NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, November 19, 2009

TOTAL IMMERSION (CELUPAN TOTAL)





Salam

Khamis 19 November 2009 /2 Zulhijjah 1430H saya dan suami berada di hotel baru THE ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR.

Kami mewakili NGO Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) menghadiri majlis Interaksi UUM bersama Majikan 2009. PMM pernah menjadi majikan kepada seorang bakal graduan UUM awal tahun 2009 bernama Anuar Bin Abdul Samad. Satu program 'praktikum' yang baik untuk membina sifat kepimpinan pelajar sebagai persiapan di alam pekerjaan selepas mereka menjadi graduate atau seorang siswazah.

Seronok berada dalam hotel baru, cantik dan selesa walaupun perkhidmatannya perlu di pertingkatkan. Makanan alhamdulillah, ada dessert di panggil 'pisang goreng ice cream' mint..sampai menjilat jari!

Sahabat saya Puan Rafidah selaku Pengurus Program dan emcee pagi itu nampak sibuk namun cool kerana pengalaman dan komitmentnya memang lebih 100%. Tahniah kerana program berjaya dan pihak majikan memberi feedback yang baik demi kebaikan graduan UUM masa depan. Barisan petugas yang memakai pakaian seragam amat cekap dan berhemah..syabas dan tahniah sekali lagi.

Program sehari itu di awali dengan perasmian oleh seorang bekas Menteri yang pakar dalam bidang industri. Malangnya perspektif yang saya dapat tangkap masih biasa..iaitu menyediakan graduan untuk 'marketable' di dunia luar dan antarabangsa, antaranya mahir berbahasa Inggeris, penampilan yang menarik, pandai menyesuai diri dan sebagainya. Saya pernah dengar kini ramai badan koporat memakai 'teori blue ocean' iaitu banyak tanggongjawab sosial berbanding 'red ocean' sekadar nak bersaiang, berperang dan menang seorang...

Satu kisah yang saya tak sedap dengar yang keluar daripada mulut bekas Menteri ini ialah cerita dia berhadapan dengan seorang graduan Masters Degree dalam bidang' Religious Ethics in a working environment' . Dengan nada angkuh Menteri tersebut berkata...orang dah jauh ber'brain storming' dia masih menekankan nilai 'berkasih sayang, berbicara tenang dan sebagainya..lama-lama pegawai tersebut berhenti...habis cerita.'

Saya terpegun mendengar akhir katanya yang menggambarkan dia telah menang dalam peristiwa tersebut. Mungkin pegawai yang di ceritakannya itu salah strategi untuk memujuk bekas Menteri ini memakai pendekatan 'religious' namun konsep 'ethic' perlu di perkemas. Hari ini ketiadaan ethic atau budaya nilai murni dan seumpamanya telah menyebabkan bidang perindustrian dan perniagaan terkapai-kapai mencari jalan baru menerajui kepimpinan dunia.

Saya kurang arif nak memperkatakan perkara ini sekarang, tapi sepanjang program saya tertanya-tanya apakah isu integriti bakal siswazah bukan 'ethics'? Setakat ini saya belum berani berhadapan dengan bekas Menteri tersebut untuk menjelaskan pandangan saya kerana belum habis kita buka mulut dan kena 'sebiji' kerana itu biasalah sikap orang yang rasa dirinya hebat, tapi saya berdoa satu hari yang bersejarah akan datang untuk dia insaf bahawa 'not everything' berpaksi kepada kecerdikan manusia atau kaedah teknologi canggih yang perlu kita kuasai. Sebaliknya kita kena kuasai jiwa kita dulu agar tunduk kepada kebesaran Allah, tidak meragui peraturanNya dan sentiasa berada dalam 'orbit' keredhaanNya.

Apa pun saya belajar satu kaedah daripada bekas Menteri ini iaitu konsep 'TOTAL IMMERSION' (celupan total) kerana konsep ini ada dalam ayat Alquran Surah AlBaqarah ayat 138 dan 208 bermaksud:

"Sibghah (celupan) Allah, siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah. dan kepadanya kami menyembah"

"Wahai orang yang beriman, masuklah kedalam agama Islam secara keseluruhan (celupan Total), dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu."

Konsep celupan total yang di bawa bekas Menteri ialah bagaimana negara Singapura melatih pegawai yang akan berkhidmat di kedutaan-kedutaan luar negara di hantar setahun tinggal bersama penduduk sesebuah negara dan memahami bahasa dan budaya negara tersebut. Ia lebih berkesan dan pegawai-pegawai akan lebih cekap serta yakin berkhidmat.

Tepat sekali..saya sendiri melalui proses ini sewaktu saya 'mencelup total' diri saya dalam budaya mencari kebenaran kerana saya terus tinggalkan budaya saya yang lama secara total dan berdamping dengan persekitaran baru selama beberapa tahun...kemudian bila saya muncul semula ke persada biasa, inilah saya yang dengan izin Allah tahu apa tujuan hidup saya dan dari mana saya datang serta kemana saya akan pergi. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment