NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, November 21, 2009

KISAH UPSR, ASTRO DAN UPTOWN



Salam

Keputusan UPSR baru sahaja di umumkan dan berapa ramai hati-hati insan yang bergolak antara suka dan duka. Suka bila anak-anak berjaya mencapai tahap cemerlang atau 5A, duka bila anak-anak kurang berprestasi.

(Gambar atuk abah dan cucu yang mengikut gerak geri)

Sewaktu didatangi seorang ibu yang merasa 'terlalu' sedih kerana anaknya memperolehi keputusan UPSR yang kurang menarik 'A' nya saya hanya menasihati beliau 'count your blessings' (hitung nikmat Allah yang kamu perolehi) berbanding saat duka dan sedih. Namun beliau masih kurang mampu memandangkan trend anak-anak rakan dan kenalannya semua berjaya.

Begitulah suasana hati kita manusia yang lemah melihat sesuatu kejadian, sering terperangkap dengan persekitaran. Jika anak-anak rakan mampu merangkul kecemerlangan kita tertanya-tanya mengapa anak kita gagal mendapat kejayaan yang sama. Persekitaran yang meletakkan kejayaan akademik sebagai kayu ukur perasaan suka dan bahagia tidak salah jika kita kaitkan dengan persiapan generasi cemerlang untuk memimpin umat masa akan datang. Namun jika ia menjadi kayu ukur kehebatan dan mertabat dunia semata ia satu kesilapan terutama meletakkan anak sebagai 'bahan' pameran.

Tambahan lagi bukan manusia yang mengatur ilmu terus masuk ke hati manusia, ilmu hak Allah yang memberi kefahaman kepada makhluknya mengikut kehendakNya dan kita di minta berdoa "Ya Allah tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku rezeki kefahaman"

Menyebut isu anak, Rasulullah saw pernah mengalami kecaman kerana tidak mempunyai keturunan (anak lelaki) kerana semuanya meninggal sewaktu kecil. Baginda di sebut oleh orang kafir Quraisy sebagai 'al-abtar' atau 'yang terputus'. Allah telah membantah dengan menurunkan ayat Alquran surah al Kautsar yang bererti orang-orang yang menghina baginda itulah sebenarnya yang 'abtar' (terputus rahmat). Walaupun mereka mempunyai anak namun Allah menghilangkan keberkahan pada mereka, sedangkan Nabi Muhammad diberi berkah yang banyak sampai Allah mewariskan bumi dan segala isinya untuk baginda. Dalam lain perkataan anak-anak bukan untuk pameran tetapi untuk mencapai kerberkahan daripada Allah melalui usaha kita mendidik mereka ke arah keimanan yang kental. Walaupun anak kurang berjaya dalam keputusan UPSR ia terlalu awal untuk mengukur keimanannya setelah dewasa dan adalah lebih baik anak-anak di uji dalam kerendahan, kesusahan dan kegagalan berbanding keangkuhan sekiranya nilai akademik sahaja menjadi kayu ukur 'utama' seperti hari ini.

(Pelakun ASTRO dengan pemilik D'Arab Cafe)

Jumaat 20 November 2009 saya terserempak dengan krew ASTRO membuat penggambaran 'warung kita' di D'Arab Cafe Anjung 7. Satu pengiktirafan kepada makanan ala timur tengah yang mula di minati oleh rakyat Malaysia. Kebetulan lokasi berhampiran dengan UNISEL memudahkan pelajar antarabangsa terutama daripada negara-negara Arab menjamu selera. Saya mendoakan perniagaan anak melayu yang satu-satunya ini di berkati Allah kerana sekurang-kurangnya dapat menjaga halal haram makanan yang kini menjadi isu besar kerana sikap peniaga kurang peka ke tahap memanipulasi logo halal.

Sabtu 21 November 2009 sebelah malam saya berkunjung ke Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Satu perubahan positif telah saya saksikan dan saya ucap tahniah kepada MBSA kerana usaha menaikkan taraf Uptown untuk menarik ramai pengunjung.

(di Uptown seksyen 24 Shah Alam)

1 comment:

  1. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tidak sepatutnya kita bersedih hati semata-mata kerana anak-anak tidak mendapat tahap "A" dalam peperiksaan UPSR. Amat terlalu awal untuk menilai kebolehan yang sewajarnya pada anak-anak tersebut. Yang penting ialah mereka harus dilihat dari segi usaha mereka dan komitmen mereka dan bukan dari hasilnya. Hingga ketahap mana sekalipun, usaha itu lebih diutamakan daripada keputusan nya. Kerana kewajipan kita ialah untuk berusaha. Keputusanya ialah hak Allah.Semoga betul pegangan ini.

    ReplyDelete