
Salam
Pintu rezeki malam ini 1 Disember 2009 terbuka kerana dapat meraikan 4 orang anak yatim makan malam nasi arab, Kompleks Anjung 7.
Bila menyebut anak yatim persepsi biasa ialah anak-anak yang terbiar, susah, sedih, tertekan dan tidak yakin. Tapi berbeza dengan anak-anak yatim malam ini, perkembangan mereka tidak nampak berbeza dengan anak-anak lain dalam kariah seksyen 7 Shah Alam. Kami pula melihat persepsi anak yatim daripada surah-surah AlQuran,antaranya Surah Al Ma'un ayat 1 dan 2 bermaksud " tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim.."
Kepergian secara mengejut ayah mereka memang satu kehilangan, ketika itu ibunya sedang mengandung anak keempat. Tindakan cepat ahli kariah seksyen 7 menawarkan segala bantuan dan pertolongan fizikal, emosi, kaunseling dan kerohanian meredakan tekanan. Ibu selamat bersalin anak yang comel yang kini berumur 5 tahun.

Dalam tempoh 5 tahun perubahan ketara ibu ialah cara pandang hidup atau 'tasawwur' Islamnya kian jelas, terdedah dengan banyak pengalaman dan berdiri tegak sama seperti orang bersuami. Anak-anak terjaga rapi dan persekolahan amat berprestasi.
Kini tiba masa mereka pergi melancung-cum-belajar. Harta pusaka arwah suami semua atas nama ibu dan tidak timbul si ibu termakan duit anak yatim. Saya mendoakan keluarga misali anak yatim ini segera di beri keberkatan, mungkin dapat pengganti arwah bapa dan melangkah yakin dalam jihad kehidupan sebagai 'bekas' anak yatim. WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment