NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 20, 2010

TAMAN TASIK SULTAN SALAHUDDIN SHAH ALAM



Kenangan simposium 25 tahun taman tasik Shah Alam



Tokoh Takano san,arkitek taman tasik dan peserta simposium


Salam


Simposium TamanTasik Shah Alam 2010 yang berakhir 18 Jun di Shah Alam Convention Centre (SACC) membuka mata dan minda saya betapa kita jarang menyusuri rahsia AlQuran untuk melakukan sesebuah perancangan yang melibatkan manusia.

Pendedahan seorang penceramah yang merujuk konsep taman sebagai 'AlJannah' atau syurga menark minat saya. Penceramah lain juga menyebut taman sering di kaitkan dengan orang-orang atasan yang kaya dan hidup mewah, pihak bangsawan, pemerintah dan raja-raja. Malah pemerintah zaman dahulu seperti di China, Eropah, Persia, Mesir dan Rom menghambakan rakyat mereka untuk membina taman hanya untuk raja-raja dan kaum bangsawan. Antara 7 'wonders of the world' yang saya masih ingat ialah 'hanging garden of Babylon'


Yang cantiknya di Malaysia, Almarhum Baginda Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam tahun 1985 memerintahkan sebuah taman di bina untuk rakyat di Shah alam seperti yang terdapat di hakkoni di negara Jepun. Seorang arkitekFumiaki Takano di datangkan daripada Jepun untuk maksud ini dan kini Laman Budaya Taman Tasik di Seksyen 14 tersergam indah menjadi sejarah tasik binaan manusia (man-made lake). Setinggi tahniah kepada barisan arkitek dan perancang kerana menanam pelbagai jenis pokok yang kini sedang besar merimbun dan matang. Isunya bagaimana menyelenggara, mempertahan kehijauan dan menaiktaraf Taman Tasik? peranan siapa, kosnya dan pengurusannya.

Alhamdulillah MBSA mendapat tawaran sekumpulan siswazah lepasan program Park Management UiTM untuk berkerjasama menjadikan Taman Tasik Shah Alam lapangan mereka melakukan kreativiti dan mungkin juga mambantu mempertemukan golongan pengguna taman dan pereka taman. Saya mengharapkan fenomena ini menjadi satu dayasaing kepada lebih banyak perancangan taman tasik dan green lung (kawasan hijau) di Shah Alam.


Isu yang jelas menjadi penghimbau atau penghalang pembangunan Taman tasik yang indah ialah sikap pengguna yang menghalalkan 'vandalism' di sekitar kawasan tasik. Selain itu masalah sosial ialah pergaulan muda mudi yang mencabar keimanan berlaku di taman tasik. Kumpulan penguatkuasa dan ranger taman terpaksa mengesan tempat sunyi yang sering di huni pasangan kemaruk cinta. Astagfirullah...terlalu ketara maksiat hari ini seolah kita berada di negara yang tidak kenal apa itu akhlak! Begitu juga dengan kumpulan remaja yang menghidu gam menggantikan dadah, ia mencabar pihak berkuasa untuk menambah senarai dadah yang lahir daripada kreativiti remaja mencubanya. Di fahamkan penghidu gam umurnya pendek kerana kesan gam kepada otak manusia amat ganas, nauzubillah...kini remaja sudah mudah membunuh diri!



Simposium tidak sempat membincangkan isu yang saya sebut di atas namun ada juga komen para peserta yang menyatakan siapa kata taman tasik di negara maju selamat kerana sering berlaku pembunuhan di tempat sunyi di Central Park USA. Saya pun kurang arif tentang ini tetapi saya mengharapkan keselamatan pengunjung taman tasik shah alam akan sentiasa di perhatikan kerana kabarnya ada satu kes yang tidak di ketengahkan seorang wanita muda di temui lemas di taman tasik kerana perbuatan seseorang yang tidak ingin ia hidup dan wanita didapati sedang mengandung (luar nikah), waAllahu'alam, insiden yang mengerikan!


Blog ini hanya ingin merakamkan penghargaan kepada sumbangan Almarhum Sultan yang tidak lupakan rakyatnya hingga mensyaratkan Shah Alam juga tidak di izinkan mengadakan panggung wayang, pub, disko dan tempat perjudian. Apa yang berlaku sebaliknya adalah hasil jiwa-jiwa rakus yang tidak berfikiran jauh, sejauh kesan di akhirat.

2 comments:

  1. asalamualaikum,
    saya seorang student UIA dalam jurusan perancang bandar. Saya tak berkesempatan nak join symposium ni. sekarang ni saya tengah buat project paper pasal islamic principle application at Taman tasik Shah Alam. tapi tak cukup data pasal islamic factor kt taman tu. puan noraini ada tak info2 yang dapat dari symposium tu. kalo boleh saya harap puan dapat bagi kat saya ape2 pengetahuan yg puan dapatt dari sysposium tu. terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam.mohon maaf lewat jawab. kita jumpa lagi mudah tel saya 019 215 6457

    ReplyDelete