARAN LANGSUNG IMAM ABDUL RAHMAN SUDAIS
Perjalanan ke Kulim sebelah petang alhamdulillah lancar dan kami bertemu Cik Gu Shahidin teman yang di kasihi di bengkel basikalnya jam 5.30 petang.
Selepas mengucapkan takziah beliau bercerita kisah isterinya jatuh terus tak sedar diri membawa maut pada hari di adakan acara 'Gaya Hidup Sihat' di Taman Lembah Impiana Kulim. Peranan suami isteri yang merupakan sukarelawan 'par excellence' ini ialah mengetuai persiapan acara dan jamuan.
Isterinya bangun memasak makanan (nasi lemak) se awal 5.00 pagi dan persiapan majlis 8 .00 pagi. Isteri beliau (kak Nor) mohon izin pulang untuk berehat namun datang semula jam 11.00 pagi waktu acara penyampaian hadiah. Di saat itulah Cik Gu Shahidin yang berada di atas pentas dilambai isterinya kali terakhir. Menurut beliau 'that was the most beautiful sight of my wife...she was really beautiful!!' Sesaat beliau berpaling penceramah di pentas menunjuk kepada beliau ada sesuatu berlaku di hadapan pentas...isterinya jatuh pengsan!
Rawatan para doktor yang hadir serta kedatangan ambulan terus ke hospital Kulim tidak berhasil memulihkan Kak Nor. Menurut pemerhatian Kak Nor mengalami pendarahan dalaman dan aliran darah gagal sampai ke otak menyebabkan beliau pengsan dan darah memenuhi perutnya yang kian membesar membawa maut. Dalam kesedihan Cik Gu Shahidin berkata 'we are so close together,l am trying to cope dengan ketiadaan Kak Nor.'
Saya membayangkan saya di tempat Kak Nor dan saya dapat rasai betapa suami saya akan kehilangan kelibat saya(vice versa) yang selalu mengekori ke mana sahaja kami bermusafir. Namun kehendak Allah adalah lebih besar dari segala-galanya dalam hidup ini. Harapan orang beriman ialah pertemuan dialam barzah dengan rahmat Allah semoga dalam keadaan di redhaiNya.
Kami sempat makan bersama di Pizza Hut dan banyak bercerita tentang konsep hidup Cik Gu Shahidin 'l want to die young and live as long as Allah permits' (mulai sekarang saya tak perlu terjemah ayat bahasa lnggeris kerana semua pembaca blog saya mampu dwi bahasa)PENAMPILAN CIK GU SHAHIDIN YANG NAMPAK MUDA DARIPADA USIANYA
Dalam umur 68 tahun sekarang dan isteri beliau menghembuskan nafas terakhir pada umur 66 mungkin orang rasa pelik apa yang di katakan Cik Gu shahidin. Sebenarnya beliau seorang yang amat menjaga kesihatan,fizikal,makan minum amat teratur. Tidak ada orang yang manyangka beliau berumur berumur 68 tahun kerana penampilannya fit untuk orang dalam umur 50an.
Maksud 'die young' ialah tubuh sihat bukan berpenyakit dan tidak menderita dengan pelbagai rawatan kronik.
Cita-cita Cik Gu Shahidin memang unik...ingin melihat bangkitnya perniagaan orang lslam yang tulin,sah,halal serta barakah melalui contoh tauladan. Beliau bergaul dengan remaja yang ramai berbasikal dengan beliau ke mana sahaja ada program. Amat sukar kita bertemu dengan seorang yang berumur dapat di terima oleh remaja kecuali Cik Gu Shahidin.
DERETAN BASIKAL DI BENGKEL
Sewaktu memilih restoran beliau menyebut 'tempat yang civilized'. Kami tertanya-tanya.. rupanya tempat yang bersih, tandas bersih,makanan nampak bersih walaupun harganya tinggi sedikit. Pilihan Pizza Hut membawa nostalgia kerana beliau dan arwah isteri sering makan di situ.
Melihat beliau bernostalgia saya membawa kisah Ummu Salamah isteri baginda Rasulullah saw sewaktu bersama suaminya Abu Salamah. Ketika mereka bercerita bahawa diakhirat nanti semua orang beriman akan di himpunkan di syurga Ummu salamah berhajat mereka akan menjadi suami isteri di Syurga. Oleh itu Ummu Salamah ingin membuat perjanjian agar setelah salah seorang meninggal yang di tinggal tidak akan mencari pasangan lain. Abu Salamah menolak dan mendoakan supaya Ummu Salamah mendapat ganti yang lebih baik. Sewaktu Abu salamah meninggal dunia Ummu Salamah tertanya-tanya siapakah yang lebih baik daripada Abu Salamah...ternyata baginda Rasulullah saw melamar beliau. Bukankah itu lebih baik? WaAllahu'alam
Alhamdulillah Cik Gu Shahidin sudah 'come to terms' dengan takdir Allah dan melihat akidah yang kuat sebagai tunjang untuk meneruskan kehidupan bersama anak dan cucu. Sewaktu kami ke rumah barunya berikutan penjualan rumahnya di Perlis (Kak Nor sempat tinggal setahun) bau dan sentuhan Kak Nor dapat saya rasai. Hanya kiriman AlFatehah dan doa yang tak terkira kepada arwah Kak Nor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment