NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, December 4, 2009

FESTIVAL ANGGERIK DAN KOMPANG


Salam

Alhamdulillah pagi Jumaat 4 Disember 2009 Shah Alam menyaksikan perasmian Fasa 16 Festibal Anggerik di SACC Mall. Saya amat terpikat dengan pameran beratus jenis anggerik yang setengahnya tidak pernah saya lihat sebelum ini kerana ia hasil kacukan yang memakan masa begitu lama untuk berbunga.

YB Elizabeth Wong selaku pengerusi JK tetap Pelancungan telah hadir bersama Y Bhg Dato' Anuar Bashah Presiden Kelab Anggerik Shah Alam. Begitu terpikatnya saya hingga saya bercadang akan mendaftar sebagai ahli kelab Anggerik Shah Alam insyaAllah.

SACC begitu menampil musim cuti sekolah kerana ramai yang telah mula mengunjunginya terutama pelancung daripada luar Shah Alam termasuk daripada pelancung luar negara. Persepsi awal saya tentang Shah Alam memang sebuah Bandar Anggerik. Harapan saya hasil pameran ini ramai yang dapat melihat penampilan semula Shah Alam di peta pelancungan sebagai bandar yang kekal dengan anggeriknya. Saya sebut penampilan semula kerana pada satu ketika pernah di adakan karnival anggerik besar-besaran peringkat antarabangsa di Shah Alam. Saya masih ingat Taman Tasik Laman budaya di banjiri pengunjung sepanjang karnival. Tak silap waktu itu awal tahun 80an tarikh saya mula menetap di Shah Alam setelah lama tinggal di Kuala Lumpur.

Sebelah malam 4 Disember juga saya berkesempatan meyaksikan latihan kumpulan kompang remaja Pangsapuri Nilam Sari. Alhamdulillah sekali lagi setelah hampir tiga bulan menunggu hasil penubuhan kumpulan kompang di Seksyen 7 Shah Alam, 30 remaja telah tampil dalam siri latihan hujung minggu di Taman Tasik @7.

Pertama kali saya melihat aktiviti sihat yang di jalankan untuk remaja di Taman Tasik @7. Sebelum ini hanya aduan dan rungutan tentang remaja merosakkan harta awam, minum arak dan berkelakuan sumbang berlaku di situ.

Semoga doa saya dan rakan-rakan Skuad Aman yang kini hampir selesai perancangannya akan di perkenan Allah untuk menjadikan kariah seksyen 7 'liveable' dan insan-insan yang tinggal di sini di rahmati dengan sikap kesyukuran terhadap semua anugerah yang terdapat di sekitar.

WaAllau'alam

No comments:

Post a Comment