NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 21, 2010

TRANSFORMASI





Tersergam SP Inn
Bengkel kraf di Penanti
Roti Arab House Kota Kuala Muda Kedah
Salam
Minggu yang agak sibuk bermula Sabtu 15 Mei sehingga tidak berkesempatan menulis blog.
Bermula dengan program komuniti penduduk sekitar surau arryan seksyen 7 shah alam bersama Telekom Malaysia pada 15hb, esoknya menerima tamu makan tengahari dan malamnya kuliah Quran the miracle.
Pagi Isnin 17 Mei bergegas ke pengajian fiqh semasa dan sepanjang hari dipejabat MPP cuba mendapatkan peruntukan bagi program bicara pagi 23 Mei. 5.00 petang talaqi alquran dan malamnya usrah.

Selasa 18 Mei lawatan keMajlis Bandaraya Petaling Jaya mendengar taklimat anugarah komuniti bestari, petangnya mendengar bantahan penduduk seksyen 7 mengenai bujet hotel. Sebelah malamnya mesyuarat agenda program bicara pagi.
Rabu 19hb sepanjang hari berada diluar menghadiri bengkel LA21 Bukit Cahaya Alam dan petangnya melawat pameran Kaizen Proton Malaysia. Sebelah malamnya berbincang dengan kumpulan murrabi usrah.

Khamis 19 Mei kelas harfiah (bahasa Arab melalui ayat Quran) setia menunggu, saya sudah dua minggu ketinggalan. Jam 11.00 pagi berkemas cepat untuk bermusafir ke Sungai Petani Kedah.

Objektif ke Sg Petani ialah untuk meninjau kemungkinan ada ruang mempromosi 'nasi arab' kerana anak seorang peserta mangsa tsunami kota kuala muda bersedia untuk mengusahakannya kebetulan minat 'arabnya' terserlah dengan gerai 'roti arab house' di hadapan rumahnya,iaitu rumah penempatan yang menggantikan rumah keluarganya yang di landa tsunami Disember 2004.

Begitulah masa 6 tahun telah mengubah wajah dan penjelmaan baru (transformasi) suasana penduduk kota kuala muda,melahirkan usahawan muda di samping ayahnya terus mengekalkan kerjaya nelayan pesisiran. Yang tidak berubah ialah rasa ikan segar yang masih manis dan 'enak' kata orang Indonesia.
Sewaktu kami check in di Sg Petani Inn pun berlaku transformasi daripada bangunan lama 3 bintang ke tahap bangunan tersergam 4-5 bintang dengan kemudahan kolam renang. Ternyata Sg petani makmur dengan kepadatan penduduk.Dua buah pasaraya Tesco, giant dan seumpamanya mewarnai bandar sg petani. Sahabat kami yang menetap di bandar ini manasihatkan agar tidak membuka sebarang cawangan kedai makan di sg petani kerana telah 'congest' (sesak) dengan terlalu banyak pilihan makanan hingga ada setengah kedai dan restoran terpaksa di tutup.
Kota Kuala Muda juga sumber mawaddah kraf mendapatkan bekalan kraf dan sempena lawatan latihan Mawaddah kraf ke Sri Lanka pertengahan Jun kami perlu membawa contoh terbaru kraf untuk muslimat di sana. Alhamdulillah ada peserta yang kini sudah mendapat bengkel sendiri kraf kertas yang mengubah suasana rumahnya menjadi lebih kemas berbanding dahulu. Saya juga mengira ini satu transformasi (penjelmaan) satu usaha gigih yang dijalankan atas dasar minat, tidak putus asa dan sentiasa berusaha memperbaiki kualtit hasil anyaman beliau.

Isu transformasi atau penjelmaan baru wajah-wajah lama merupakan satu proses yang tabie, manusia berubah daripada muda ke dewasa, anak-anak kecil dahulu kini menjadi remaja. Rumah rakyat termiskin kaum nelayan kini ada yang berubah wajah menjadi bunglow,jalan kampong menjadi highway dan sebagainya. Parti memerintah kota kuala muda juga berubah wajah. Yang tidak berubah wajah ialah kejelekan permusuhan antara pendokong parti ke tahap memutuskan silaturrahim,
Apa pun sedikit masa yang saya jimatkan untuk lawatan ke sg petani membuahkan harapan baru untuk terus melihat penjelmaan baru anak-anak muda yang saya asuh menjadi usahawan berjaya satu hari nanti. Landasannya tidak lain bersabar dan bersyukur kerana masih lagi mampu mempertahankan akhlak orang beriman dan bertaqwa. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit. Silaturrahim tidak ada nilainya dan perlu dipupuk darai saat kesaat hingga saat kematian menjemput ruh kita,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment