NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, May 14, 2010

SURAU ARRAYAN DAN LA21 (LOCAL AGENDA 21)


Salam

9 Mei dan 15 Mei Surau Arrayan di kerumuni anak-anak muda bermain futsal. AJK pemuda/belia surau telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal ramaja dan saya selaku pengerusi MPP Zon di minta merasmi dan menutup acara.

Modal yang saya ada untuk ucapan satu sahaja, peserta yang bertanding hendaklah MENANG DENGAN KEYAKINAN, KALAH DENGAN TERHORMAT ( Be humble and gentle in victory and proud and unbending in defeat). Maksudnya pihak yang menang yakin mereka ada kamampuan menang kerana terbukti ada kemahiran dan telah membuat persiapan bersungguh-sungguh, sementara jika mana-mana pihak kalah janganlah terlalu emosi hingga marah-marah termasuk bergaduh.

Hari ini budaya sukan yang banyak di anjur di sana sini suatu yang sihat. Namun unsur perusak dakyah Yahudi telah mengheret sukan ke tahap penuh pengikaran, antaranya judi sukan, pertandingan dan persaingan sengit ke tahap tidak dapat menerima kekalahan, merosak kemudahan awam dan padang. Ia berlaku di luar negara dan kini menular ke dalam negara Malaysia. Tanpa memegang prinsip menang dengan keyakinan dan kalah dengan terhormat di bimbangi program sukan akan menjadi 'stressful' kepada pemain dan pihak penganjur menjadi 'opportuinst' (mengambil kesempatan)

Alhamdulillah Surau Arrayan ingin membuat perbezaan. Semua peserta pertandingan di syaratkan berseluar panjang, bawah lutut. Waktu solat permainan di tangguh untuk sama-sama menunaikan solat dan yang menariknya ada slot motivasi pemain, pelajar sekolah, anak-anak serta pertandingan mengubah dan memasak untuk ibu-ibu. Bila saya selidik bagaimana Surau Arryan dapat mengumpulkan semua golongan masyarakat ternyata mereka ramai petugas yang ada network masing-masing. Ada yang pernah menjadi Yang Di pertua Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), ada yang tokoh korporat dan ramai lagi yang dapat menyumbang pelbagai peralatan, skrin, lcd dan seumpamanya.

14 Mei MBSA baru membincangkan bagaimana agenda tempatan (Local Agenda) 21 boleh di serapkan dalam perancangan bandaraya Shah Alam dan ternyata apa yang di lakukan oleh Surau Arryan dapat memenuhi syarat tersebut, antaranya program di usahakan (initiate) oleh anggota masyarakat sendiri, ada rasa kepunyaan (Sense of belonging), sumbangan pihak korporat, contohnya program 15 Mei di jalankan dengan kerjasama Telekom Malaysia, sebelum itu dengan PDRM. Semoga rekod program yang di jalankan dapat menjadi testimoni surau arryan menjadi perintis LA 21. Objektif LA 21 ialah menjimatkan kos pentadbiran, tenaga pentadbir seperti MBSA dalam menjalankan program serta ke arah tamaddun mampan (sustainable) iaitu di jalankan terus menerus tanpa arahan pihak kerajaan.

Semoga usaha gigih AJK surau Arrayan dapat menjadi contoh kepada surau yang lain di mana sahaja kerana jika perancangan bermula daripada tempat ibadah seperti surau ia pasti akan membawa sama cahaya kebenaran yang perlu di terpakan kepada masyarakat moden hari ini. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment