Salam
Dalam keadaan sibuk ramai orang berpandangan mangsa pertama yang kurang mendapat perhatian adalah ahli keluarga terdekat. Konsep ini salah jika keluarga terdekat bersama kita dalam semua aktiviti yang di lakukan, sekurang2-nya mendoakan kita selepas setiap solat hinggalah kita berada di alam barzah.
Khamis 6 Mei sekembali daripada Langkawi kami suami isteri menghadiri perbincangan dengan rakan berhubung pilihan terbaik menyumbang kepada masyarakat. Jawapannya mesti berorganisasi dan jangan bunuh organisasi yang sedia ada. Maksudnya jika ada sedikit salah faham jangan sampai kita berhasad dengki membiarkan orang lain mendapat susah. Hulurkan tangan membantu siapa sahaja asalkan kerja di redhai Allah. Dek keletihan suami saya hampir terlena dalam perbincangan itu.
Jumaat 7 Mei kami menunggu kedatangan teman daripada Jakarta dan malamnya bersama Skuad Aman di Taman Tasik Seksyen 7 dan pulang lewat jam 2 pagi.
Sabtu 8 Mei kami membuat keputusan akan bersama keluarga dan tamu daripada Jakarta kerana mereka melayan kami di Jakarta bak raja. Mulanya makan di Subway Plaza Masalam, ke butik Lescopaque, pengeluar Upin Ipin membeli kenangan yang di minati anak-anak. Kemudian ke Masjid Negeri, Shah Alam City Centre (SACC), Kompleks PKNS. Lewat petang mereka dihantar makan malam rumah pak KMT.
Tanpa sempat bersalin pakaian kami terus ke perhimpunan Lifeline for Gaza di Stadium Malawati anjuran Haluan Palestin dan NGO-NGO. Bertemu ramai teman lama dan mewakili Pertubuhan Mawaddah Malaysia menyokong hasrat menghantar misi bantuan ke Gaza. Khabarnya kutipan mencicah RM150,000 malam itu.
Sedar tak sedar saya sepanjang hari bersama 'Family', yang bermaksud semua orang mendapat tempat samada keluarga terdekat, kenalan silaturrahim dan pejuang kebenaran bumi Palestin. Saya akui kini keluarga saya ialah semua orang yang meyakini Allah, menjalani kehidupan penuh barakah dan menyumbang besar kepada tertegakkanya kebenaran dan runtuhnya kezaliman di muka bumi ini akhirnya insyaAllah.
Salam. Dalam kesibukan sendiri di hospital, lupa Mario dan keluarga ada di KL. Tentunya dah balik Jakarta. Apa cerita di Garut.Apa pulak cerita Dinner Gaza kita. Tangan masih belum boleh drive.Nanti jumpa malam Ahad insya Allah kita bincang sikit. Take care.
ReplyDelete