NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, April 13, 2011

MATLAMAT HIDUP MANUSIA







SEKITAR PERTEMUAN KOHATSA 10 APRIL 2011 DI ANJUNG 7 SHAH ALAM

Salam

Alhamdulillah hari ini Rabu 13 April 2011 saya lega sedikit. Terasa masa yang begitu berharga telah lama meninggalkan saya kerana sebahagian besar masa mutakhir ini di habiskan merawat dan merehatkan diri dan kaki saya yang masih belum pulih.

Sekadar mencoretkan diari saya sejak 6 April semoga dapat memperingati apa yang saya lakukan sepanjang minggu.

Rabu 6 April berita dua orang teman di masukkan ke Hospital DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE (DEMC). Ziarah kerana meyakini pesakit di hadiri para malaikat yang mendoakan siapa yang berziarah. Seorang teman perempuan di serang penyakit Broncitis dan seorang lagi lelaki kerana irregular heartbeat. Masing-masing terkilan tidak dapat ke Sarawak kerana penamaan calon piliharaya Dewan Undangan Negeri Sarawak.GAMBAR TEMAN, SEORANG AHLI MAJLIS MBSA BERSAMA ANAKNYA DI DEMC

Bercerita tentang politik mutakhir komen saya hanya satu. 'Semua di bawah kuasa Allah. Bila tiba saat dan jodohnya sesuatu itu berlaku ia akan berlaku..tugas kita hanya berkerja sebagai satu ibadah dan bersungguh-sungguh memenangkan Islam agama yang Allah redho.'

Kisah panas yang Allah tak redho, samada benar atau salah saya memang tak mau dengar atau ambil tahu sekalipun terpaksa tidak mendengar berita di TV dan tidak membaca akhbar. Hujjah saya ialah saya amat lemah untuk menapis maklumat yang tepat atau tidak tepat. Sepanjang musim pelbagai fitnah biarlah saya isikan masa dengan membaca satu juz AlQuran sehari.

Khamis 7 April kelas harfiah di teruskan. Galeri Mawaddah mula mempromosi chokelat kismis yang mendapat sambutan pelajar kelas, alhamdulillah.CONTOH GAMBAR UNTUK PROMOSI RAISIN CHOCOLATE

Jumaat 8 April saya dan adik membuat rawatan bekam dan saya menambah rawatan acupuncture. Sepanjang hari saraf kaki terasa bisa mungkin sedang melalui proses pemulihan. Saya telah menukar kasut kepada Scholl untuk mudah berjalan.

Rawatan RX water menyusul esoknya Sabtu 9 April. Saya dan adik saya selaku peserta di ajak membebaskan diri daripada sebarang tekanan dan masalah remeh melalui EIT (Emotional Independence Theraphy). Seronok juga melihat perubahan aura diri bila cara berfikir atau persepsi berubah. Rupanya manusia faqir macam kita ini perlu sentiasa memasukkan aura positif dalam diri melalui sumber-sumber kebenaran samada akhlak maupun cara berfikir supaya sentiasa berlapang dada, memaafkan diri dan orang lain serta melibatkan diri untuk kesejahteraan insan sejagat.

Hari yang sama saya melihat perancangan Galaeri Mawaddah: Pasar malam Sabtu di Setia Alam minggu ini perlu di adakan setelah dua kali gagal beroperasi kerana pelbagai kekangan. Seorang usahawan muda menyertai team kali ini untuk mencontohi ushawan di JB. Saya hanya mendoakan program di Setia Alam mendapat sambutan dan tidak kecundang di tengah jalan. Saya dengar pasar malam ini telah pun di masukkan ke dalam agenda lawatan pelancung yang datang melawat Shah Alam kerana ia merupakan pasar malam 'terpanjang' di Selangor.PETUGAS-PETUGAS GALERI MAWADDAH MENYIAPKAN NASI LEMAK 'LE ARAB'

9.00 malam Sabtu NGO Urban Team mengadakan mesyuarat hari terbuka bersama wakil Surau AtTaqwa 14-15 Mei. Kerjasama Pertubuhan Belia Surau Arryan telah di dapatkan untuk mengadakan pertandingan Futsal, bola jaring dan kompang. Jualan amal nasi lemak 'Le Arab' akan menyerikan acara.

Ahad 10 April kuliah keluarga Kohatsa berjalan seperti biasa di rumah adik saya di Seksyen 11. Juadah daripada Brunei dapat di nikmati bersama. Tajuk yang dikupas releven sekali kerana kami di gesa menghindari sebarang fitnah. Mengikut hukum AlQuran semua yang terlibat dalam fitnah berpotensi 'di sebat 80 kali sebat'. Alangkah ngerinya jika sebatan itu di lakukan oleh Malaikat diakhirat yang pantas menyahut perintah Allah dan di gambarkan Malaikat tersebut amat garang dan menggerunkan.

Namun manalah manusia zaman moden ini ada rasa ngeri kerana mereka jarang ingat mati. Nauzubillah...sihat dan senang silap-silap haribulan jadi 'istidraj' (umpan yang menjurus kepada kesombongan yang melampau)

Kami di jamu di Anjung 7 sebaik selepas kuliah, kebetulan anak Ustaz yang paling kecil menyambut hari lahir ke 3 tahun. 'Little Princess' mendapat perhatian sepanjang jamuan dan alhamdulillah Galeri Mawaddah dapat menyumbang sepasang telekong anak-anak kepadanya.
LITTLE PRINCESS- AISHAH FUTTUHUL JANNAH 3 TAHUN

Salah seorang adik saya terus mengucap tahniah kepada saya dan kakak yang datang daripada Tangkak. Mengapa? "Saya dengar adik di Jakarta sponsor pergi Turki 2 Mei..." Saya terus menjawab.."ooh yang tu,alhamdulillah, adik saya yang seorang tu tahu dua orang kakaknya umur di ambang maut...kami lebih tua daripada arwah Nasir, bila-bila Allah panggil pulang...semoga infaqnya diganda-ganda."KAKAK SAYA DAN SUAMINYA INSYALLAH AKAN BERMUSAFIR KE TURKI 2 MEI

Begitulah besarnya rahmat dan nikmat Allah kepada kami seisi keluarga semoga kami semua terus mendapat petunjuk. Sepanjang hujung minggu memang urusan ke Turki mengisi masa kami termasuk urusan menghantar maklumat dan salinan paspot serta bayaran pakej. Semoga Allah sahaja yang membalas budi adik saya kerana bahasa kakak saya dari Tangkak "padah-padah (sangat-sangat) nak pergi melawat Turki, sebuah negara yang ada asas sistem kekhalifahan Islam"

Isnin 11 April saya menghadiri ceramah seorang tokoh (Dr) yang menyentuh tajuk mudah iaitu 'MATLAMAT HIDUP MANUSIA'. Namun kesannya besar sekali kepada naluri insaf saya kerana cara beliau menyampaikan mesej santai sahaja. Contohnya beliau membawa cerita seorang nelayan Pak Mat dan Pak Itam. Pak Mat dengan rutin harian akan pergi ke laut awal pagi dan pulang tengahari membawa ikan serta sedikit keperluan rumah. Sebelah petang berehat bersama keluarga di pantai, malam tidur.

Rutin ini berlaku kepada Pak Mat sejak muda sampai ke umur tua. Satu ketika Pak Itam telah mengusulkan agar mereka pergi ke laut lebih lama dan pulang lewat. Pertanyaan demi pertanyaan di ajukan oleh Pak Mat kepada Pak Itam. Mengapa perlu dapat hasil banyak, mengapa beli bot besar, mengapa perlu bersaing dengan taukeh Cina yang menangkap ikan di laut dalam...tak terjawab pak Itam yang akhirnya berkata 'Supaya kita boleh hidup senang dan berehat..' Secepat kilat Pak Mat menjawab. 'inilah yang aku sedang lakukan sekarang...berehat..' terpukau Pak Itam mengiakan. Soalan cepumas penceramah ialah sikap siapa yang betul, Pak Mat ke Pak Itam?

Atas dasar tawaduk dan tidak tamakkan dunia saya ingat Pak Mat betul...rupanya wawasan jauh Pak Itam menjurus kepada tanggungjawab insan supaya mengabdikan diri semaksima mungkin untuk mencari redho Allah dan menjaga imej mulia umat Islam, menjadi khalifah di muka bumi dan memakmurkan alam. Ayat-ayat AlQuran yang menyentuh peranan dan matlamat hidup manusia perlu di taddabur dengan baik dan jelas.

Malangnya hari ini peranan Khalifah (kepimpinan dunia) telah di ambilalih oleh tamaddun barat yang memusuhi lslam. Langkah demi langkah umat lslam kecundang, di hina dan tamaddunnya kurang berperanan berbanding di zaman kegemilangan lslam sampai ke 'Jubah' pun di tiru oleh cendikiwan barat sewaktu menerima ijazah!

Alhamdulillah sekembalinya daripada ceramah saya mula merenung persekitaran dimana manusia yang tidak peka dengan matlamat hidup sebenar berkejar siang dan malam mencari 'rezeki',kemudian di belanjakan kemudian terus cari lebih banyak lagi, sedangkan ayat AlQuran Surah AzZariyat 56-58 menyebut:

'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka BERIBADAH kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaKu. Sungguh Allah Dialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh."

Maksud mudahnya semua kehidupan manusia perlu di paksikan untuk mendapat redho Allah di dunia, apatah lagi diakhirat yang kekal. Matlamat mencari 'rezeki' terlalu kecil berbanding amanah khalifah kerana rezeki telah pun di tetapkan Allah sejak azali, yang perlu hanya mengusahakannya dalam pelbagai lapangan yang termampu agar halal dan barakah.

Peranan khalifah dan ibadah memerlukan rasa rendah diri sebagai hamba yang tidak punya apa-apa. Ia juga memerlukan kualiti jiwa yang yakin, kental, sabar, bersungguh, kuat azam dan komitmen mencontohi para Nabi, Rasul serta sahabat awal yang di iktiraf dalam AlQuran sebagai 'umat terbaik'.

Selasa 12 April kuliah dua minggu sekali di surau AtTaqwa lebih meriah kerana di sertai empat ibu-ibu muda. Saya mendoakan agar kuliah ini dapat memberi ruang menjadikan ilmu sebagai penyempurna kepada kehidupan mereka yang perlu bermatlamatkan IBADAH. Tepat sekali Ustazah menyentuh tentang akhlak menuntut ilmu agar memperbetulkan niat dari awal supaya ilmu akan terus hidup di hati dan menjadi sumber penyucian jiwa dari masa ke semasa.

Di akhir kuliah saya berkesempatan menyarankan kepada ibu-ibu usahawan tersebut agar menampilkan kemahiran masing-masing ke tahap yang boleh menjadikan mereka 'tokoh' satu hari nanti. Semua tersenyum...saya rasa mereka berpandangan 'tokoh' mesti berpendidikan tinggi, hebat dan elit. Saya senyum sama kerana belum sampai masanya saya berkongsi bahawa ramai 'tokoh' bermula daripada insan yang mempunyai 'Matlamat Hidup' yang jelas dan mulia. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment