NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 27, 2011

NASI LEMAK NASI TIMBEL





Nasi Ayam Penyet kampong,
Nasi Lemak beras Arab berbungkus daun pisang
dan Nasi timbel ayam kampong


Salam

Khamis 27 Januari 2011/22 Safar 1432H.

Petang esok Jumaat jam 6.55 kami akan bertolak pulang ke Malaysia menaiki MAS. Terasa lama juga bermusafir sejak hari Isnin namun banyak memberi masa muhassabah pelbagai perkara terutama peranan yang perlu di jalankan bersama masyarakat.

Kami dapat berita kawasan seksyen 7 Shah Alam di serang 'pencuri' dimana dua surau kehilangan tabung surau dan tabung rakyat Gaza. Keselamatan tempat yang di jamin selamat iaitu tempat solat telah di cerobohi manusia yang sudah hilang pertimbangan. Mungkin terdesak terpaksa mencuri, mungkin kesan kurang didikan. Apa pun semuanya menjurus kepada bagaimana semua anggota masyarakat di 'tarbiyah' menjalani hidup ini: Untuk apa kita di hidupkan dan handak kemana kita?

Semasa lawatan ke masjid "Cheng Ho' yang terkenal di Surabaya saya sempat membeli sebuah buku bertajuk 'Cara Nabi Menyiapkan Generasi' sejak sebelum lahir hingga usia sebelum nikah. Sebenarnya bila kita ingin menyelamatkan umat manusia daripada terjebak dengan pelbagai masalah, jenayah dan musibah kita harus kembali kepada cara dan proses 'mencelup' anak-anak sepertimana Rasulullah saw dan para sahabat serta ulama 'muktabar yang mengikuti jalan baginda 'mencelup' generasi masing-masing dengan celupan Allah seperti maksud AlQuran:

"Shibghah (celupan) Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (QS. Al-Baqarah : 138)

Maksudnya ISO (langkah-langkah terperinci) mentarbiyah anak-anak tidak boleh tergelincir daripada 1.Menerapkan ilmu agar dapat menjadikan Allah tempat sandaran dan Rasulullah sebagai ikutan, 2. Sujud dan solat tepat waktu lima kali sehari, 3. Keikhlasan hati yang lunak mendidik anak-anak dengan kasih sayang 4.Mencari rezeki halal,4.Menjauhi maksiat dengan aktiviti manfaat 5. Sentiasa di sirami peringatan dan ayat suci alQuran, di mata,telinga dan mulut serta banyak lagi yang boleh mengisi jadual 24 jam termasuk tidur yang menjadi ibadah dan di redhai Allah. Hanya orang yang Allah redho mudah dapat rezeki dan hidayah.

Di sekolah-sekolah agama ada ISO ini tetapi di rumah kita tidak suka berISO nanti di katakan ketat, tak relak dan membosankan. Tambahan lagi dengan ISO budaya barat yang mendahulukan nafsu dan hiburan tidak akan sesuai ISO cara hidup Islam kerana lslam menuntut, selain keyakinan yang kukuh, kita kena memohon hidayah yang hanya Allah tahu nak beri kepada siapa yang benar-benar ikhlas dan jujur.

Saya petik sumber Taman Ilmu daripada internet tentang isu ini:

Saudara pernah tidak mencelupkan tangan ke dalam air? Apa yang terjadi? Basah bukan? Jika suatu saat kita celupkan jari telunjuk sampai setengah bagian saja ke dalam gelas berisi air, tentu yang basah hanya setengah saja. Jika kemudian kita celupkan lagi jari telunjuk kita sampai seluruhnya tercelup, maka bagian yang basah tentunya seluruh bagian.

Shibghah artinya celupan. Shibghah Allah adalah celupan Allah yang berarti iman kepada Allah yang tidak disertai dengan syirik. Keimanan yang menyeluruh dan sepadu (integral), bukan sebagian-sebagian di mana islam terinternalisasi (di hayati) di dalam diri dan kehidupannya. Ibarat tercelup ke dalam air, maka mencelupkan diri di dalam celupan Allah sepenuhnya akan menyebabkan diri dan kehidupan kita basah oleh nilai-nilai keislaman yang kaffah seperti maksud ayat AlQuran:

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (QS. Al-Baqarah : 208)

Kaffah itu adalah mengimani Allah dengan sepenuh-penuh keimanan. Termasuk di dalamnya adalah bagaimana kita membesihkan akidah dari berbagai fenomena syirik, misalnya tidak meminta bantuan kepada jin dan dukun atau tidak meminta bantuan kepada berhala dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Jika seorang muslim melakukan syirik, hanya kemudaratan saja yang akan ia dapatkan. (QS. 2:165, 4:117, 27:24, 11:25-26)

Kaffah juga berarti bagaimana kehidupan kita tetap menyatu dengan islam tanpa membeda-bedakan antara bidang yang satu dengan bidang yang lain, misalnya ketika kita mengaku sebagai pengusaha muslim dan beribadah dengan cara islam tetapi kita malah ikutserta dalam sistem riba (QS. 2:275, 3:130, 30:39). Juga contoh-contoh lain yang bisa dipetik pelajaran darinya.

Kaffah berarti kita beriman secara total dan seutuhnya, bukan mengimani sebagian dan ingkar kepada sebagian yang lain. Sesuatu yang dilakukan setengah-setengah tentu hasilnya tidak sempurna bukan? Mencelupkan diri di dalam celupan Allah akan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Celupan mana lagi yang lebih baik dari celupan Allah?


Berhubung persiapan melahirkan sebuah generasi, Rasulullah saw bersabda, bermaksud: 'Anak kecil itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibubapanya yang membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.'

Mengapa tidak disebut Islam dalam hadis di atas? Ada ulama yang menyatakan bahawa jika dibiarkan anak itu membesar dalam keadaan sendirinya, mereka akan mencari Allah dan petunjuk Islam kerana Islam itu adalah fitrah semulajadi manusia. Tetapi Nabi saw menyebut: "Syaitan yang menyesat dan menyelewengkan mereka."

Siapakah Syaitan itu? Allah berfirman, bermaksud: " ..yang mewas-waskan dalam hati manusia, dari kalangan Jin dan manusia." Syaitan dari kalangan jin adalah jelas. Di kalangan manusia pula, mereka yang bersifat Syaitan adalah manusia yang menyesatkan manusia lain daripada jalan Allah

Justru, tak pelik jika sekiranya ibubapa juga boleh menjadi syaitan terhadap anaknya. Syaitan yang bagaimana? Nabi memberitahu bahawa anak-anak adalah seperti kain putih. Ia bersedia menerima apa-apa warna yang dicelup kepadanya. Biru yang dicelup, birulah ia. Hijau yang dicelup, hijaulah ia. Hitam yang dicelup, hitamlah ia. Pendek kata warna yang dicelup kepada kain putih tadi amat penting untuk memastikan warna terbaik bagi kain tersebut.

Celupan Allah bererti kita mesti mendidik anak-anak itu supaya kembali kepada fitrah semulajadinya iaitu Islam. Perkenalkan mereka dari kecil tentang Allah, ajarkan mereka Quran, biasakan mereka dengan solat, tutup aurat dan tanamkan adab. Perkenalkan mereka tentang dosa pahala. Moga-moga mereka dicelup dengan celupan sebenar.

Malangnya, menjadi budaya yang bercanggah dengan Islam apabila anak-anak tadi dibesarkan menurut cara yang bukan diperintah oleh Allah. Quran diganti dengan menyanyi. Hafal lagu lebih penting dari hafaz ayat-ayat Quran. Diajar bermain piano menggantikan mengenal solat. Berfesyen mendedahkan aurat menggantikan adab menutup aurat. Pendek kata kita membesarkan anak-anak dengan cara yang boleh merugikan kita sendiri-dunia dan Akhirat.

Sesetengah ibubapa mahukan anaknya cepat menjadi glamour, cepat kaya melalui publisiti dan gaya hidup yang cukup mudah diraih tanpa banyak usaha. Cara tersebut antaranya dilatih menjadi selebriti, artis dan orang-orang popular cara instant. Tetapi pernahkah ibubapa ini terfikir kesan jangka masa panjang tentang keinginan yang salah itu?

Apalah yang boleh diberi syafaat oleh si anak yang menjadi artis popular, selebriti glamour atau bintang handalan di Akhirat kelak untuk ibubapanya? Dirinya sendiri belum tahu untung nasib, sementelah pula mahu menolong orang lain. Bahkan terkadang menjadi musuh pula walaupun terhadap ibubapa dan anak-anak sendiri. Tetapi anak yang hafaz Quran, insyaAllah bukan sahaja boleh membantu dirinya, bahkan ibubapa dan kaum keluarga. Demikian juga anak yang mati syahid, yang alim dan yang soleh.

Nabi saw berpesan bahawa di antara amalan yang boleh memberi manfaat kepada kita selepas mati ialah anak soleh yang mendoakan untuk ibubapanya. Kalau kita didik anak-anak dengan celupan Allah, insyaAllah kita tidak akan menyesal nanti. Pahala sentiasa datang kepada kita selepas mati melalui doa dan amalan anak-anak kita. Tetapi jika kita tersalah mendidik mereka, tentunya penyesalan kita tidak akan sudah. Banyak kes-kes di dunia lagi anak-anak membuang ibu bapa yang dirasakan tidak berfungsi kepada kemunculan mereka selaku ornag besar, artis dan seleberiti. Neraka di berikan naka kepada ibu bapa mereka sejak di dunia lagi. 'Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.'

Yang pasti untuk mendidik anak-anak dengan celupan Allah ini datangnya dari kesedaran ibubapa, kefahaman yang jelas tentang Islam, kecaknaan tentang implikasi baik dan buruk hasil didikan mereka.

Jangan jadi seperti Anakku Sazali, yang menyesal kemudian kerana salah didikan.

Dunia moden memang cukup mencabar ibubapa. Tetapi cabaran itulah yang mesti ditempuhi -mahu atau tidak-supaya amanah dari Allah itu tidak dipersiakan. Sesungguhnya:

Dunia ini pentasnya,
Padang Mahsyar itu tempat pengadilannya,
Allah itu hakimnya,
Syurga atau Neraka itu trofinya.

Akhir kalimah,saya mohon maaf mutakhir ini saya sering mengambil jalan pintas menjelaskan beberapi isu melalui penulisan daripada internet. Namun sumber yang begitu banyak di internet harus di manfaatnya kerana kebenaran itu tetap satu.


Berbalik kepada tajuk di atas saya berkesempatan lagi memasak nasi lemak di hotel Surabaya terutama menggunakan beras nasi Arab. Hari ketiga di Surabaya kami melawat sebuah gedung grosir yang ada foodcourt di tingkat atasnya dan kami mencuba 'nasi timbel' dan 'ayam penyet '. Nasi Timbel seakan-akan nasil lemak, bersama hidangannya ada sup semacam tom yam dan ayam kampong kukus goreng. Ayam penyet yang kini banyak terdapat di Malaysia serupa nasi campur, ayam goreng dan sambal. Pastinya halal kerana pembantu gerai mengaku beliau lslam tapi belum 'berjilbab'.


Terkini saat akan pulang saya mengucap syukur kerana berpeluang lagi melihat tempat yang baru pada saya di bumi Allah. Begitu besar negara dan ramai rakyat Indonesia saya di Surabaya seolah merasakan Jakarta dan Bandung yang sering saya lawati bukan dalam negara yang sama.

Budaya asli kaum Cina dan kesan sebaran agama Islam melalui pedagang Cina kuat di sini di contohi Masjid Muhammad Cheng Ho, alhamdulillah. Negara Indonesia berusaha mengekalkan kesan sejarah ini. Semoga ramai lagi pemimpin di Malaysia dapat datang dan merenung kesan ini untuk di jadikan iktibar bahawa isu kebenaran Islam sahaja yang dapat menyatukan hati manusia. waAllahu'alam

2 comments:

  1. Salam. Macam mana Surabaya boleh Sunyi sebagai bandarRaya kedua terbesar. Agaknya lain padang lain belalang. Tidak ke Solo ke? Kan dah dekat. I have my roots in Solo. Tapi tak pernak ke sana. Semoga satu hari Allah beri peluang. Cerita pasal ibu bapa mendidik anak-anak, terfikir juga keadaan sendiri. Ibu Bapa tidak wujud dalam vaccum. Mereka semasa remaja dan dewasa mudanya pun dipengaruhi sekeliling. Kalau di keliling lalai, maka lalailah kita. Perlu sekumpulan manusia beriman memecahkan vicious circle ini. Agknya itu tugas kitalah. Semoga Allah menunjuk jalan dan memudahkan.

    ReplyDelete
  2. salam. banyak sebab sepi. tak punya wang belanja nak keluar selalu, lull time lepas new year holiday dan world economy teruk. Ya tugas kita buat iso tentang didikan lslam.kena mula dg diri sendiri dulu. i like the wali songo history here.one wali tu guna lagu nak sebar lslam. kalau ada masa i'll be posting a blog on it. dulu pak kmt sponsor kami ke solo 2 hari. tak berapa tau nak cari apa. but we ca plan to visit solo. it's interesting.combination keraton, hindu and islam.tq for comment

    ReplyDelete