NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, November 15, 2009

WEDDING OF THE YEAR





Salam

Alhamdulillah surau AtTaqwa Jalan Jasper 7/15 Seksyen 7 PKNS Shah Alam Selangor tengahari ini Ahad, 15 November 2009 bersamaan 28 Zulkaedah 1430H menerima menantu pertama seorang saudara baru yang amat gigih, bernama Fitri yang berkahwin dengan pasangannya Mai.

Tahniah kepada majlis 'wedding of the year' yang di jalankan dengan kerjasama Muslimin dan Muslimat daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) secara gotong royong. Surau AtTaqwa menyumbang kemah dan tempat sedang jamuan di kendalikan ahli PAS seksyen 18 Shah Alam. Makanan yang enak di selangseli dengan makanan masalodeh dan meruku menyelerakan.

Satu keanihan perkahwinan hari ini ialah keluarga Fitri semuanya datang, emaknya berbangsa India, bapanya seorang Cina, masing-masing masih menganut agama Buddha dan Hindu. Ibu pengantin perempuan seorang muaalaf Cina dan bapanya Melayu. Orang sekarang menyebut perkahwinan atau pasangan 'Satu Malaysia' saya lebih redho dengan perkataan 'keindahan Islam'.

Islam memang agama integrasi dan perpaduan yang di asaskan kerana akidah yang sama iaitu mentauhid dan mengesakan Allah yang Maha Besar. Islam memandang persaudaraan sebagai faktor penting dalam perhubungan namun perhubungan adalah atas arahan dan perintah Allah agar memuliakan tamu dan jiran serta sahabat handai. Tidak ada mana-mana hukum dalam Islam yang berunsur 'ganas' atau 'terroris' seperti yang di labelkan musuh untuk menutup kelemahan mereka yang mempromosikan unsur 'keganasan' dalam budaya hedonis masing-masing.

Sekalung tahniah kepada pihak yang mengadakan jamuan hari ini kerena semua unsur keindahan Islam tercerna dalam semua acara termasuk makanan yang amat enak dan simple. Kariah surau ramai yang hadir memeriah dan mendoakan pasangan pengantin diberkati hingga ke alam akhirat.

Semoga Allah perlihatkan kebaikan hari ini di mata keluarga Fitri yang sama-sama memberkatkan suasana. Dengarnya ibu dan nenek Fitri yang masih Hindu meraung apabila Fitri di nikahkan kerana seolah kehilangan seorang anggota keluarga. Namun saya yakin Fitri yang pandai menjaga hati kaum keluarganya akan dapat satu hari nanti memenangi jiwa dan qalbu mereka untuk kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam yang indah.

WaAllahu'alam.

2 comments:

  1. Saya terharu bila dengar cerita seperti ini. Dulu seorang teman akrab, perempuan, berkahwin dengan seorang Mualaf keturunan Cina. Ibu dan keluarganya tidak "mengitiraf" perkahwinan tersebut. Mereka ke Singapore untuk register secara civil untuk memuaskan hati ibu. Tetapi mereka sebenarnya nikah secara Islam. Empat puluh tahun kemudian Ibu nya dihantar oleh adik beradiknya yang tidak mahu menjaganya lagi kepada teman akrab ini. Ibu diterima dengan baik dan di tarbiah sambil di jaga kesemuanya kerana telah uzur. Alhamdulilah, ibu ini akhirnya menerima Islam lantaran budi baik anak yang memeluk Islam dan menantu yang baik hati.

    ReplyDelete
  2. Thanks for visiting. Itulah keindahan Islam yang sentiasa di bawah pengawasan Allah. Dia memberi hidayah kepada siapa yang di kehendakiNya dan menutup hidayah kepada siapa yang di kehendakiNya...dengan bersebab...yang datang daripada pilihan, samada kerendahan hati atau kesombongan manusia itu sendiri.

    ReplyDelete