GAMBAR-GAMBAR KENANGAN
SEBAHAGIAN AHLI KELUARGA ARWAH SITI ZAWIYAH BT AHMAD TAWIL
13 DARIPADA 14 ANAK-ANAK ARWAH SITI ZABEDAH BT AHMAD TAWIL
BERSAMA WARIS TERTUA MEJAR (B) ANWAR BIN HJ AHMAD TAWIL
BERSAMA ADIK BERADIK
BERSAMA PEGUAM
BERSAMA SEPUPU
MAJLIS TAZKIRAH
MENDOAKAN ARWAH-ARWAH YANG TELAH TIADA DI SISI
Salam
Sabtu dan Ahad 16 & 17 April 2011 saya dan suami berada di Kajang Selangor.
Jemputan perkahwinan anak salah seorang keluarga di Kajang di adakan di Dewan Komuniti Kajang. Hujan yang 'menangis' (berterusan) sepanjang pagi dan tengahari mengendalakan perancangan kami untuk sampai awal di majlis. Dua jam merentas jem di Federal Highway memualkan juga, rasa nak muntah dek angin mengelodak dalam perut. Kaki yang sedang sakit pula meragam dalam kesejukan.
Apa pun kami selamat sampai ketika hidangan 'habis', terpaksa menunggu 15 minit hidangan baru. Katanya tuan rumah menempah 3000 cucuk satay untuk menambah makanan dalam tempuh sejam sebelum jemputan tamat. Alhamdulillah kepada jemputan yang datang lewat, dapat makan satay.KINI ADA POSTER MERAIKAN MAJLIS PERKAHWINANWARNA TEMA UNTUK AHLI KELUARGA
Pemerhatian saya tentang majlis perkahwinan terkini kurang syahdu, lebih mepamirkan kerja 'wedding planner', warna tema dll macam celeberity (artis terkenal). Di mana silapnya majlis perkahwinan berubah mengikut trend semasa saya kurang arif. Yang pastinya terkini jawatan 'wedding planner' memang menjanjikan pendapatan lumayan.
Terlalu lama tidak menziarahi rumah keluarga di Sungai Kantan Kajang dan selepas majlis kami bersolat di rumah keluarga. Ternyata keadaan rumah dan kemudahan kian uzur walaupun rumah didiami adik suami saya yang bekerja sendiri. Isterinya orang Sunda dari Sukabumi dan kini membantu suaminya berniaga di 'Warong Bakso'. Keinginan nak merasa bakso 'tersedap di Kajang' terpaksa di pendam kerana warong di tutup sementara. Esok (Ahad) akan di adakan perhimpunan keluarga Haji Ahmad Tawil (Arwah datuk suami (bapa arwah emak) mengenai pembahagian harta pusaka.
Terkilan juga saya hari ini kerana perniagaan Galeri Mawaddah Shah Alam terpaksa di tutup kerana petugas tidak dapat ke tempat kerja dek hujan. Pasar malam di Setia Alam turut terjejas tiada yang mampu menguruskannya. Wadduh..kontrek dengan pelanggan manalah boleh di kompromi. Mereka hanya tahu kuih yang mereka minat mesti ada sahaja.
Sekarang baru saya insaf betapa pentingnya sumber manusia yang komit dengan keusahawanannya dan jelas matlamat untuk mengekalkan penampilan produk supaya tidak di ragui dan di cemoh orang macam 'cipmore chokelat' kejap ada kejap tak ada.
Betapa penting juga mereka melihat khidmat menyediakan produk dalam senang dan susah sebagai 'perniagaan yang tak akan rugi' kerana satu ketika produk yang baik akan di kenang juga. Tambahan rezeki perniagaan merupakan 9/10 sumber rezeki halal. Saya akan terus berdoa Allah temukan saya dengan seorang usahawan yang nampak ganjaran akhirat hasil rezeki halal dan barakah. Amiin
Tiba saatnya pagi Ahad yang syahdu semua ahli waris arwah Haji Ahmad Tawil berkumpul di rumah keluarga Sungai Kantan. Program bermula dengan tazkirah ringkas Ustaz Miftah, diikuti tahlil dan doa untuk arwah-arwah yang telah pulang ke pangkuan Allah mendahului ahli keluarga yang lain. Daripada keluarga arwah Siti Zabedah semua 14 orang anak-anak masih ada alhamdulillah. Sepupu yang lain ada yang telah meninggal dunia dan hanya seorang waris tunggal anak Hj Ahmad Tawil berumur 84 tahun masih hidup. Semoga pembahagian harta pusaka memberkati kehidupan keluarga masing-masing. Selesai solat Zohor berjemaah Ust Miftah turut mengajar sujud syukur kepada seisi keluarga sebagai mensyukuri nikmat habuan harta pusaka. Amiin
RUMAH YANG MENYIMPAN SERIBU KENANGAN
WARIS TERTUA BERSAMA ANAK-ANAK SAUDARA
Saya lebih tersentuh dengan peringatan ustaz miftah dalam tazkirah tentang dua perkara yang menjadi sesalan makhluk diakhirat iaitu 'GAGAL BERSEDAKAH DAN TIDAK BERAMAL KEBAJIKAN (SOLEH)'. Di sebut dalam Surah Almunafiqun manusia yang didatangi malaikat maut akan memohon agar Allah melanjutkan umur walau sesaat untuk melakukan dua perkara tersebut. Tepat sekali jika kita imbau matlamat manusia di jadikan adalah semata-mata untuk empat perkara 1. beribadah dalam semua ruang lingkup kehidupan 2. menjadi khalifah 3. memakmurkan bumi bersendikan akhlak mulia 4. berdakwah
Kesemua peranan tersebut ada unsur sedekah dan infaq, tidak kira ilmu, tenaga, masa atau wang ringgit. Aktiviti selain daripada yang empat itu dianggap terkeluar daripada koridor amal soleh, antaranya termasuklah menonton program TV yang lagha (sia-sia), bersembang seronok-seronok, ketawa terbahak-bahak..apatah lagi maksiat terang dan sembunyi. Ya Allah Kau Maha Melihat segala isi hati.
Kesempatan bertemu ahli keluarga kami menjalin silaturrahim. Ramai yang mengundang ke majlis pertunangan dan perkahwinan anak masing-masing. Lebih ramai yang macam saya mula kehilangan nikmat sihat. Suasana silaturrahim berakhir selepas jamuan makan masakan kampong,alhamdulillah.BERSAMA IPAR DUAI
Selesai jamuan kami suami isteri dan Ust Miftah berkejar pula ke Shah Alam kerana tidak mahu terlewat mengadakan pengajian anjuran keluarga Kohatsa. Ini sahaja sumbangan amal soleh kami adik beradik kepada kedua arwah ibu bapa kami, semoga di tauladani anak cucu selepas kami, insyaAllah. Anak-anak muda harus sedar merekalah yang kena 'jemput' ilmu masuk kedalam dada. Ilmu kebenaran tidak ada di tepi jalan raya, di depan TV penuh hiburan dan di dada orang yang tak tau matlamat hidup adalah untuk persiapan mati. Ia hanya ada pada orang yang membaca dan mentaddabur alKitab (alQuran) dan hikmah.MAJLIS ILMU KELUARGA KOHATSA
Menurut Ust Miftah Hikmah ertinya apa kebaikan dan perintah Allah dan Rasul yang kita tahu terus laksana. Orang berhikmah ialah mereka yang buat dahulu sesuatu arahan kemudian mengajarkannya kepada orang lain.
Dalam dua sesi bila keluarga berkumpul kami rasa amat seronok terutama dalam suasana ada di dalamnya persaudaraan, ada di dalamnya peringatan dan nasihat. Hari ini mungkin suasana yang di hidupkan nampak kurang menarik kepada anak-anak dan pasangan yang masih muda. Namun, percayalah bila mereka menapak tua nanti suasana persaudaraan dan nasihat menasihati akan menjadi penghibur.
Betapa tidaknya bila keluarga berkumpul akan adalah sikap bertegur sapa,bersalaman,maaf memaaf dengan adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara, bergembira dengan kejayaan mereka dan memberi takziah dalam musibah mereka. Semuanya ini di anggap amal soleh, dengan satu syarat iaitu jangan diungkit-ungkit sebarang apa yang pernah di berikan terutama yang berorak keduniaan.
Ust Miftah sempat membacakan sebuah hadis Rasulullah saw sewaktu berceramah mengenai nilai DUNIA yang lebih HINA daripada BANGKAI seekor anak kambing yang cacat. Bangkai di beri percuma pun tidak ada siapa yang ingin! Namun songsangnya nilai hari ini ialah dunialah yang menggila dikejar, makin di kejar semakin jauh perginya dunia. Hasilnya semakin seorang yang mengejar dunia itu ingin kesenangan semakin tertekan dan sempit kehidupan mereka serta terpaksa melakukan pelbagai kemungkaran untuk mengekalkan dunia (bangkai) yang menghijab mereka terhadap kebenaran.
Jarang ada orang yang mahu mengejar akhirat sehebat mencari habuan dunia. kecualilah pejuang lslam yang lebih sukakan mati syahid berbanding mendapat habuan dunia kerana mereka amat faham yang akan memberi ganjaran kesyahidan mereka ialah Allah yang Maha Kaya, lebih kaya daripada Presiden Mubarak yang di takuti warga Mesir satu ketika dahulu, akhirnya di benci. Allah lebih Berkuasa berbanding Gaddafi yang berpaut pada kuasa yang kian melemah. Ambilah iktibar sesiapa sahaja yang berwatak sewaktu dengan mereka-mereka ini.
Sebelah malam Urban Team mengadakan mesyuarat program keusahawanan remaja Surau AtTaqwa yang tarikhnya di anjak kepada 21 dan 22 Mei. Kerja kemasyarakatan turut menjadi sumber amal soleh/kebajikan sekiranya di laksanakan mengikut lunas syarak. Selain menjadi fardu kifayah kepada kariah yang di pimpin, kerja kemasyarakatan juga di harap dapat memberi isyarat bahawa perintah Allah untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar masih menjadi budaya masyarakat yang kian rapuh dilanda pelbagai masalah sosial yang tak terbendung hari ini. WaAllahu'alam
Salam. Besar sungguh keluarga Datin. I kenal Sobri Latiff. My family hanya yang sebelah Pak Baharom sahaja yang boleh dikumpulkan. Sebelah my mother sudah agak terpisah-pisah. Semoga Allah menunjuk jalan yang lain. Tetapi masih dalam azam untuk mencari titik pertemuan. Semoga Allah lorongkan demi kesejahteraan dunia akhirat.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAMIIN. Saya doakan ia akan manjadi kenyataan. Hidayah itu hak Allah,yang kita kena buat ialah buka pintu hidayah supaya ada yang sudi masuk.
Kata seorg ustaz medan ibadah umpama padang yang di benteng tepinya hukum-hukum Allah. Terkeluar saja daripada batas padang itu tugas kita 'melasso' kembali masuk padang,macam kuda liar yang di lasso cowboy. Saya suka analisa ini.
Iktibarnya kena buat banyak program yang dapat 'melasso' mereka diluar padang. WaAllahua'lam