Bersama dua orang pesakit yang di rawat diMalaysia
Salam
23 Mei Ahad terukir dua sejarah dalam gagasan kemanusiaan insan. Program Bicara pagi anjuran bersama Jabatan Koporat MBSA/MPP Zon 3/D'Arab Cafe/Jabatan Taman MBSA/Mawaddah kraf /Surau Arryan dan Surau AlHijrah telah berjaya di adakan mulai jam 7.30-1.00 petang di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam. Satu kelainan ialah bilamana Ustaz Dr Badrul Amin membimbing anggota masyarakat untuk membudayakan solat. Kami melaksanakan solat dhuha dan saya memang tersentuh dengan komitmen yang tinggi semua pihak.
Penampilan pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai peserta 'speakers' corner' turut membuahkan kesan menyentuh hati bila ada pelajar yang berpidato tentang kesangsaraan rakyat Palestin dengan kata-kata 'enough is enough' Alhamdulillah, Allahuakbar!
Majlis sedikit tercemar dengan insiden 'permit' yang di minta oleh pihak polis dalam megadakan program 'Bicara Pagi'. Ujian kecil tersebut telah menyebabkan saya insaf betapa tidak mudahnya berjalan di atas landasan kebenaran, kerana tugas musuh ialah menghalang.
Antara kesan pembangunan pesat di bandaraya Shah Alam terutama seksyen 7 ialah lunturnya semangat keimanan di mana aduan yang saya pernah terima ialah begitu ramai umat Islam yang tidak menunaikan fardu Jumaat. Aduan dan tinjauan ini memberi azam kepada saya untuk mencontohkan cara bersolat melalui solat dhuha.

Sebelah malamnya saya dan suami menjadi tetamu Majlis Makan Malam Amal Tabung Perubatan Mangsa Perang Gaza di Dewan Perdana Felda KualaLumpur. Dua orang pesakit daripada gaza telah di tampilkan dan kami melihat mereka secara nyata 'Real Palestin' di depan mata. MasyaAllah
Tajuk Real Palestin saya sentuh kerana ia merupakan isu sejagat yang perlu dilihat secara jelas dan nyata. Bila kita sekadar mendengar berita, menonton TV dan petikan kisah peperangan Gaza ia kurang berkesan kepada fitrah kemanusiaan kita kerana diadun dalam senario yang tempat lain pun mendapat kesangsaraan yang tidak kurangnya juga,Afghanistan, Iraq dan banyak lagi musibah di sebabkan tangan-tangan manusia zalim, ganas dan rakus.Tetapi apabila kita melihat sendiri seorang yang hidup bangunnya daripada gaza,menjadi mangsa perang Gaza dan perlu melalui pelbagai ujian untuk rawatan barulah keinsafan menjelma betapa syukurnya kita tidak di uji sedemikian.
Titisan air mata tidak dapat di bendung setiap kali kami berdoa untukPalestin, tempat para syuhada menabur bakti mempertahankan maruah agama yang mulia,Islam. Doa di akhir program makan malam amat menyayat hati kerana masing-masing kami amat yakin tentang janji Allah terhadap Palestin yang dua kali di sebut sebagai barakah dalam ayat AlQuran.
Untuk palestin menjadi 'real' dalam hati, kita perlu beberapa usaha yang berterusan di jalankan untuk membantu rakyat di sana. Walaupun derma dan sumbangan tidak pernah berhenti menggamit panggilan hati kita yang paling dalam untuk berjihad dengan harta, namun menghayati Palestin sebenar perlukan akidah yang mantap tentang janji-janji Allah. Kita ingin menjadi salah seorang yang di beri nikmat seperti yag di sebut dalam maksud surah alfatehah iaitu para siddiqin, annabiyyin, syuhada dan solihin.

Terbayangkah kita jika keperluan merawat kesakitan musibah perang menyebabkan kita terpaksa berpisah dengan anak dan keluarga, negeri yang tercinta dan lama berada dalam negara orang lain. Namun real palestin tetap tegar, tabah dan redho dengan apa yang menimpa mereka. Semoga sifat dan nilai diri yang amat hampir dengan Allah menjadi contoh kepada semua.
Kemuncak majis makan malam ialah lelongan barangan bercirikan Palestin, antaranya replika kubah masjid Asakrah. semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada umat Islam bersatu dalam memperuangkan tanah suci Palestin daripada cengkaman zionist musuh Allah. Doa juga untuk rakyat Palestin agar bersabar dalam mengharungi kehidupan dunia yang sementara untuk meraih kejayaan yang kekal.

Salam.I missed the dinner on Palastine. I wonder who instructed the police to ask for the permit. Tapi tak apa. Kita yakin pada janji Allah : "Buat apa yang aku suruh, Rahmat Ku bersama." Semoga Allah terus memudahkan.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteinilah masanya wali selipar mendoakan pecah perut kepada rejim zionis yg ingin menghancurkan Islam, bukan sesama saudara seagama & sebangsa