
Rabu 6 Januari 2010 saya dapat mesej tentang forum Hjirah di masjid Nahdah Sek 18 Shah Alam. Walaupun telah 20 hari umat Islam memasuki tahun baru 1431H semangat HIJRAH masih berkobar dan semestinya begitu kerana tidak ada satu saat pun umat Islam mesti kekal tidak berubah, sekurang-kurangnya meningkatnya umur dan kurangnya nikmat yang kian di mamah usia.
Hijrah ialah titik permulaan perubahan jiwa yang bertukar daripada kosong nilai kepada menghayati nilai Islam yang tinggi dan mahal harganya. Ia satu episod dalam seerah Rasulullah dan para sahabat awal untuk gigih bekerja mencapai sesuatu yang mereka PERCAYA tanpa melihatnya terlebih dahulu.
Motivasi jiwa yang di didik dengan iman dan taqwa ini hanya nampak dua kesudahan SYURGA dan NERAKA. Bagi yang inginkan keredehaan Allah tidak ada pilihan dalam berhijrah, hanya sanya kepada meraih balasan SYURGANya.
Memang umat Islam tidak akan letih mengadakan forum demi forum, ceramah demi ceramah dan segala bentuk wacana penyampaian maklumat semata-mata untuk melaksanakan amanah melahirkan satu umat yang di sebut dalam alQuran " Kamu (Umat Islam) adalah umat terbaik yang di lahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. ( Ali 'Imran 110)
Dalam sebuah hadis di sebutkan tiga golongan pertama yang masuk syurga ialah 1) orang yang mati syahid, 2) orang yang memelihara kemuliaan dirinya dan bersikap satria dan 3) seorang hamba yang beribadah kepada Allah lalu dia membaguskan ibadahnya dan memberi nasihat kepada majikannya.
Saya mamang kagum dengan tiga penceramah hebat dalam forum malam ini kerana mereka jelas membongkar cabaran yang di hadapi umat Islam hari ini. Masing-masing faseh mengungkap kata-kata ulamak muktabar dalam bahasa Arab. Yang paling menarik hati saya ialah kata-kata Sheikh Yusuf Qardahawi yang menyatakan 'ganti' perjuangan sahabat awal meneroki Hijrah ialah umat Islam hari ini MESTI menggabungkan diri dalam JEMAAH Islam untuk berhijrah bersama arus perdana Islam menghala kepada menegakkan pemerintahan Islam yang didalamnya TIDAK ADA HUKUM SELAIN YANG DATANG DARIPADA ALLAH.
Masalah, cabaran da isu utama hari ini ialah KEFAHAMAN umat Islam yang di 'sempitkan' hanya kepada ritual, adat dan nama Islam. Selain itu, imej diri, budaya, amalan dan nilai yang bertentangan dengan Islam mendapat tempat utama. Untuk hijrah kefahamanlah ILMU Islam amat penting menjadi penggerak.
Harapan saya dalam mana-mana kesempatan marilah kita menyeru diri kita, keluarga dan umat Islam agar mementingkan nilai ilmu menghayati budaya Islam. Biarlah permulaannya ilmu itu dapat kenal diri sendiri, dari mana kita datang, kenapa kita di jadikandan kemana kita akan pergi, kenal kelemahan diri sendiri serta hajat diri sendiri terhadap memperkembangkan deen Islam.
InsyaAllah bila kita berjaya menegakkan Islam dalam diri sendiri kita mesti ada kesempatan untuk berbakti kepada keluarga, jiran dan umat. Selagi belum berlaku perubahan azam dan hajat untuk memertabatkan Islam dalam hati kecil kita umat Islam tidak ada pilihan selain HIJRAH.
WaAllahu'alam
No comments:
Post a Comment