NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, May 13, 2010

DI TIPU SIANG HARI


Salam

Rabu 12 Mei 2010 satu sejarah dalam hidup saya DI TIPU SIANG HARI.

Tempoh 3 jam (9.30-11.30pagi) berbicara dengan seorang peribadi lelaki yang mengaku dirinya wakil kepada seorang Jutawan Chinese Muslim meyakinkan kami beliau seorang yang soleh. Sewaktu kami sampai pun beliau tidak masuk ke pejabat NGO kerana yang ada ketika itu hanya setiausaha kerja kami seorang wanita, begitu beliau menjaga hemah dan akhlak sosial keislamannya. Al maklum juga katanya dia baru balik daripada mengerjakan umrah dan sering bertaubat kerana pernah 'membunuh' orang. Bekas UTK polis ini katanya dia kini menjadi body guard kepada jutawan tersebut.

Mengulang-ulang apa yang di bualkan sepanjang 3 jam kini saya nampak beberapa ketidak konsistensinya kerana awalnya menyebut jutawan seorang zuhud dan tawaduk (rendah hati dan tidak suka publisiti) kemudian dia menyatakan datang ke pejabat dengan petrol car setiap hari? ada 4 body guard. Ke mana-mana termasuk keluar negara mesti membawa senjata yang sedia mendapat kebenaran dan kelulusan pihak polis.

Apa pun silap saya yang 'naive' (kurang bijak) membaca senario masyarakat hari ini yang penuh penipuan, terdesak dan mengambil kesempatan menjadi iktibar yang amat besar dalam hidup saya.

Kisah bermula dengan nada 'ingin membantu 'NGO'. Nombor talipon setiausaha NGO di perolehi daripada internet. Sanggup membayarkan sewa bulanan premis NGO sampai bila-bila kerana kekayaan jutawan yang bertaraf keenam paling kaya di Asia ini tidak akan pupus. Sanggup membayar kos program bila-bila masa dan menyertai program misi ke Palestin kerana beliau 'kononnya' pernah 6 bulan berada di perairan Palestin selepas perang Gaza meletus tanpa berpeluang menjijak kaki di bumi Palestin, oh sedih!.

Cerita demi cerita semakin mirip kepada tugasan kemanusiaan NGO kami, pernah bantu anak miskin, yatim dan menganjur program pendidikan sana sini. Katanya buku cek jutawan dalam begnya dan jutawan akan beri cek tunai kerana tak mahu namanya di kesan. Otak saya miss disini 'kalau tulis kepada mana-mana nama atas cek nanti nama jutawan akan di ketahui'. Ini clue cakap bodoh yang saya tak berapa timbangkan almaklum dia orang 'baik' 'dah taubat' dll. Kalau bank Islam saya tu ceruk mana pun pemunya cek akan dapat di kesan, tunai atu sebaliknya. Pelik!

Kini saya muhasabah diri. Saya tidak kesal berpisah dengan RM1700 kerana dia mahu kami dahulukan kos 2 komputer, esok katanya jutawan akan datang bawa cek tunai bersama derma-derma yang di janjikan. Malam esok kononnya mereka akan berlepas ke Russia membeli 10 kapal Petronas kerana baru dapat kontrek besar petronas. Itulah penyebab NGO di cari untuk membayar 'zakat' keuntungan kerana syarikat jutawan itu baru dapat payment.

Kenapa NGO saya di pilih adalah dengan izin Allah. Saya tidak marah peribadi lelaki yang menipu ini, malah saya doakan Allah beri petunjuk kepadanya kerana wang RM1700 di tangannya yang di ambil secara HARAM adalah duit halal adik saya. Adik saya yang sering memberi saya wang Rupiah Indonesia saya simpan hingga menjadi 5 juta. Ke hulu kehilir, berbulan-bulan wang itu dalam beg saya tidak di tukar ke RM kerana saya rasa akan menggunakannya di Jakarta/Bandung akhir Jun nanti. Saya juga mungkin akan menukarkannya ke USD saat saya akan menyertai lawatan MBSA ke Cina-Hong kong awal Jun nanti. Tetapi entah mengapa pada 9 Mei baru-baru ini saya tunaikan 5 juta bersamaan dengan RM1760.

Kini sejarah pahit mengajar saya bahawa jangan sekali-kali menerima orang yang tidak di kenali dalam lingkungan hidup kita. Saya berjaya mengambil gambar peribadi ini dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Malangnya saya tidak meminta kad pengenalannya. Lain kali jumpa sesiapa minta kad pengenalan dulu, baru bercakap.

Iktibar kisah ini saya insaf betapa kerdilnya jiwa saya ketika mempercayai cerita peribadi menipu ini. Saya seolah-olah KURANG PERCAYA kepada kebesaran, kekayaan dan kekuasaan Allah pada saat peribadi menipu itu menjanjikan bantuan itu dan ini. Lilihan air mata insaf ketika menceritakan kurang pergantungan saya kepada Allah membuatkan adik perempuan saya turut sebak malam itu. Memang saya amat sedih mengapa saya lebih percaya kepada peribadi penipu ini berbanding Allah SWT yang setiap saat menjaga, memelihara dan mengasihi saya? Adakah tawaran RM terlalu saya kejarkan, almaklum NGO saya memang perlukan bantuan? Bukankah Allah lebih KAYA? saya akan terus beristighfar...astaghfirullah

Esoknya adik perempuan saya sms, adik lelaki saya yang kini bercuti di US ada menghantar wang belanja untuk lawatan saya ke Cina nanti. Saya jawab sms, masyaAllah, Allahuakbar! kerana selepas insiden penipuan tersebut saya ada sms kepada adik lelaki saya kisah malang yang di jawabnya ringkas 'Allah dah tentukan'

Kepada pembaca blog saya, anggota NGO dan sesiapa sahaja, berwaspadalah dengan semua orang yang kita tidak kenali. Negara kita kini sedang mengamalkan 'undang-undang rimba' siapa kuat dia menang. Tetapi percayalah di sisi Allah siapa BERIMAN DAN BERTAQWA akan menang selamanya, insyaAllah. Saya redho dan yakin Allah akan menggantikan kehilangan wang, masa dan keikhalasan saya menerima dan melayan tamu sebaiknya dengan gandaan yang banyak dan saya juga akan menjadikan ujian ini sebagai tapak saya taqarrub dengan Allah.

Harapan saya sikap redho dengan ujian kecil ini menjadi pemankin agar urusan saya untuk menunaikan Umrah sepanjang Ramadhan bersama teman dan ahli keluarga termasuk seorang ibu tunggal di permudahkan, di lapangkan dan di berkati Allah, insyaAllah.

Sebagai hiburan, ketika saya menatap ayat alQuran yang dapat merumuskan pengalaman saya ialah maksud Surah AlQasas 56 berbunyi 'Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki. dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.'

Petunjuk atau hidayah tidak datang begitu saja tanpa ada proses yang mendahuluinya dan bukan setiap orang akan dapat petunjuk. Hanya orang yang memiliki kesucian dalam dirinya dan kebaikan saja yang akan mendapat petunjuk. Dalam lain perkataan petunjuk itu tidak datang secara percuma, tetapi ia harus DI JEMPUT dengan upaya sentiasa dekat dengan Allah secara terus menerus. Petunjuk Allah bersumber daripada kebijaksanaanNya menempatkan sesuatu pada tempatnya. Siapa yang dapat memahami hal ini dengan baik pasti akan mampu melihat banyak hal dalam kehidupan ini. (rujuk buku Syaikh Abdurrahman As-Sa'di- Bacalah AlQuran seolah-olah ia di tuturkan kepadamu m.s. 83)

WaAllahu'alam

1 comment:

  1. Salam.
    Ambil pendekatan "Mafia"
    Michael Corleone:There are many things my father taught me....He taught me: keep your friends close, but your enemies closer.

    Dia bukan orang penting, ada pun tak genap, tiada pun tak kurang.

    ReplyDelete