Simposium Tamantasik ShahAlam 2010
Gambar di Rumah Duta Malaysia Sri Lanka
Salam
Alhamdulillah. Satu musafir yang jauh menyeberangi dua lautan. Menemui tiga jenis manusia ciptaan Allah. Bermula dengan lawatan ke Hongkong dan Shenzhen, di ikuti 8-10 Jun ke Bandung Jakarta. Awal-awal pagi 11 Jun Jumaat kami melangkah ke Sri Lanka menawarkan latihan Mawaddah Kraf Malaysia kepada wanita dan remaja perempuan di Al Muslimaath Colombo.
Hari ini 17 Jun 2010 sehari selepas pulang daripada Sri Lanka saya menghadiri Simposium Taman Tasik 2010 Shah Alam sempena 25 tahun Taman Tasik buatan manusia di bina (man-made lake) 9.00 pagi - 5.30 petang. Saat merenung sambil mendengar pembentangan kertas kerja merupakan satu kerehatan. Terlalu banyak urusan menunggu di bereskan. Sebaik sampai ke Shah Alam 4.00 petang semalam kami menziarahi rumah saudara Zain yang hangus bahagian dapor kesan percikan api letrik membakar bilik bibik di belakang, mujur bibiknya sedang bercuti. Begitulah takdir Allah menguji manusia untuk menilai tahap kesabaran. Pada masa yang sama program Jalan-jalan Remaja turut di selsaikan.Ia di kendalikan remaja Pembina Isma, alhamdulillah satu pencapaian yang matang memikirkan Mustapha fasilitator program merupakan lepasan SPM dan akan melanjutkan pelajaran ke Jordan.
Kesibukan membuat saya berdayasaing, banyak nak di fikirkan lantas tidak ada masa memikirkan perkara negatif dan bukan-bukan. Petang tadi Ngah Nortipah mengesahkan tengahmalam esok 18 Jun bas akan sampai mengambil kami (saya dan suami) untuk lawatan ke Pulau Langkawi bersama anak murid pengajian AlQurannya. Pengelibatan kami hanya sekadar membantu memudahkan program menaiki cable car di Pulau Langkawi, semoga menjadi amal saya dan suami.
Sekadar mencatitkan diari saya dalam blog ini supaya bila punya masa saya akan menyambungnya insyaAllah. Malam ini katanya perlawanan bola dunia sedang berlangsung antara pasukan Korea dan Argentina. Rakan Ahli Majlis saya menyebut kosonglah surau dan masjid malam ini kerana pertandingan bola bermula jam 7.00 malam waktu Malaysia. Terkedu saya mendengar pilihan manusia, antara solat berjemaah dan bola, bola mengambil tempat utama.
Lewat petang tadi kak Chak daripada Kota Kuala Muda datang bersama adiknya Hanafiah membawa keychain buah strawberry anyaman majalah. Kak Chak amat runsing bertanyakan kemungkinan rombongan kami dapat menunaikan umrah ke Mekah. Cuak juga saya walaupun malam tadi adik saya menyebut urusan di Mekah akan di buat seperti tahun lalu, insyaAllah. Kami hanya bimbang tiket kapalterbang dan visa sukar di dapatkan. Mohon kak chak panjatkan doa almaklum kak chak tak pernah melangkah keluar Malaysia dan matlamat meletakkan tapak kaki ke tanah suci Mekah adalah hajat besarnya. Dalam hati saya berdoa kuat semoga hajat kak chak di mudahkan Allah.
Petang tadi juga bekas Duta ke Sri Lanka Cik Nazirah Ismail membalas sms saya menyatakan syukur program Sri Lanka dapat di jalankan dengan baik. Saya hanya harap ini bukan kali pertama dan akhir kerana program membimbing mansia mengambil masa yang amat panjang. Bak kata ustaz dalam merancang kebaikan masa depan harapkan generasi muda, yang tua-tua biarlah ibarat luncai terjun dengan labu-nya...

Salam. Sikit saja pandangan. Maksud yang tua terjun dengan labu-labunya ialah orang tua yang sudah terlalu selesa dan tidak mahu memikirkan ada perubahan yang perlu dilakukan demi kebenaran yang Hak.Bagi yang tua yang mahu muhasabah diri dan membuat perubahan positif KE ARAH KEREDHAAN ALLAH, MAKA MEREKA BOLEH DI JADIKAN RUJUKAN. Semoga begitulah adanya.
ReplyDeletetepat, tq
ReplyDeleteamat tepat, tq
ReplyDelete