


Salam
Jumaat 7 Mei 2010 team Skuad Aman meneruskan rutin berkumpul di Urban Kiosk Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam untuk menjalankan rondaan, menasihati remaja supaya tidak bermotor di sekitar kawasan tasik dan mencegah remaja menjerit tak keruan atau minum arak.
Sesekali kehadiran saya seorang wanita janggal juga kerana lewat 12.00 malam saya bersama anggota skuad, lebih-lebih lagi apabila lampu besar padam jam 1.00 pagi. Lebihlah janggal jika skuad bersua dengan pasangan berdua-duaan, katanya kini sudah ada yang berani bercumbu dan bercium di khalayak ramai. Tapi tidak ramai yang menegur, ada di sebabkan bukan kuasa mereka, ada di sebabkan takut di serang semula dan dalam samar-samar gelap anggota skuad aman juga di nasihati jangan berani meyergah remaja.
Terlalu banyak aduan dan rungutan penduduk sekitar berkaitan masalah sosial yang berlaku di Seksyen 7. Di perhatikan pengunjung taman tasik tidak semuanya faham aktiviti terlarang antaranya tidak menggunakan bahan bakar, memancing, membawa binatang dan minum minuman keras. Skuad Aman bertujuan mencegah larangan tersebut namun sebaliknya aktiviti BBQ dan membakarlah yang paling di minati pengunjung berpicnic malam hari terutama remaja IPT, memancing di dalam gelap berdua-duaan juga kerap berlaku.
Pada malam 7hb kehadiran remaja lebih ramai daripada biasa. Rupanya mereka merayakan tamat peperiksaan dan mengadakan parti terbuka. Kini perangai remaja merunsingkan saya. Tidak ada lagi segan silu bertepuk bertampar lelaki perempuan, membonceng motosikal berdua, bertiga untuk seronok-seronok memandu keliling tasik. Saya menggesa suami saya agar dekati kumpulan tersebut untuk berkenalan, mungkin memberi sepatah dua nasihat, namun suami saya mengingatkan pesanan pihak polis agar tidak bertindak sesuka hati. Macam-macam boleh berlaku hari ini, antaranya orang membuat aduan polis kerana menghalang hak kebebasan asasilah dan sebagainya.
Apabila kedatangan remaja kian bertambah dan motosikal mula memasuki kawasan taman bak 'mat rempit' saya selaku Pengerusi MPP pula di minta bertindak. Lewat tengah malam dua pihak saya terpaksa hubungi iaitu Pejabat Cawangan Polis Seksyen 7 dan Jabatan Penguatkuasa MBSA melalui Unit Bencana dan Kecemasan. Dalam tempoh 1/2 jam kedua-duanya datang. Bingung saya nak suruh siapa bertindak Polis atau Penguatkuasa? Polis meronda sepanjang jalan bahagian luar, sementara zon dalam kawasan Tasik adalah tanggungjawab MBSA.
Rupa-rupanya pihak Polis jarang ingin mencerobohi zon jabatan lain dalam menjalankan tugas kerana sebahagian besar masalah adalah berkaitan dengan lemahnya pihak penguatkuasa bertindak. Pandangan pihak polis ialah jika awal lagi jabatan lesen mana-mana PBT tidak meluluskan permit mana mungkin akan tumbuh hotel-hotel murah di tengah-tengah kawasan perumahan dan penjualan arak berleluasa oleh pekedai arak dsbya.
Terpukul saya mewakili MBSA mendengar luahan pihak polis. Ya juga, siapa meluluskan lesen pelbagai karenah yang semuanya berunsur haram, dan jika ada aduan kenapa penguatkuasa lambat bertindak. Adakah penguatkuasa 'TAKUT' di belasah oleh samseng aktiviti haram (bouncer)...ke samseng dah awal-awal membeli penguatkuasa? Saya tidak arif bab ini kerana saya memang akur dengan konsep rezeki halal. Takkanlah seorang Muslim sanggup terima wang sogokan dan membiarkan gejala yang akan merusak anak keluarga sendiri? Ibarat membakar diri di tengah gejolak api? pening juga saya nak salahkan siapa.
Kedatangan kereta peronda unit bencana MBSA telah berjaya mengeluarkan remaja bermotor dan pasangan masing-masing keluar kawasan Taman. Pihak polis turut mengeluarkan saman kepada beberapa remaja yang tidak memiliki lesen motosikal. Saya tak seronok juga melihat tindakan ini kerana selama ini tidak ada siapa melarang remaja ini ke hulu ke hilir memecut motor, tiba-tiba di taman tasik yang hening mereka kena saman. Mungkin lepas kejadian ini mereka jeran (serik) nak ke taman tasik tanpa berperaturan. Hikmah di sebaliknya pula sekurang-kurangnya anak-anak muda ini dapat didikan malam ini supaya mematuhi peraturan.
Sekaligus lepas kejadian malam ini anggota Skuad Aman minta pihak penguatkuasa MBSA menjalankan rondaan setiap 12.30 -2.00 malam di kawasan taman tasik keran waktu tersebut mengundang remaja mengunjungi tempat gelap, nauzubillah untuk tujuan apa. Yang pasti memang ramai yang menemui tin arak dan sampah sarap setiap pagi. Seorang pengguna trek jogging malah mengutarakan pandangan di adakan pertandingan 'kutip sampah' sekali sekala di kalangan penduduk berhampiran.
Lewat pagi selepas rondaan Skuad Aman saya muhasabah diri. Mengapa begitu kalut remaja mengisi masa malam hari berpeleseran. Adakah orang dewasa gagal menunjuk contoh bahawa tanggongjawab lebih banyak daripada masa? Bukankah masa remaja masa menanam POKOK IMAN agar tidak kecundang bila menjadi orang dewasa.
Apa pun sewaktu kami menunggu bersama Skuad Aman pihak MPP dapat merancang program 'Bicara Pagi' pada hari Ahad 23 Mei. Tujuannya memurnikan aktiviti, antaranya "speakers' corner for kids' dan pertunjukan kompang. Ini saja sekelumit sumbangan yang dapat di curahkan keatas api yang sedang marak memamah jasad dan rohani anak muda di Bandaraya Shah Alam. Bak kata orang 'kalau kita tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.' Kepada Allah saya berserah kerana tidak ada kekuatan selainNya yang layak di mohon pertolongan. WaAllau'alam
No comments:
Post a Comment