NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 6, 2010

SUJUD DI BUMI NEGERI CINA


Salam

Isnin 24 Mei hingga 31 Mei minggu yang agak cemas. Perjalanan kapal Mavi Marmara daripada Turki ke Palestin membawa bersama 11 sukarelawan Malaysia untuk misi bantuan ke Gaza mencetuskan detik-detik yang mendebarkan.

Di Shah Alam walaupun kehidupan berjalan seperti biasa perasaan yang di bawa bersama sukarelawan ke Palestin membiuskan daya fikir. Mesyuarat Majlis MBSA, taklimat PKNS mendirikan kompleks baru di taman tasik dan pelancaran sumbangan simposium Taman Tasik di lalui dengan hambar. Lawatan ke Tangkak dan Muar bersama ustaz Miftah dan keluarga hanya terkesan apabila kami sama-sama menunaikan solat hajat untuk memohon keselamatan sukarelawan dan rakyat Gaza.

31 Mei telah diadakan kenyataan akhbar anjuran Crisis management Committee di D'Palma Inn berhubung bantahan kepada tindakan tentera Israel mengepong dan membunuh krew kapal Mavi Marmara. Sebak yang tak tertahan melihat anak isteri sukarelawan menyertai program menyebabkan saya sukar bersuara apabila mewakili NGO Mawaddah. Saya hanya dapat menyambung hasrat Pengerusi Mawaddah agar semua kaum wanita bersatu mengutuk kezaliman tentera yahudi terhadap hak rakyat Palestin.

Kemudian lawatan MBSA ke Hongkong-ShenZhen 1-5 Jun yang begitu memenatkan. Setiba di lapangan terbang balik ke Malaysia 5 Jun telah menunggu jemputan majlis perkahwinan hingga ter'miss' jemputan Dr Abd Rashid Ahmad di Bandar Baru Bangi. Pagi 6 Jun saya menyertai program Hari Kitarsemula sedunia di Pasar Bazarena anjuran syarikat Canon dan Jabatan Alam Sekitar Selangor. Mawaddah Kraf menyertai pameran dan membuat demo kraftangan.

Kerinduan lama tak menjamah nasi arab menggamit deria lapar saya, lantas makan tengahari bersama adik-adik di d'Arab Cafe Anjung 7. Kebetulan cuti sekolah yang bermula Jumaat 4 Jun ramai yang bertanyakan sebarang program untuk anak-anak. Program 'Jalan-jalan remaja sedang menunggu 'green light' bujet.
Buat diri saya persiapan perlu juga di buat untuk lawatan ke tapak projek Garut Bandung 8-10 Jun di ikuti rombongan latihan mawaddah kraf ke Sri lanka 11-16 Jun. Sumbangan masih lagi sedang di cari daripada penderma koporat, terakhir ialah Syarikat Alam Flora Sdn Bhd yang baru-baru ini menawarkan diri menjadi 'partner in recycling' dengan Mawaddah kraf.

Tajuk blog yang saya sediakan kali ini ingin menyatakan syukur kehadrat Allah SWT kerana saya di beri kesempatan untuk melakukan solat di bumi negeri Cina beralaskan kertas surat khabar. Ia insiden yang teruja kerana inilah pertama kali rasa saya sebahagian besar pemandu pelancung belajar dengan jelas betapa pentingnya solat berbanding mengejar masa dan mengelak traffic jem untuk sampai ke Disney land Hongkong.
Jika seorang teman saya pernah menggalakkan saya ikut serta rombongan lawatan MBSA ke Cina sekadar untuk saya 'meletakkan tapak kaki di bumi negeri Cina', kini lebih dari itu kerana saya dapat literally BERSUJUD DI BUMI NEGERI CINA. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment