Di hadapan Masjid Negeri Pulau Pinang
Salam
Di Langkawi kami bersama menaiki Cable Car dengan bayaran diskaun almaklum Dato' Safaruddin ahli lambaganya. Makanan seafood malam itu amat enak dan fresh, setinggi kesyukuran kepada Allah yang memberi banyak nikmat...beberapa jam sebelum itu kohatsa mendapat sumbangan RM2k daripada seorang dermawan. insyallah akan berkatlah si penderma yang ikhlas, tanpa sumbangan tersebut kuranglah peluang nak merasa seafood yang agak mahal di Pulau Langkawi ini dan sukar juga untuk saya pulang ke Shah Alam menaiki kapalterbang tengahari Ahad itu.
Apa pun saya dan suami telah menunaikan hajat kak Ngah serta keluarga kohatsa. Kami bersyukur masih ada adik beradik yang erat hubungan, kasih mengasihi dan sering memberi sumbangan. Semoga nikmat ini berpanjangan ke alam kekal kerana untuk itulah kita kini sedang membuat persiapan ke arahnya.
Salam
Detik 12.00 tengahmalam 18 Jun 2010 bas pesiaran berdaftar di Negeri Sembilan berhenti di R&R Jejentas Sungai Buluh Shah Alam. 41 penumpang sedang menunggu kedatangan kami menyertai rombongan mereka menjadikan penumpang dalam bas muatan 44 orang itu kepada 43 orang. 14 ahli kelurga Kohatsa sedang sama-sama dalam musafir percutian ke Pulau Langkawi.
Awal-awal kami suami isteri memaklumkan akan besama selama dua hari sahaja iaiu 19 dan 20 Jun. 21 Jun Isnin merupakan hari yang sibuk kerana banyak perkara perlu diselsaikan sebelum akhir minggu, apatah lagi hampir 3 minggu saya bermusafir. Kali ini musafir 'travel light' membawa back-pack sahaja. Saya pun bersedia berkongsi bilik bersama anggota kohatsa kerana kabarnya tempahan bilik kurang sebuah (sebab kami lewat buat keputusan menyertai rombongan)
Bermusafir bersama anggota Kohatsa merupakan nostalgia kami kerana sewaktu anak-anak masih kecil seringkali rombongan ke Thailand, Terengganu dan Kelantan di anjurkan oleh Pengerusi Kohatsa ketika itu Hj Kamardin. Kini Hajjah Nortipah selaku pengerusi menganjurkannya lagi, kali ini bersama jiran, murid dan kenalannya di Tangkak. Terasa sayu saya di izin Allah dapat bersama ahli keluarga dalam rombongan ini kerana ia merupakan jalinan silaturrahim yang tidak dapat di jual beli. Sebahagian masa kami gunakan mengadakan kuiz kepada anak-anak. Kuiz yang senang iaitu membaca surah Alfatehah dan maknanya.
Sukar di percaya kerana sebahagian anak-anak kurang mampu membaca Alfatehah, apatah lagi maknanya kecuali anak-anak ahli Kohatsa. Saya mengurut dada antara lega dan insaf Lega dengan penamplan anak-anak kohatsa dan menginsafi betapa besarnya tugas kakak saya menjalankan tugas berdakwah di kalangan anak muridnya.
Tepat waktu Subuh kami tiba di Masjid Negeri Pulau Pinang. Meninjau persekitaran saya sedih tidak ramai jemaah waktu subuh pagi Sabtu hari cuti itu. Masjid yang indah tersergam bagaikan tiada ruh kerana hambar dalam pentafsiran saya. Teringat satu ketika lama dahulu waktu masjid ini baru di bina ramai yang menyatakan ia hasil sumbangan orang bukan Islam dan antaranya hasil judi 4 nombor ekor. WaAllahu'alam saya tidak menyelidik maupun bertanya kerana di mana-mana pun nak mencari sumber sesuci sadakah para sahabat awal manalah ada di akhir zaman ini. Mungkin ini antara sebab kurang barakah dalam kehidupan manusia di mana-mana.
Perjalanan ke Kuala Perlis biasa sahaja dan Hj Ghazali menampilkan kemesraannya dengan pelbagai soalan dan hadiah yang memang di sediakan. Seperti biasa ahli kohatsa yang banyak menjawab dan menerima hadiah. Terasa saya betapa musafir bersama kenalan perlu kerap di adakan untuk mengeratkan persaudaraan dan berkenalan. Alhamdulillah Dato' Safaruddin sudi memberi ceramah menjelaskan makna Surah Alfatehah, semoga bahasa mudah yang di gunakannya dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada yang mendengar.
Di Langkawi kami bersama menaiki Cable Car dengan bayaran diskaun almaklum Dato' Safaruddin ahli lambaganya. Makanan seafood malam itu amat enak dan fresh, setinggi kesyukuran kepada Allah yang memberi banyak nikmat...beberapa jam sebelum itu kohatsa mendapat sumbangan RM2k daripada seorang dermawan. insyallah akan berkatlah si penderma yang ikhlas, tanpa sumbangan tersebut kuranglah peluang nak merasa seafood yang agak mahal di Pulau Langkawi ini dan sukar juga untuk saya pulang ke Shah Alam menaiki kapalterbang tengahari Ahad itu.
Apa pun saya dan suami telah menunaikan hajat kak Ngah serta keluarga kohatsa. Kami bersyukur masih ada adik beradik yang erat hubungan, kasih mengasihi dan sering memberi sumbangan. Semoga nikmat ini berpanjangan ke alam kekal kerana untuk itulah kita kini sedang membuat persiapan ke arahnya.
No comments:
Post a Comment