NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, March 14, 2011

HARI-HARI DALAM HIDUPKU REVISIT


Salam

Seorang adik saya khusuk membaca sebuah buku karya Zainab Al Ghazali al Jubaili Mesir. Ketika itu negara Mesir sedang bergolak dan Presiden Husni Mubarak di jatuhkan.

'very good book,akidah mantap"beliau memberitahu saya.
'l've read it long time ago' saya menjawab.
'l didn't see Zainab in you?'dia berseluruh.

MasyaAllah...personaliti alMarhummah terlalu tinggi buat saya yang sepi jihad ini. Namun saya terus menyambung pembacaan buku itu kali kedua setelah adik saya selsai membacanya.

Sebuah revisit yang menyentuh kerana kali ini saya berhati-hati membaca tanpa melepaskan perincian yang dalam bacaan pertama saya terlangkau. Selain berpedoman sama kerana Zainab mengkagumi Sayyid Qutb macam saya, buku keramat ini mengajar saya bahawa jika Allah sayangkan kita ujian akan bertimpa-timpa datangnya. Sejenak itu saya muhassabah diri bahawa saya belum mampu. Terlalu banyak lintasan hati yang belum hening kerana Allah semata.

Insiden yang di tulis Asyahiddah Zainah Al Ghazali ialah mimpinya bertemu Rasulullah saw dan jaminan baginda perjuangan suci Ikhwan Muslimin adalah di jalan yang benar. Kisah musuh lslam yang ingin melihat Zainab mati kebuluran dan siksaan meleset kerana kekuatan bukan adapada jasad dan makanan, ia ada pada ruh yang kukuh bak batu, meyakini bahawa selagi Allah belum takdirkan mati, kita hidup dengan mulia 'Iish Kariiman, Mut Shahidan '(Hidup mulia mati syahid).

Gambaran mimpi di alam ruh mendapat makanan syurga amat saya yakini kerana Allah yang menurunkan rezeki, ilmu, kesenangan,makan, minum....ia tidak ada campurtangan kuasa lain. Gerak tangan orang yang akan memasak makanan pun dengan IZIN Allah, yang memukul Zainab bak binatang pun dengan IZIN Allah kerana itulah kehendak nafsu serakah pihak berkuasa Mesir ketika itu.

Ketika penyiksaan dalam tahun 50an Zainab berumur lewat 40an tetapi raut muka selepas di siksa menampakkan 90an. Ada apa pada umur ya...bisik hati saya janji kita di iktiraf di jalan Allah yang suci. Perlunya sifat sabar dalam melalui pelbagai ujian,karenah kehidupan dan musuh. Musuh pertama ialah diri kita sendiri yang perlu di tentang sepertimana Zainab menentang musuh Firaunnya.

Semangat Zainab AlGhazali telah mengetuk hati saya semula kerana keyakinan beliau adalah kekayaannya. Bila di suruh mengaku beliau menulis panjang lebar tentang kebenaran dan dakwah..hebat sekali! saya sering bayangkan betapa kecutnya hati umat berjiwa kecil jika di tengking herdik, tak sanggup rasanya orang macam saya melalui fasa itu.

Namun ujian tetap ujian walau bersama keluarga. Ada di kalangan keluarga yang tidak sefikrah dengan kita kerana pengalaman dan persekitaran berbeza. Ada juga yang kurang senang dengan kehadiran kita kerana akan menghalang aktiviti yang kita tidak suka. Apatah lagi dalam masyarakat, jiran yang bergaul bebas, berpakaian menjolok mata dan tidak berbudaya dengan keimanan. Semua itu ujian yang di datangkan untuk kita selalu bersabar berbuat sesuatu, menegur, melawan, memboikot atau menyepikan diri?.

Sekadar menyuntik kekuatan iman kita saya salinkan di bawah ini tulisan Zainab AlGhazali m.s 91:

"Para pembaca yang budiman, aku masih hidup dalam saat yang runcing kerana kelebihan IMAN yang di anugerahkan oleh Allah kepadaku. Sesungguhnya keislaman dan keimanan itu memberikan kepada pemiliknya satu kekuatan yang ampuh yang boleh mengatasi segala kesulitan dan kesukaran walaubagaimanapun bentuk dan corak penderitaan itu. Semua ini adalah anugerah daripada Allah. Iman mempunyai kekuatan dan kemampuan yang dasyhat sekali, mengatasi segala kekuatan taghut yang jahat itu. Mereka mengira kamu dapat di kuasainya, tetapi sesungguhnya seorang mukmin itu hidup dan tetap hidup mengadakan hubungan yang terus menerus dengan Allah swt, jauh daripada bersifat simbol-simbol saja dan jauh daripada sifat yang tercela."

Adik saya mempunyai seorang anak yang sudah kembali menyembung pengajiannya di Mesir malam tadi (15 Mac). Semoga beliau dapat kembali membawa semangat Zainab Al-Ghazali, pejuang kebenaran di Mesir, amiin.

No comments:

Post a Comment