NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, June 22, 2010

SEMUA BOLEH




Salam

Lawatan ke MPP Zon 21 malam ini 22 Jun 2010 membuka banyak kemungkinan Kepada Pengerusinya Mr Ang yang memegang prinsip SEMUA BOLEH. 'Nothing is impossible to you ya?' saya menambah. 'Yang saya tak boleh ialah meletakkan bulan ke riba.' Mr Ang membuat pengakuan.

Lebih dua jam kami 10 orang pelawat daripada MPP Zon 3 bertukar fikiran dengan AJK MPP Zon 21 di sertai Mr James daripada MPP Zon 5 ternyata masing-masing belajar daripada satu dengan lain. Menonjolnya kejayaan MPP Zon 21 ialah mereka berjaya menjaga keselamatan kawasan, meningkatkan ekonomi peniaga dan mengumpul ramai penyertaan dalam setiap program yang di anjurkan.
Rahsia keberhasilan MPP Zon 21 ialah sifat kepimpinan pengerusi dan AJK, kerjasama kukuh dan keyakinan mereka untuk membantu masyarakat tanpa mengenal bangsa, agama dan aliran politik. Tidak salah kalau saya katakan saya telah 'gagal' meraih sokongan masyarakat sejak menjadi ahli majlis MPP Zon 3. Selain kelemahan diri yang banyak, sifat kepimpinan saya juga tidak serancak Mr Ang dan rakan-rakannya, saya seolah lebih mudah mengalah dan kurang bersungguh-sungguh. Saya perhatikan disiplin Mr Ang dan rakan-rakan amat ketara, walking the talk dan BERANI.

Apa mau takut...Mr Ang memotivasi saya. Awak kena buli kerana menjadi wakil NGO tidak ada siapa nak sokong. Demikian beliau membuat pengamatan. Dalam hati saya banyak perkara yang menjadi prinsip tapi tidak dapat berkongsi malam ini. Saya mesti ada kekuatan untuk 'menolong deen Allah...dan Allah akan bantu kamu' (Surah Muhammad 7)
Dalam perjalanan pulang saya memasang azam akan solat istikharah samada baik untuk saya meneruskan menjadi ahl majlis atau mengundur diri. Ya Allah tolonglah aku dengan menampilkan orang yang dapat menolongku menolong agamaMu. Inilah doa saya selalu kerana saya tak mampu melakukan banyak perkara yang orang lain buat.
Apa pun saya banyak belajar daripada lawatan ini kerana strategi MR Ang dan MPP Zon 21 menepati sasaran. Menjaga keselamatan, mencegah kezaliman (orang pau/rasuah) dan membangunkan ekonomi rakyat telah mengena dan menghasilkan kesan setelah dua tahun berperanan.

No comments:

Post a Comment