NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, April 16, 2011

LAST MINUTE




SUDAH SENJA KEHIDUPAN INI
BERSAMA TEMAN DI PUSAT PAMERAN BANDAR BARU BANGI

TETAMU DI ANJUNG 7

Salam

Sabtu 16 April 2011 jam 1.40 pagi.

Sewaktu membuka lap top saya bercadang menulis kisah yang berlaku siang tadi (Jumaat) di mana saya di kejutkan dengan dua berita. Seorang petugas Galeri Mawaddah di sahkan sakit batuk kering (TB) dan ziarah mengejut seorang teman daripada Bandar Baru Bangi meminta Galeri Mawaddah menjadi agen menjual telekung pakej Umrah dan Haji.

Namun melayari internet di saat terakhir kempen pilihanraya di Sarawak saya terkenang awal tahun 80an ketika saya dan suami bertugas di kuching Sarawak selama 5 tahun. Kali pertama saya menulis article mengenai bahasa yang berbeza antara orang semenanjung dan sarawak ialah kalimah 'kitak' maknnya 'kamu' bukan kami. Seorang pemandu bernama Pak Mat kami terus panggil 'Pak Mat Kitak' sekarang beliau telahpun menjadi arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Sarawak banyak membawa kenangan. Perubahan hidup saya yang bermatlamatkan ingat akhirat bermula di Sarawak. Mula menutup aurat juga di Sarawak. Betapa susahnya saya melalui proses menutup aurat di tengah-tengah persekitaran amat dagang dengan nilai lslam. Saya bermula memakai tudung kecil ikat belakang, kemudian bertudung kecil...akhirnya litup labuh sehingga memeranjatkan semua rakan dan teman di semenanjung yang melabel saya dan suami orang dakwah. Ramai yang mengintai-intai samada suami saya berjubah dan berserban. Alhamdulillah fasa itu telahpun berlalu, saya bersyukur di anugerahkan ilmu yang menyempurnakan kefahaman saya tentang lslam yang syumul (sempurna). Kini saya mampu membuat penilaian apa yang betul, apa yang tak betul berlandaskan neraca syarak (hukum Allah).

Sewaktu membandingkan kepimpinan Sultan Muhammad AlFatih (1451M) daripada pemerintahan Uthamani yang masih muda menawan Konstantinopel (Istanbul sekarang) daripada kaiser Byzantinum Romawi saya nampak banyak perbezaan dengan pemimpin yang ada hari ini. Dari segi umur mudanya, ilmunya, hafal AlQuran dan ulama yang membimbingnya. Di saat akhir setelah beberapa bulan beliau mengepong bandar yang ingin di tawannya beliau melihat gurunya bersujud dengan linangan air mata agar Allah memberi kemenangan kepada Muhammad AlFatih. Alangkah baiknya jika semua kita berguru dan ada guru yang mendoakan keselamatan kita dunia dan akhirat!!

Dalam buku Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniyah oleh Dr Ali muhammad as Shalabi ms 107 di catitkan:

" Didikan alim ulama yang di terimanya telah banyak menyumbangkan perkembangannya untuk mencintai lslam, memiliki iman yang kukuh dan keislaman yang baik, serta kecintaannya untuk mengamalkan apa yang ada di dalam AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw. Oleh sebab itu dia tumbuh dan berkembang dengan komitmen yang demikian kuat terhadap syariat lslam, memiliki sifat taqwa dan wara', mencintai ilmu dan ulama serta semangat yang tinggi untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Sifat religiusnya yang demikian tinggi, merupakan manifestasi dari pendidikan lslam yang baik yang dia terima sejak kecil.

Ini semua berkat bimbingan ayahnya (Sultan Murad II) serta berkat upaya yang keras dari tokoh-tokoh yang membimbingnya, yang di perkuat kebersihan hati guru-gurunya,jauhnya mereka dari tipu muslihat dunia, serta berkat mujahadahnya yang tinggi yang akhirnya melahirkan tokoh Muhammad AlFatih ini."

Seterusnya saya terbaca blog-blog yang menyokong kebangkitan rakyat Sarawak mutakhir ini dan juga blog yang meragui boleh berlakunya kemenangan pihak pembangkang politik negara kearah perubahan. Serangan last minute dengan wang (RM) terbukti pernah membuatkan pengundi kelabu mata. Di sinilah letaknya kegagalan ramai pemimpin mendidik pengundi.

Didikan yang berkesan bukan dengan wang ringgit atau saat akhir (last minute) dalam jangka 10 hari. la memerlukan masa yang panjang dan konsisten berteraskan ruh untuk menegakkan perintah kebenaran dan keadilan Allah Yang Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Tahu. Ini satu isu yang tidak begitu mudah di Sarawak dengan kepelbagaian kaum dan ethnik di sana.

Masih ramai lagi kenalan saya di Sarawak dan saya masih kasihkan mereka di jalan Allah. Hanya doa yang dapat saya panjatkan semoga di saat akhir (last minute) calon yang beriman dapat bertapak dan memulakan langkah pasti menegakkan kebenaran di bumi Sarawak. Selain itu saya tak pandai lagi nak berdoa.

Berbalik kepada dua kisah pagi Jumaat saya memutuskan agar petugas Galeri Mawaddah yang kurang sihat bercuti sehingga pulih. Mungkin tugasnya terpaksa di jalankan oleh orang lain atau buat sementera Galeri Mawaddah di tutup dahulu. Saya yakin ada jalan keluar yang Allah akan tentukan insyaAllah.

Teman yang menawarkan Galeri Mawaddah menjadi agen menjual peralatan pakej Umrah dan Haji juga merupakan seorang anak jati Sarawak. Beliau memeluk agama lslam sejak umur 18 tahun dan berwawasan menjadi pendakwah berjaya di Sarawak satu hari nanti. Kagum saya dengan cara beliau menanggapi sesuatu isu terutama pendidikan AlQuran. Semoga cita-citanya membina banyak sekolah agama di Mukah Sarawak menjadi kenyataan satu masa nanti insyaAllah.

Dalam catitan last minute ini hanya gambar-gambar di bawah ini sahaja yang dapat saya rakamkan.

Saya berkesempatan menziarahi pusat pameran keperluan pakej haji dan umrah dan tertarik dengan tawaran ini. InsyaAllah dalam masa terdekat Galeri Mawaddah akan menjadi agen kepada pembekal yang di fahamkan kian terkenal dalam media (TV dan majalah). Semoga nawaitu kami dapat sama di selaraskan iaitu satu masa nanti produk telekung dan keperluan asas ibadah dapat di wakafkan ke ceruk-ceruk pendalaman yang ada orang beriman yang memerlukannya, amiin.

PAMERAN TELEKUNG YANG KEMAS
PUSAT PAMERAN YANG MENARIK DECORNYA

No comments:

Post a Comment