NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, March 24, 2011

HARI-HARI DALAM HIDUPKU 15 MAC-20 MAC



GAMBAR KENANGAN DI A'FAMOSA MELAKA



Salam

Cuti satu minggu sekolah-sekolah di Malaysia bermula sekembalinya kami daripada musafir Bandung-Jakarta.

Sedia menunggu tiga orang cucu yang ingin melihat cuti adalah aktiviti berbeza daripada hari-hari sekolah biasa. Seorang teman menawarkan apartment di A'Famosa Alor Gajah Melaka. Alhamdulillah pengalaman yang amat baik bersama cucu yang banyak bertanya.

Malam pertama di A'Famosa ada sedikit ujian kerana bekalan letrik gagal di sambung hingga ke esok harinya. Mujur apartment adalah tingkat 21 dan angin serta udara nyaman juga. Pertanyaan cucu mengapa bergelap. Jawab kena rasa ujian orang Jepun yang kena Tsunami. Mengapa? tanya cucu lagi. Nanti kalau Tsunami melanda negeri Melaka, mana tahu malam ini kita tak terkejut? Kenapa kena Tsunami? Allah sayang...diam. Bila jawapan Allah sayang atau Allah marah cucu saya akan diam. Khusus untuk memberi gambaran Allah Maha Besar (maaf berhenti menulis kerana blog di atas di taip dalam MAS Golden Launge Bandara Husseinsastera Negara Bandung pada 25 Mac 2011 jam 11.30 pagi Bandung)

Sambung blog di Shah Alam:

15 Mac 2011 hari kedua cuti sekolah kami ke kelas Fiqh Semasa di MPP Zon 3. Sebelah malamnya anak angkat dari Kelang mengadakan majlis hari jadi anak sulungnya. Alhamdulillah saya merancang menyertai rawatan 'Bekam' bersama keluarganya Khamis pagi kerana ia suatu rawatan mengikut sunnah Rasulullah saw.HARI JADI AMIN IZZAT KE 17 TAHUN

16 Mac 2011 hari Rabu suami menemuai temannya di Puterajaya dan sibuk membaca bahan mesyuarat untuk keesokan hari.

Pagi Khamis berbekalkan nasi lemak Le Arab saya dan anak angkat ke Kg Delek kelang membuat rawatan Bekam. Ternyata bisa di kaki saya adalah kesan terlalu banyak angin, urat bersimpul dan berat badan yang tinggi. Azam baru ialah untuk kekal sihat, jaga kesihatan sebaik mungkin dan diet. Ubat periuk dan minyak urut terus di beli daripada ustazah pakar bekam. Sebaik suami saya selsai mesyuaratnya sebelah petang Khamis 17 Mac 2011 kami menuju ke Tangkak menjemput dua cucu yang telah lama bersiap untuk menyertai kami di A'Famosa.IKHWAN DAN ILHAM JADI ANAK/CUCU SOLEH

Jumaat 18 Mac kami membawa cucu ke Mydin Mall di Air Keroh Melaka. Biasalah anak-anak akan mendapat habuan 'atuk abahnya' dengan janji jadi anak soleh bila mengikuti Solat Jumaat di Masjid. Sebelah malamnya bila ummi mereka menyertai kami masing-masing melaporkan 'saya dah jadi anak soleh sebab pergi solat Jumaat' alhamdulillah.

Sabtu 19 Mac kami ke Parkson Grand di Air Kroh, sepi tempatnya dan terus pulang kerana hari hujan hingga ke malam. Rupanya sebelah malam di A'Famosa mengadakan pelbagai kegiatan dan tepat jam 10.00 malam ada persembahan bunga api.

Nasib tiga cucu kami di pisahkan daripada bapanya kerana masalah rumahtangga 'orang muda'. Ummi mereka terpaksa berpisah kerana KURANG SABAR dengan gangguan orang ketiga. Saya hanya menyedarinya setelah 'nasi menjadi bubur'. Apa pun sabar ada hadnya jika ingin menjadikan hidup kita sentiasa dalam redho Allah. Kalau sabar diluar pun tapi hati menjerit ia tidak jujur, sedangkan Allah akan menyempurnakan masalah kita jika kita JUJUR. waallahua'lam.

Begitulah masa berlalu mulai hari Khamis hingga pagi Ahad 20 Mac bersama cucu dan syukurlah kerana mereka sedar ada atuk ummi dan atuk abah yang akan meninjau keadaan mereka dan doa kami selepas ini ada penyelesaian rumahtangga anak saya yang dapat membantu tiga anak-anak ini membesar dalam asuhan yang dapat memperkukuhkan iman dan takwa semua pihak,insyaAllah. Tarikh 30 Mac hingga 1 Julai kami peruntukkan menemui seseorang semoga Allah redho perancangan ini insyaAllah.

Dalam kesibukan Ahad 20 Mac saya teringatkan projek Nasi Lemak Le Arab Galeri Mawaddah dan telah membuat keputusan mengambil bahan 'sambal tumis' daripada seorang pakar di Kajang. Hari ini juga rumah saya di pilih adik beradik untuk mengadakan kuliah mingguan. Terus saya beritahu suami tentang 'time management' (pengurusan masa). Nasi lemak di tempah awal agar siap 12.30 tengahari waktu makan termasuk air teh tarik. Ahli keluarga lain bawa makanan ala 'pot luck'.

Tepat 12.30 tengahari saya tiba di rumah menguruskan pinggan mangkuk dan menunggu tetamu. Jam 1.30 petang baru tempahan tiba dan kami solat berjemaah. Alhamdulillah program dapat berlangsung dengan baik.SEKITAR KULIAH UST MIFTAH

Sebelah petang sewaktu Galeri Mawaddah mengadakan mesyuarat mingguan saya sentuh tajuk 'time management' yang bermaksud menepati semua amanah sekalipun kita terpaksa berjihad. Dalam suatu perniagaan jika kita gagal menghantar tempahan 'on time' bermakna kita akan rugi, samada majlis telah selsai atau kena marah. Alasan apa pun tidak dapat di terima jika kita gagal mengurus masa. Rupanya jika seseorang ingin belajar tentang sesuatu isu ia perlu melalui pengalaman termasuk merancang masa memenuhi tempahan. Doa saya kakitangan Galeri Mawaddah ada kerendahan belajar melalui pengalaman sekalipun pahit.MESYUARAT GALERI MAWADDAH DAN URBAN TEAM

Jam 6.00 petang satu pertemuan di adakan dengan Urban Team membincangkan 'Sudut Tijarah' yang di cadang di adakan di Surau AtTaqwa. Tarikh 10 April di tetapkan untuk mengadakan projek ini setelah di bincangkan dengan jawatankuasa Surau. Urban Team selaku 'event manager' perlu memikirkan bagaimana projek ingin dilaksanakan,mulanya secara kecilan.
Hari-hari dalam hidupku selama lima hari tidaklah sama dengan ujian Assyahidah Zainab Ghazali. Setiap hari beliau disiksa semata-mata ingin mendapatkan maklumat rahsia Ikhwan Muslimin di Mesir. Para penyokong Firaun yang memerintah Mesir ketika itu tidak di beri Allah hidayah untuk berperikemanusiaan kepada seorang wanita. Jika ada seorang tentera yang berbelaskasihan beliau akan mati di tembak kerana adatnya seorang tentera upahan Firaun kena ganas. Mereka adalah 'binatang suruhan' seperti seekor anjing.

Kini sejarah Firaun berulang di Libya dengan pemerintah membunuh rakyat sendiri. Dengarnya pemberontakan rakyat di Syria, Yemen dan Baharin masih belum reda. Ramai tertanya-tanya angkara siapa pemberontakan bangkit di Timur Tegah, adakah ini tanda kiamat? WaAllahu'alam (Lihat tulisan di bawah mengenai peranan syiah)

Namun setiap hari yang berlalu akan menjadi saksi kepada semua pelaku,anak,ibu,ayah,malah siapa sahaja yang masih hidup bahawa Allah akan bertanya apa yang kita lakukan atau tidak lakukan dalam hidup yang singkat ini.

Ketika rakyat negara Jepun berhadapan dengan dua ujian besar Tsunami dan kesan nuklear mereka membuat azam akan melaluinya dengan semangat kenegaraan yang biasa bangkit semula. Di Malaysia mutakhir ini saya dimaklumkan banyak fitnah tersibar. Pada saya ini satu petanda akhir zaman.

Soalan cepumas sewaktu majlis kuliah di rumah saya. Mana anak-anak tak hadir? Tak tolong ke kat rumah? Jawapan: anak-anak saya semua sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. Sedih, sayu, terharu....tidak juga kerana dalam hati saya jelas sejelas-jelasnya DIRI KITA ADALAH APA YANG KITA MAHUKAN. Jika kita ingin bersama ibu bapa, Allah mudahkan, jika kita tidak ada azam nak menjalin hubungan dengan ibu bapa, Allah pisahkan. Banyak cara Allah pisahkan, sentiasa tidak bertemu dek kesibukan atau dengan kematian sekalipun.

Saya tidak terkilan kalau anak-anak saya kurang azam untuk bersama saya kerana itu kehendak mereka. Setiap kehendak akan ada natijahnya dan mesti sanggup terima natijah ini kerana Allah tahu isi hati kita. Apa pun selesai majlis apa yang dapat saya lakukan saya buat kerana pagi esoknya saya akan berlepas ke Bandung untuk melihat projek di Garut bersama suami dan seorang ahli jawatankuasa sumber manusia projek. Semoga hari-hari dalam hidup saya di berkati Allah jua.

Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.- Riwayat Thabrani dan Hakim.

Projek Syi’ah Safawis menurut Rabitah Islamiyah dibangunkan di atas 5 asas:

1. Bekerja sama dengan kekuatan Barat di bawah komando Amerika Syarikat untuk menguasai negeri-negeri kaum Muslimin. Dan seluruh dunia mengetahui dengan baik, bahawa Iran memiliki peranan yang sangat besar dalam bekerja sama bersama Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Afghanistan dan Iraq. Para petinggi Iran sendiri mengakui hal itu. Muhammad Ali Abthahi, wakil presiden Iran yang lalu mengatakan: “Seandainya bukan kerana Iran, Amerika tidak mungkin mampu menguasai Iraq… Seandainya bukan kerana Iran, Amerika tidak mungkin mampu menundukkan Afghanistan.”

2. Menyalakan api peperangan antara kelompok, melakukan upaya pembersihan etnik dan kelompok, bekerja keras untuk membahagi-bahagikan wilayah. Mengusir warga Iraq sunni dari wilayah-wilayah di mana mereka hidup bersama dengan kaum Sy’iah. Ditambah dengan peranan-peranan merosak (yang dilakukan oleh) para pemimpin spiritual Syi’ah di Iraq untuk menghancurkan kaum Sunni dan semua lembaga yang mereka miliki. Al-Syirazy menyerukan dalam khutbahnya untuk menghancurkan masjid-masjid Sunni di Iraq. Dan kaum Syi’ah benar-benar menghancurkan ratusan masjid Sunni, atau mengubahnya menjadi Husainiyat dan pusat-pusat Syi’ah Safawis.

3. Membunuh tokoh-tokoh potensi Sunni baik dari kalangan ilmuwan, ketenteraan dan agama dan melakukan upaya untuk berlaku kejam, mengusir atau membalas dendam pada tokoh-tokoh Sunni.

4. Penyamaran (Camouflage) demografi sebagaimana yang terjadi di Syria secara khusus. Dan juga seperti yang terjadi di Lebanon, Jordan, dan Iraq.

5. Menciptakan kesan-kesan fiktif dengan kaum Zionis Israel. Padahal itu hanyalah sebuah pancingan agar Israel mengamuk lalu menghancurkan negeri-negeri kaum Muslimin. Berharap keadaan negara Muslim lainnya sama seperti Afghanistan dan Iraq

WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment