SITUWANGI BOARDING SCHOOL
MOTIVASI KEPADA PELAJAR
DI BANDARA (AIRPORT) BANDUNG
KENANGAN BERSAMA PAK SUPIR (BUDI)
WORKING HOLIDAY
HAFAZAN LANCAR
WORKING HARD
ARKITEK BANGUNAN DENGAN USTAZ TIMBALAN MUDIR
AKTIVITI RIADAH/BELADIRI
SANTRI YANG KHUSUK MENDENGAR RANSANGAN
Salam
Berita sekolah tahfiz di Situwangi Boarding School (SBS) Garut Bandung akan kehilangan seorang petugas merunsingkan kami pihak penaja projek. Cadangan meninjau masalah dan melakukan pembaikan seadanya mendorong kami melakukan lawatan segera ke Garut.GURU-GURU DAN PERSEKITARAN SEKOLAH
Tarikh 21 Mac-25 mac di pilih kerana akhir bulan petugas akan meninggalkan jawatannya kerana menyertai suami di Jakarta. Alhamdulillah lawatan ringkas yang padat dengan sentuhan, didikan serta harapan telah memenuhi ruang hati kami.
Pembangunan SBS masih di peringkat awal. Tambahan bangunan baru serta pengembangan akan dilakukan mengikut kemampuan kewangan. Namun apa yang sedia ada memberansangkan kami kerana ternyata anak-anak yang menjadi pelopor SBS insaf wawasan kami. Sasaran menjadikan mereka hafal 5 juz AlQuran dalam tahun pertama menampakkan hasil yang baik kerana ada dikalangan pelajar (santri dalam bahasa Indonesia) yang melangkaui juz sasaran,alhamdulillah.
Membimbing seorang insan menjadi pemimpin berbekalkan ayat Alquran tidak semudah mendirikan banguanan pencakar langit, begitulah takrif pengerusi projek Garut. Selain menghafal alQuran anak-anak di motivasi agar mampu menggalas pelbagai tugas dan pencapaian akademik yang baik. Untuk itu kepadatan waktu mereka dalam 24 jam yang di anugerah Allah memang mengkagumkan.
Ada yang bangun solat tahajjud seawal jam 2.30 pagi (waktu Subuh di Bandung 4.30 pagi), terus menghafal surah Alquran hingga Subuh,di tasmi' (di dengari) ustaz selepas waktu subuh, sarapan,siap diri,belajar hingga jam 10 pagi.
Rehat, belajar semula hingga jam 12.00 tengahari,makan,solat zohor,hafalan,Qailullah (tidur sekejap tengahari), solat asar,hafalan quran dan riadah. Makan malam (berbuka puasa Isnin Khamis),solat Maghrib,hafalan dan kelas akademik. 10.00 malam tidur.
Dua minggu sekali mereka di dedahkan dengan aktiviti luar antaranya berkuda,berenang, kem dan mendaki gunung. Sewaktu mendengarkan nasyid perjuangan seram juga saya anak-anak terlalu bersemangat...bisa, bisa bisa....maksudnya boleh saja...( semacam Malaysia boleh!)
Anak-anak mengikut siapa mendidiknya,begitulah di SBS. Saya sentiasa mendoakan semua petugas faham bahawa mereka adalah pilihan Allah dalam satu PERNIAGAAN YANG TAK PERNAH RUGI (Surah AlFatir 29)
Antara syarat perniagaan tersebut ialah membaca ayat alQuran (Melaksanakan maksud AlQuran), mendirikan solat (doa dan khusuk) dan menginfaqkan harta dalam terang dan sembunyi.
Lawatan bertugas kali ini mendedahkan kami kepada pelbagai pengalaman. Hari pertama menuju ke Garut daripada Bandung kami tergendala 6 jam kerana berlaku kecelakaan di jalanraya, sebuah lori minyak sawit terbalik dan macetnya (sesak) menguji sekali. Sabar di sini bermaksud memahami bagaimana pemandu lain berperasaan,tidak perlu hon,tidak perlu maki hamun....berhenti jika perlu dan jika udara makin sejuk bersiaplah dengan baju tebal.Menginap di Resort mewah ala Bali bernama Sari Papandayan memberi ketenangan sedikit selepas berhempas pulas dalam macet. Namun sejuknya cuaca sampai ke tulang hitam,kebetulan kaki saya memang sakit. Tempat secantik Papandayan pada pandangan kami memerlukan daya tarikan khidmat,namun itu juga mencabar kami kerana kecekapan kakitangan memberi khidmat sangat di butuhkan (diperlukan).
Banyak senario yang boleh dijadikan PERNIAGAAN YANG TAK PERNAH RUGI jika kita terpanggil untuk menegakkan kemuliaan agama Allah. Sepanjang tiga hari kami 'berjihad' di SBS isu demi isu di bincang dan alhamdulillah di akhir perbincangan masing-masing terpanggil 'memperkukuh' pendirian atas jalan kebenaran yang satu. Selain konsep 'professionalism' yang di samaertikan dengan keberkatan, pengurusan kewangan juga menjadi KPI kepada pelaksanaan aktiviti SBS.
Ahli jawatankuasa bersama saya mahukan anak-anak SBS membesar sihat dan gagah,makanan alhamdulillah amat lazat. Mungkin kerana persekitaran cahaya Alquran siang dan malam,makanan turut barakah. Kebun di sekitar menyumbangkan sayuran carrot dan chili,ubi keledek,jagung, masyaAllah menarik sekali kehidupan di SBS.
SUASANA MAKANAN DAN DI TEMPAT MAKAN SBS
Pertemuan dengan pelajar dan persembahan hafalan menyejukkan hati kami. Sinar mata anak-anak miskin,yatim dan dari pendalaman tetapi bijak membuatkan kami rasa terpanggil memberi semangat.Alhamdulillah masing-masing menyatakan citi-cita tinggi dan ada yang mahir berbahasa Inggeris. Bahasa arab adalah bahasa pengantar di SBS. Sesungguhnya kami amat yakin sebarang kerja ke arah menegakkan ayat Allah adalah PERNIAGAAN YANG TAK PERNAH RUGI.
Saya terbaca sebuah majalah Tempo sewaktu dalam penerbangan pulang ke KL. Sebuah memoir Rosihan Anwar tercatit beliau seorang sosialis. Saya masih ingat beliau seorang ahli sastera Indonesia, kini berumur 89 tahun...sedang mempersiakan buku mengenai kenangan dengan isteri tercinta yang sudah kembali ke rahmatullah.
Begitu juga berita tsunami di Jepun dimuatkan dalam majalah yang sama mempaparkan kemusnahan yang ranap sekali...ini semuanya perniagaan...dengan siapa? dengan Pencipta, siapa yang rugi jika ada yang menyeleweng dariapda jalanNya??
No comments:
Post a Comment