NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, November 14, 2009

MUSIM DURIAN



Salam

Musim durian datang lagi dan datang lagi dan mungkin tidak bermusim lagi. Saya dan suami berada di kampong Pasir Salak menikmati durian terkenal di Kg Gajah. Specie yang unggul dan cepat luruh menyebabkan saya cepat-cepat datang dan buah terakhir katanya gugur pagi ini. Yang nikmatnya kami bersama tetamu lain daripada Jabatan Kraftangan Kuala Kangsar pergi ke kebun mencari sendiri buah durian..satu tarikan pelancung jika kita bawa memungut durian dan makan terus selepas itu!

Katanya durian tinggi unsur kolesterolnya...apakan daya tarikan durian terpaksa saya korbankan 'diet' hari ini, kemudian meminum air dalam kulit untuk mengurangkan kesan negatif durian. Apa pun kegembiraan berada bersama pemilik kebun yang di warisi daripada arwah ayahnya tidak dapat di bendung. Apa tah lagi konsep dia menjamu kami dan rakan-rakan adalah untuk memanjangkan amal jariah arwah bapanya...agar juga lebih lebat rezeki tahun hadapan..masyaAllah tak ramai yang berfikiran demikian kerana sepanjang jalan ke kebunnya saya perhatikan lebih ramai yang menjual durian berlonggok-longgok, tidak nampak kesan nak bersedekah...hingga harga durian menjunam turun dan kadang-kadang durian lebih banyak jadi 'tempoyak'



Semoga akhlak memberi yang di amalkan hari ini akan terus menjadi budaya masyarakat negara ini. Bagi yang menerima pula jangan pula mengambil kesempatan hingga tak menghargai tuan rumah memikul durian, mengopek dan menghidangkan untuk tamu. Tamu pandai-pandai juga memberi apa yang patut, kepada anak-anaknya ke atau menyediakan keperluan yang masih kurang di kebunya! WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment