NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 BERSAMA SATU KEJUTAN



Kejutan 'Aku terima Nikahnya' oleh Zaid di hadapan bapa mertuanya. Sebelum ini beliau menangguh-nanguh untuk berkahwin!!
Kejutan perubahan yang mendapat ganjaran RM100!








Salam

Sabtu, 1 Januari 2011. Saya dan rombongan Kohatsa berada di Homestay Serambi Alor Star Kedah.

Sepanjang pagi 31 Disember 2010 bermula 3.45 pagi dari Shah Alam sebuah bas pelancung membawa 33 penumpang daripada Tangkak Johor dan Shah Alam bertolak menuju ke utara menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan Zaid kamardin, salah seorang anak saudara saya dan anak ahli Kohatsa. Kesempatan bermusafir kami terus ke Padang Besar membeli belah.

Beg musafir saya dan suami daripada Jakarta masih utuh belum di unload sejak tiba di KLIA pada 29 hb jam 10.00 malam. Namun untuk dua hari ke Kedah kami hanya bawa backpack. Penat bermusafir belum hilang kini musafir dengan bas agak menyulitkan saya yang baru mengalami sakit urat kaki.

Sekali lagi persoalan mengapa saya terus 'terperangkap' dengan bermusafir. Jawapannya, selain minat yang tinggi ia merupakan IBADAH dan UBUDIYYAH. Dua konsep yang tidak mudah di faham jika kita tidak melaluinya.

IBADAH ialah satu pekerjaan dan tuntutan yang di seru oleh Islam melakukannya untuk memperkukuh akidah dengan melihat kebesaran Allah sepanjang perjalanan. Doa musafir jelas dimulakan dengan sifat tawakkal '..Mahasuci Allah yang memudahkan perjalanan....' kerana jika bukan Allah yang mengizinkan adanya pelbagai kemudahan, keghairahan hati, kelapangan masa, kesihatan diri, wang ringgit dan keenderaan yang baik kita tidak mungkin dapat bergerak selangkah pun. Beberapa ahli Kohatsa tidak dapat bersama kerana kesihatan dan kesibukan yang tidak mengizinkan.

Taklimat, doa musafir dan tazkirah dalam bas oleh dua orang tokoh yang boleh di tauladani ibadah dan ubudiyyah mereka insyaAllah

UBUDIYYAH ialah satu keterikatan hati untuk melakukan musafir kerana cinta, kasih, sayang dan takutkan Allah. Cinta dan kasih sayang Allah kerana mensyukuri kurniaNya yang memberi kita nikmat dan rezeki beragama Islam, iman, rasa persaudaraan, tanggongjawab dan kerelaan untuk berkorban sebaiknya setimpal dengan kurnia yang amat besar.

Takutkan Allah berlaku kerana di bimbangi segala amal yang kita lakukan TERBATAL kerana penyakit HATI: ujub,riya', sombong, takabur, mengungkit. dendam, merungut tidak redho dan yang paling rosak ialah SYIRIK (merasa ada kuasa dan perkara yang lain lebih
besar daripada Allah).








Antara ahli 'Senior' Kohatsa

Bersama kami dalam rombongan ialah saudara mara arwah bapa saya yang kakak saya pelawa demi memanjangkan silaturahim. Alhamdulillah satu usaha yang besar kerana tanpa usaha ini
kami mungkin putus hubungan.

Yang lebih matap ialah kehadiran semua ahli terutama yang 'senior' dalam Kohatsa menyertai rombongan. Keseronokan bermusafir bersama ahli keluarga tidak dapat saya gambarkan ke tahap bergelak ketawa yang mengalirkan airmata (terbahak-bahak) dengan kerenah Ikmal anak Hj Ghazali yang kelakar dengan mimik muka dan selambanya!.Ikmal 'menjaja' kuih muih dalam bas

Sepanjang perjalanan proses takruf- berkenalan dengan anggota Kohatsa di lakukan melalui kuiz, nasyid dan tazkirah pendek termasuk motivasi dan bercerita. Hadiah RM dan barang-barang makanan dalam bekas plastik baki program keluarga baru-baru ini menjadi rebutan, termasuk di kalangan tetamu kami alhamdulillah. Saya yakin ia satu kenangan manis kepada semua, terutama anak-anak yang sedang memerhati gelagat orang-orang tua!.

Pada saya musafir dengan keluarga satu keberkatan kerana kami dapat di satukan dalam sebuah keenderaan yang selesa, berhenti solat berjemaah bersama, tinggal dalam sebuah rumah bersama makan bersama dan kami empat beradik perempuan tidur se katil bersama!!!

Empat adik beradik perempuan kohatsa yang 'powerful' belaka

Sebelum kami adik beradik perempuan merebahkan diri tidur masing-masing bertanya siapa yang resah (suka bergerak dalam tidur), semua jawab kami tidur kaku macam kayu, seronoknya!

Terlintas juga dalam hati kecil siapakah diantara kami yang 'senior' akan di panggil pulang oleh Allah lebih dahulu. Doa saya agar pemergian siapa pun akan diiringi keikhlasan doa persaudaraan yang merupakan amal soleh untuk di persembahkan kepada Allah nanti insyaAllah.

Di sana sini perayaan tahun baru di sambut meriah, konsert, pertunjukan bunga api, gelak ketawa, tari menari malah ada yang terus bermaksiat, namun ahli Kohatsa di berkati dengan solat hajat bersama jam 5.00 pagi, solat Subuh berjemaah dan KULTUM (kuliah tujuh minit)oleh semua peserta rombongan.

Setinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah yang menganugerahkan kami nikmat menyambut tahun baru 2011 begini. Saya syurkan kapada adik saya selaku penyelaras program supaya setiap akhir tahun di adakan aktiviti bersama keluarga untuk menjaga batas pergerakan mereka agar berada dalam suasana hening dan harmoni.



Blog ini khas di tulis sebaik pulang daripada musafir dan bertajuk satu kejutan untuk merakamkan suasana yang paling kami kagumi berlaku pagi 1.1.11 selain pernikahan Zaid. Suami kakak saya membuat kejutan beliau akan terus meninggalkan 'ROKOK' kerana beliau seolah mendapat hidayah di pagi tahun baru bahawa setiap kali ingin menghisap rokok dia seolah memegang seekor 'cacing'! Terus beliau memasang azam mulai 1.1.11 SATU perubahan kekal untuk membuang tabiat yang telah di lakukannya lebih 30 tahun akan bermula. Doakan kekal insyaAllah

Turut mengkagumkan kami ialah pengakuan terusterang beliau 'seronok' menyertai setiap kali rombongan Kohatsa dan mengIKTIRAF bakat kepimpinan kakak saya selaku Pengerusi KOHATSA. MasyaAllah....mana ada suami yang terusterang mengaku kelebihan isteri? Suami mengutuk isteri banyak saya dengar, tapi kini dengan lantang beliau meredhai usaha isterinya..alhamdulillah.

Terbayarlah kesabaran kakak saya selama ini. Semoga ramai lagi perokok seperti suami kakak saya yang ikhlas membuat perubahan dan tidak rasa tercabar dengan kelebihan seorang isteri.

Beberapa insiden lain turut memberi kejutan, antaranya penampilan Hafizul Hairudin dan adiknya Amirul kerana mampu menterjemah ayat Quran melalui KULTUM...syabas! satu potensi, satu bukti bahawa sistem pendidikan Islam Ibnu Khaldun telah membuahkan hasil...amiin. Kini saya rasa amat kuat untuk terus membimbing ahli Kohatsa menerajui pelbagai aktiviti bermanfaat kerana ia merupakan proses membuat perubahan dan KEJUTAN.

Satu hakikat yang perlu di ingatkan kepada semua ialah kami ahli senior Kohatsa adalah hasil doa dan didikan arwah ibu bapa kami yang amat sabar dengan karenah kami. Adalah penting setiap generasi menghidupkan doa dan mohon keampunan untuk arwah ibu bapa, zuriat dan pewaris masing-masing sepertimana Nabi Ibrahim medoakan zuriat umat manusia agar tetap mendirikan solat. Dalam AlQuran Surah Ibrahim ayat 40-41 di sebutkan:

"Ya Allah jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku Wahai Tuhan kami perkenankanlahlah doa ku. Ya Tuhan kami berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku serta orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

Dalam sejarah kejayaan umat Islam pula, jika di sorot kisah bagaimana dalam tahun 1187M/582H Salahuddin AlAyubi menerajui kepimpinan membebaskan Jeruselam dan menyelamatkan Masjid AlAqsa Palestin, ternyata beliau mewarisi kepimpinan bapa saudaranya Imam Nurul Din (bapa Nurul Din ialah komandan Imam Al-din Zanki). Imam Nurul Din seorang pahlawan jihad yang warak, beriman dan bertakwa yang telah berjaya menumpaskan pasukan Salib serta menyatukan Syria dibawah kekuasaan Muslim dalam tahun 1154M/549H.

Proses mempersiapkan kehebatan Salahuddin dan masyarakat di zamannya di lakukan oleh dua ulama besar ketika itu iaitu Imam Al Ghazali dan Abdul Qadir Al Jilani. Proses persiapan memakan masa dua generasi akhirnya dapat membuat 'KEJUTAN' di kalangan tentera salib untuk menyerahkan kemuliaan Masjid AlAqsa ke tangan Salahuddin AlAyubi.

Doa saya dikalangan pewaris Kohatsa akan lahir seorang Perdana Menteri Malaysia yang beriman dan bertakwa dan bakal pemimpin yang menandingi Salahuddin AlAyubi. Berurusanlah dengan ulama muktabar mulai sekarang jika ada ibu bapa atau datuk nenek yang berhajat mencalonkan anak cucu mereka. Semoga Allah perkenankan doa saya. Amin

bergambar ramai di hadapan MasjidSallahuddin alAyubi di Padang Besar Perlis
Generasi ke 2 dan ke 3 Kohatsa

No comments:

Post a Comment