NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, November 27, 2009

KORBAN DAN ZIARAH SILATURRAHIM






Salam

Alhamdulillah kariah surau Attaqwa seksyen 7 Shah Alam telah selesai melaksanakan ibadah korban pada 10 Zulhijjah 1430H bersamaan 27 November 2009.

Tujuh (7) ekor lembu telah di korbankan dan masing-masing yang membuat korban telah hadir menyaksikan penyembelihan. Jamuan makan yang di adakan selepas solat Jumaat mendapat sambutan dan makanan yang di hidang amat enak dan manis, antarnya sup tulang dan kari.



Saya yakin saat bersama dalam program kemasyarakatan merupakan satu kelebihan dalam masyarakat Islam. Kebersamaan di dorong oleh semangat keimanan dan ketaqwaan, kedua-duanya dapat mengekalkan keharmonian dan rasa hormat menghormati di kalangan ahli kariah. Tambahan sebahagian besar penduduk tergolong daripada mereka yang berpendidikan dan berpangkat tinggi, tidak mungkin orang yang berwibawa sanggup memalukan diri tidak boleh bergaul dengan mesra.

Selagi umat menjadikan Islam sebagai konstitusi dan manhaj hidup ia berada di jalan yang selamat. Ini adalah kerana kerana perubahan bermula bila umat merubah sikap mereka berlandaskan peraturan yang di turunkan oleh Pencipta. Dalam Alquran surah Arrad 11 di sebutkan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri bermaksud kembali kepada komitmen berpegang kepada tali Allah , berlindung kepadaNya dengan merendahkan diri mematuhi perintahnya termasuklah arahan untuk mengadakan korban setiap menjelangnya AidilAdha dan tiga hari tasyrik (11,12 &13 Zulhijjah)

Wawasan untuk melahirkan masyarakat bertaqwa merupakan unsur terpenting dalam melangkah kepada kejayaan. Usaha yang di buat mengujudkan kumpulan usrah adalah manifestasi hasrat tersebut. Cuma ramai yang kurang punya masa untuk konsisten dalam usrah. Kelas Harfiah Alquran turut di tawarkan MPP Zon 3 kepada siapa sahaja yang ingin menghayati makna Alquran yang di baca. Saya berpegang kepada prinsip siapa yang tidak tahu membaca dan memahami alQuran maknanya mereka tidak yakin untuk melaksanakan perintah solat.

Alhamdulillah, ketiga-tiga hari AidilAdha saya mendapat kunjungan saudara mara dan sahabat handai, alhamdulillah seronok dapat berkongsi juadah dan makanan yang sentiasa mewah berada dalam negara seperti Malaysia ini. Saya berdoa lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi orang ynag bersyukur dengan pelbagai nikmat yang di kecapi. Antara cara bersyukur ialah dengan sentiasa membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid, berdoa dan bertaubat, memudahkan orang dalam kesempitan, ziarah dan menyambung silaraturrahim. Seronoknya berziarah ialah apabila masing-masing mendahulukan solat dan takbir di rumah dan pada saya ia adalh rezeki di perlakukan begitu, alhamdulillah amiin.

No comments:

Post a Comment