
salam
Pagi ini saya di datangi seorang bekas ibu tunggal memohon untuk berniaga di kiosk Taman Tasik seksyen 7. Dia berterusterang menyatakan kalau ada temuduga pun itu cuma lakunan sedangkan orang yang nak di beri sedia ada. Beliau menunjukkan dua surat saman kerana berniaga di kawasan kiosk tanpa lesen.
Saya tersenyum lebar kerana dia meluahkan rasa kurang puashati disebabkan sering gagal dalam temuduga mendapatkan gerai perniagaan. 'Ramai orang lain tak payah ada lesen pun tak kena saman' katanya.
Setelah beliau reda saya hanya bertanya samada dia inginkan bandaraya Shah Alam menjadi bandaraya yang indah dan bersih? jawabnya ya...'kena ada peraturan' saya menyarankan. "Kalau kita ikut apa orang lain buat kita turut melanggar peraturan.' Lagi satu jangan buat andaian macam yang kita dengar orang cakap tentang tawaran berniaga kalau tidak ada bukti, itu satu pembohongan dan dusta... dia tergamam juga namun masih merasakan sistem dan peraturan di MBSA tidak adil.
Ibu yang telah pun berkahwin semula ini terus bercerita nasibnya yang kurang baik kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap sedangkan dia sedang mengandung dan anak-anaknya lima orang masih bersekolah.
Sepanjang perbualan saya dapat mengesan pelbagai pengalaman pahit yang di lalui ibu ini termasuk di ceraikan oleh suami yang berjawatan taraf 'executive' kerana siteri keduanya tidak mahu bermadu. Dalam kesangsaraannyalah dia mula berniaga dan kini bersama suami baru menyara hidup.
Mengimbau kisah 8 tahun menjadi ibu tunggal apa yang berlaku ialah ramai yang memandang rendah statusnya dan ia mengakibatkan ramai ibu tunggal yang ingin menamatkan status tersebut dengan mencari pasangan baru. Ada yang tersalah pilih jatuh ke dalam suasana penderaan atau di perlakukan dengan tidak waajr oleh keluarga suami dan sebagainya...kini ramai yang lebih suka berpoya-poya dan 'enjoy' untuk menghilangkan tekanan. Mereka dalam suasana 'ikut orang' kalau si A boleh buat kenapa aku tak boleh dan seterusnya...saya menggeleng kepala runsing dengan budaya 'ikut orang' ini.
Di akhir pertemuan saya menghubungi Jabatan pelesenan MBSA bertanyakan kaedah memohon gerai yang masih kosong di kawasan yang di pohon ibu ini dan saya menasihatkan dia mengisi borang untuk saya beri sokongan. Nampak kelegaan di wajahnya.
Saya perhatikan perawatakan ibu ini seolah dia ada ciri kepimpinan, sahlah dia pernah menrajui Persatuan Ibu Tunggal satu masa dulu..satu persatuan yang gah juga tapi katanya aktiviti hanya'seronok-seronok untuk menghilangkan tekanan' . Baru saya jelas mengapa ramai ibu tunggal mengalami nasib malang dan murung jika di kendali cara 'ikut orang'.
Sekali lagi saya menyarankan kalau dia ada teman yang demikian nasihatkan agar 'jangan ikut orang'. Ikut peraturan hidup yang di gariskan oleh Allah dan Rasulullah saw, antaranya menjaga maruah agama, bangsa dan keluarga, jaga solat, cari rezeki halal. Saat kita melakukan maksiat tertutup pintu rezeki...saya berceramah.
Jauh di sudut hati saya rasa sayu untuk mengubah cara pandang ramai wanita terutama ibu-ibu tunggal hari ini kerana budaya 'ikut orang'. Bagaimana ingin memantapkan jati diri seorang muslimah jika terlalu banyak dugaan persekitaran yang menghalang, yang peliknya persatuan sendiri tidak jelas hala tuju ke mana nak di bawa ibu-ibu ini.
Saya terkenangkan program motivasi "Mawaddah' yang saya kendalikan kepada ramai ibu-ibu tunggal dalam program asnaf Lembaga Zakat Selangor dan KEDA di Kedah. Hari ini bekas ibu-ibu yang kami dekati dengan sentuhan 'mawaddah'(kasih sayang) ramai yang telah mencipta sejarah perubahan dan 'walk tall', yakin diri, di tengah-tengah masyarakat yang 'mengerling' mereka dengan pelbagai pandangan. Ada yang memandang dengan irama 'memikat', ada yang kasihan, ada yang bulat mata berkata 'biar betul..mereka dah berani bersuara tentang hak mereka... dan masih ramai yang 'memandang rendah' dengan status tersebut.
Yang saya cuba tekankan kepada diri saya dan semua yang terlibat dengan manusia ialah...satu hari nanti diri kita dan isteri kita "AKAN JADI IBU TUNGGAL' atau meninggalkan BAPA TUNGGAL..percayalah. Yang penting nasihat saya kepada semua 'JANGAN IKUT ORANG'...ikut apa Pencipta kita mahukan daripada kita iaitu
'Tidak aku ciptakan Jin dan MANUSIA..kecali untuk BERIBADAT kepadaKU.
...beribadatlah dengan membetulkan nawaitu untuk sentiasa mencari redho Allah, solat ke, puasa ke, baca Alquran ke, menolong orang ke, semuanya mesti berlandaskan peraturan hidup yang jelas terpampang di mata kita samada dalam Alquran mushaf maupun Alquran Terbuka...iaitu kejadian alam serta peraturan yang berlaku di dalamnya, malam bertukar siang dan subuh menjadi senja...semua mesti ada awal dan akhirnya. WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment