NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, March 21, 2010

MARATHON




Program bicara pagi
program forum kalimah Allah di Unisel
bersama ahli majlis dan ajk MPP Zon 21
keseronokan anak yatim

Salam

Saya memang sering menyertai marathon...satu pelarian yang tak berhenti-henti...tapi bukan dalam permainan yang menggunakan fizikal, cuma mengatur masa dan minda serta kerohanian agar tenang dan menang.

Alhamdulillah sekembalinya saya daripada Jakarta-Garut-Bandung-Jakarta sedia menunggu beberapa temujanji dan mesyuarat. Suami juga turut terlibat dalam lawatan ke projek Bakun Sarawak bersama syarikat Prasarana. Tinggallah saya terkejar -kejar sendirian tanpa 'pak supir' (maaf bukan suami saya supir, tapi dia ikhlas memandu untuk membantu saya kemana-mana kerana dia minat berkereta terutama kuda putih saya yang baru tu). Sejak bersama kuda putih saya sudah mulai mencintainya dan nasyid Acostic sering menghibur deria telinga saya sepanjang memandu.

Rabu 17 Mac program motivasi teman se usrah telah berlangsung dengan kemahiran menggunakan seni jahitan. Alhamdulillah kami mula menyedari pelbagai kemahiran akan memudahkan kita mendekati masyarakat yang memerlukan pendampingan dan kasih sayang. Tugas adalah lebih banyak daripada masa dan adalah lebih mudah menjalankan tugas jika kita tidak ada tujuan memiliki apa-apa. Alhamdulillah masing-masing peserta membawa kenangan manis sumbangan jahitan teman sebagai bukti kasih sayang dan persaudaran yang 'dijahit' di hati sanubari. Semoga berkekalan dan barakah. Amiin

Khamis 18 Mac mesyuarat Jawatankuasa Mampan Ekonomi MBSA. Kami menerimapakai pakej lawatan MPP Zon 21 sebagai kaedah termudah mempromosi tempat pelancungan dan meningkatkan ekonomi warga Shah Alam. Melalui pengalaman peserta MPP Zon 21 yang di bawa melawat ke beberapa tempat menarik di Shah Alam mereka amat kagum dan tidak menyangka ada tempat menarik di kawasan sendiri. Saya juga terkesan dengan komitmen MPP Zon 21 kerana keyakinan mereka untuk membuat perbezaan telah menelurkan idea yang bernas sekali. Saya turut berkenalan dengan en Fariz penyelaras program, seorang Chinese Muslim yang mengkagumkan juga keikhlasannya. Dalam hati saya akan terus cuba mengenali peribadi ini.

Jumaat 19 Mac perbincangan mengadakan majlis perasmian Family Park di Taman Tasik Seksyen 7 pada 3 dan 4 April menjurus kepada cuba menarik pengunjung (crowd) kerana di bimbangi jika majlis di adakan tanpa sambutan ia merupakan satu pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada penduduk setempat. Antara acara yang bercirikan kekeluargaan termasuk larian tasik bersama keluarga, memancing berkeluarga dan voucher yang membolehkan seisi keluarga menikmati hidangan bersama. Wayang pacak Upin Ipin akan cuba di adakan dengan kerjasama Jabatan penerangan. Termasuk juga permainan keselamatan jalanraya, gerai pameran dan jualan serta pertandingan nasyid dan kompang.

9.00 malam hari Jumaat juga telah berlangsung program Unisel Bersamamu Palestin II. Forum yang di adakan telah membawa perbincangan isu kalimah Allah yang mencetuskan kekeliruan hingga kini. Apa pun masing-masing ahli penal jitu dengan pandangan bahawa 'konsep' dan 'persepsi' yang umat Islam anuti tentang kalimah Allah amat berbeza daripada yang di fahami penganut kristian apatah lagi yahudi yang bertuhankan kebendaan. Alquran jelas menyebutkan kedua-dua puak yang tidak mengiktiraf Islam itu 'tidak akan redho kepada Islam hingga umat Islam menganut agama mereka (Surah AlBaqarah 120). Bukti-bukti penghapusan sejarah Islam di mana-mana hari ini termasuk di Palestin dan di tanah suci Mekah sendiri menunjukkan bahawa musuh Islam ingin umat Islam melupakan identiti asal usul agama mereka yang suci dan di redhai Allah.

Sabtu 20 Mac program Petronas bersama Komuniti telah memilih seksyen 7 Shah Alam untuk majlis menyampaikan hadiah 2 juta kepada pemenang yang menyertai pelbagai peraduan. Di adakan juga sukaneka kanak-kanak dan treasure hunt orang dewasa di mana masing-masing membawa pulang pelbagai hadiah pemberian Petronas. Tidak ketinggalan warga yang kurang bernasib baik, ibu tunggal, OKU dan anak-anak yatim di rai dengan pelbagai hadiah dan jamuan. Aktiviti yang amat menyeronokkan anak-anak membuka mata saya bahawa kesan khidmat komuniti oleh pihak swasta dan koporat ada peranannya dalam membangunkan tamaddun masyarakat bandaraya seperti Shah Alam. Beberapa orang Ahli Majlis MBSA turut menyertai program yang memberansangkan juga kerana sokongan mereka kepada program di Zon saya.

Sepanjang petang Sabtu kami di MPP Zon 3 bersiap untuk program 'Bicara Pagi' dan hingga lewat malam urusan menyediakan soalan ahli penal dalam majlis sempena MaulidilRasul pagi Ahad 21 Mac masih belum beres. Saya terpaksa membatalkan kehadiran dalam program 'konsert' palestin di Unisel malam itu walaupun hajat sangat untuk bertemu dengan penasyid yang mungkin dapat menarik 'crowd' dalam program MPP Zon 3.

Marathon saya menutup tirai aktiviti minggu ini dengan program "Bicara Pagi' di Taman Tasik Seksyen 7 pada pagi Ahad. Tajuk forum 'Akhlak Rasulullah Contuh Unggul Remaja' menampilkan tiga penceramah dan penyertaan remaja kumpulan kompang LuqmanulHakim dan kumpulan nasyid KISAS (kolej Islam Kelang)

Wawasan saya ialah ingin menjadikan Taman Rekreasi tasik ini tempat bercambahnya 'ilmu' yang akan membuka luas mata masyarakat bahawa ketandusan 'ilmu' mengenal kebenaran dan membetulkan akidahlah yang menyebabkan pelbagai masalah tidak terbendung hari ini. Sifat 'lawlessness' atau tidak berperaturan/ melanggar peraturan sesuka hati adalah natijah daripada akhlak kurang ilmu tentang kehidupan yang perlu ada kedamaian dan ketenangan. Ini akan hanya dapat di urus jika undang-undang dan peraturan di patuhi. Tanpa 'ilmu' akan mudah sahaja nafsu mengatasi 'akal' di mana akan berakhir dengan kehancuran tamaddun itu sendiri.

Sepanjang pagi Ahad yang gerimis itu saya berdoa di permudahkan segala urusan serta mendapat pertolongan Allah jua. Alhamdulillah segala urusan memang di permudahkan dan cuaca pun amat tenang sepanjang program. Beberapa orang Ahli Majlis yang anehnya yang bukan Melayu menyokong program saya dengan kehadiran mereka. Saya tertanya-tanya dalam hati...apa kah maksud pengalaman ini? adakah untuk saya membuka trend kepada mereka agar meniru cara saya menyebarkan ilmu di tengah-tengah aktiviti masyarakat? Mudah-mudahan ia begitu kerana umat Islam amat perlu di sedarkan betapa ilmu mengenal jati diri seorang beriman akan menjadikan mereka kukuh pendirian dan menjadi role model seperti Rasulullah saw.

Segunung syukur saya akhiri hari-hari yang sibuk ibarat 'marathon'. Nikmatnya sibuk ialah kita akan banyak pasrah..bertawakkal...serahlah kepada Allah nak beri atau nak uji, saya yakin kedua-duanya adalah terbaik untuk seorang hamba yang ber'Tuhan'. WaAllau'alam.

No comments:

Post a Comment