MENGABADIKAN KENANGAN MAJLIS PERTUNANGAN BERSAMA IBU MASING-MASING
Salam
Sabtu 26 Mac 2011 /21 RabiulAkhir 1432H tarikh kenangan anak saudara saya bernama Sheila Shuhada mengikat tali pertunangan dengan seorang IR (jurutera). Keluarganya berasal daripada Bakri Muar Johor.
Keletihan musafir memang belum reda sewaktu kami berlepas daripada Shah Alam jam 9.30 pagi menuju ke Tangkak rumah adik saya ke sepuluh Hj Azman (beliau menggelarkan dirinya Top Ten). Bersama adik saya nombor lima Hj Mustapha dan anak saudara Zubair saya dan suami membetulkan nawaitu bahawa urusan keluarga adalah kerja bersilaturrahim. Kalau nak diikutkan ingin sahaja kami rebah dikatil tidur dek keletihan.
Alhamdulillah setibanya kami di Tangkak majlis makan tengahari telah bermula dikalangan kumpulan yassin yang di urus kakak saya. Tradisi di negeri Johor kumpulan yassin memang memain peranan meramaikan majlis khenduri kendara. Saya menamakan kumpulan Yassin Johor dengan kumpulan usrah di Shah Alam.
Jauh juga bezanya kumpulan usrah dengan kumpulan Yassin kerana kumpulan yassin hanya membaca surah yassin dan tahlil. Dalam kumpulan usrah kami seluruh Alquran menjadi fokus :baca, faham,hadzam dan amal. Satu proses yang memakan masa yang di panggil tarbiyyah (mendidik), fasa demi fasa hingga berlaku transformasi akhlak dan peribadi Muslim mengikut contoh yang di bawa Rasulullah saw isyaAllah.
Tajuk diatas ada kaitan dengan majlis pertunangan Sheila kerana kedua bakal pengantin ingin memilih tarikh keramat 12.12.2012 sebagai tarikh pernikahan. Namun pihak kami ramai yang membantah kerana tempoh pertunangan terlalu lama ( setahun lapan bulan). Wakil jurucakap pihak perempuan yang kebetulan sepupu saya menyatakan dalam tempoh yang lama itu banyak perkara boleh berlaku dan budaya masyarakat hari ini pun agak merunsingkan kerana sering membelakangkan hukum Allah. Saya sokong bantahan ini dan akhirnya masing-masing keluarga akan membuat syura untuk mencari jalan terbaik menyelesaikan isu tempoh pertunangan.
Entah disebabkan saya rimas dengan berita sensasi dimedia-media mutakhir ini ke atau memang saya kurang sihat ke, sepanjang berada dalam majlis saya memang tak selesa. Rupanya saya sedang melalui phasa rawatan ubat tradisional membuang angin di badan,berputar-putar perut di buatnya.
Dalam masa yang sama saya mual dengan tajuk perbincangan yang berpaksi kepada fitnah adegan seks ahli politik serta paparan artis terseksi di Malaysia. Memang saya nak muntah dengan persekitaran di Malaysia terkini kerana ramai manusia dah tak tau malu.
Blog ini menjadi saksi saya di hadapan Allah Aza wajalla bahawa saya BENCI akhlak orang yang mengaku beragama lslam tetapi memfitnah agama mulia ini dengan perangai hodoh mereka semata-mata kerana mengejar dunia dan dendam kesumat. Sudah sudahlah dengan mungkar yang terpalit pada diri masing-masing, bawa-bawalah bertaubat. Rupanya jiwa akan tersiksa jika hukum Allah di perlekeh. Syukur saya teruja dengan rasa ini walaupun ia terasa amat sakit. terasa ingin sahaja saya balik ke Garut Bandung dan menetap di kawasan sejuk dan tenang itu berbanding kegawatan tsunami akhlak di Malaysia.
Seorang Ustazah pernah menyebut maskahwin atau mahar itu hadiah terus daripada Allah kepada seorang wanita melalui suaminya sebagai penghargaan kepada peranan wanita solehah. Oleh itu mahar kena simpan dan jika berlaku perselisihan ambil sebahagian walaupun RM1 guna membeli madu, di campur dengan air hujan yang ditampong waktu tengah malam dan diminum bersama suami isteri, insyaAllah mujarrab dan hati masing-masing akan di satukan semula. waAllahu'alam. Kata Ustazah resipi ini adalah kaedah yang di nukilkan oleh Saidina Ali KW. WaAllahu'alam.
Apapun tarikh 12.12.2012 terasa jauh pada saya. Masih panjangkah umur saya sampai ke saat itu? Sejuta istighfar kepada Allah diatas segala kelamahan saya sepanjang hayat. Kini musim anak-anak saudara mula membina kehidupan berumahtangga, semoga kami generasi tua ini dapat dijadikan contoh apa yang patut,sekurang-kurangnya cara kami menjaga silaturrahim antara keluarga. Sekali-kali jangan sesiapa pun terikut-ikut dengan sikap serba sempurna sampai tidak memerlukan sanak saudara. Paling tidak ingatlah bahawa dengan bersilaturrahim akan ada insan yang sudi menyembahayangkan mayat kita bila saat kita dipanggil pulang oleh Allah ke alam pengadilan nanti insyaAllah.
No comments:
Post a Comment