NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, November 23, 2009

TARIKH 2012...TARIKH KIAMAT?





Salam

Berehat di Hotel Ascott Jakarta dengan keluarga kali ini kami di hidangkan bukan sahaja dengan makanan enak, solat berjemaah, nikmat bersama AlQuran, tazkirah, shopping, tapi juga menonton tayangan VCD mutakhir bertajuk '2012'.

Mulanya saya meremehkan filem ini seperti biasa sebagai 'fiction' dan wayang semata. Namun setelah di teliti kesannya kepada penonton yang belum cukup ilmu ghaib atau lebih mudah IMAN saya bimbang filem ini akan melahirkan satu persepsi bahawa 'HARI AKHIRAT' adalah lakunan, tidak berlaku dan dalam wayang semata.

Kejadian tanah runtuh, bangunan hancur, berlipatnya bumi, runtuh langit, merahnya matahari, merekahnya tasik kering dan panasnya api...seolah-olah kepada watak pelakun utama tidak jejas langsung, kalis air, kalis ombak, kalis petir, kalis meteor, kalis api dan segalanya...pasti penonton akan rasa mereka adalah watak hero dalam filem itu dan bila selsai menonton mereka akan rasa puashati dengan persepsi bahawa mereka juga sama iaitu tidak terjejas dengan KIAMAT ...nauzubillah.

Saya cemas jika filem ini yang telah mula di tayang di pawagam -pawagam di Malaysia akan memberi persepsi kepada remaja betapa kecilnya kuasa yang hendak di 'lawan' seolah-olah teknologi canggih dan kepintaran manusia sudah cukup dan boleh mengatasi KUASA Allah yang mutlak dan berhak menghancurkan tamaddun manusia dalam sekelip mata.

Walaupun kata-kata "oh God..help God..".keluar daripada mulut pelakun..tapi akhirnya macam usaha dan kepintaran orang-orang pilihan, tak lain daripada Presiden USA atau Yahudi mengatasi segala dan kaburlah kuasa Allah yang Maha besar jika persepsi ini hidup subur dalam minda anak-anak muda pewaris zaman akan datang.


(Bersama Cik Isky Miskiyana Bt Kamil ketika di temui di Ascott)

Menyebut tentang pewaris, sebenarnya kedatangan saya ke Jakarta turut membawa misi menemui seorang remaja pewaris masa depan Islam bernama Isky Miskiyana Bt Kamil. Dalam usia warga emas saya ingin berkongsi dengan lebih ramai remaja betapa mereka patut bersyukur kerana di limpahkan pelbagai kemudahan yang sewajarnya menjadikan mereka lebih cepat bijak, menjadi dewasa dan lahir sebagai pemimpin berwibawa.

Kisah bermula bilamana seorang ustaz berasal dari Jakarta yang kini sedang menghabiskan pengajian Phdnya di Malaysia pernah berkongsi maklumat bahawa adik bungsunya berminat melanjutkan pengajian dalam bidang IT Security di mana-mana university di Malaysia. Namun permohonannya ditolak kerana kuota pelajar antarabangsa di IPTA telah penuh. Jika ingin meneruskan diIPTS mungkin kosnya terlalu tinggi. Dia memberi jaminan adiknya seorang yang hebat kerana minatnya dalam bidang IT memang teruji. Ia seorang yang komited dalam tarbiyah Islamnya.

Jaminan yang akhir itu paling saya minat kerana saya lama ingin mencari tokoh remaja yang tinggi minatnya dalam tarbiyyah atau didikan Islam.

Alhamdulillah sepanjang pertemuan dengan Isky saya amat seronok kerana dia pintar berbahasa Inggeris, mengajar saya menggunakan 'face book' dan 'dia sedang BERPUASA' bulan Zulhijjah! Dia anak yatim piatu kerana ibu bapanya telah meninggal dunia dan hanya tinggal empat beradik sahaja yang masing-masing menyara kehidupan. Dia sedang mengumpul wang 'kos' untuk meneruskan pengajian.

Saya terkenangkan bagaimana remaja yang saya sering temui, kebetulan anak-anak ibu tunggal dan rakyat termiskin jarang yang berfalsafah seperti Isky. Kebetulan Pertubuhan Mawaddah Malaysia baru selsai siri seminar 'keganasan rumahtangga' yang mana saya berceramah pada 21hb baru-baru ini. Isu remaja kesan perpecahan rumahtangga ramai yang kecundang dan rendah jati diri.

Saya mula insaf bagaimanakah suasana masa depan umat berhadapan dengan kemelut gejala sosial yang tidak terbendung sekarang.

Ceramah OSCC 'Keganasan Rumahtangga' di Paya Jaras







Satu isu menarik dalam ceramah saya di OSCC (one stop crisis centre) ialah konsep 'keganasan' berlaku dalam bentuk saikologi. Antaranya remaja perempuan yang merelakan dirinya menjadi pasangan lelaki tanpa si lelaki minta 'izin ibu bapa' merupakan keganasan kerana tidak menghormati maruah 'anak dara' dan akhirnya kerana tidak mengikut peraturan yang di tetapkan Allah 'jangan dekati zina'..berlakulah apa yang berlaku...dan bila teman wanita mengandung si lelaki akan menghilangkan diri...bukankah ini 'keganasan tahap kelas pertama? (first degree!) WaAllahu'alam


No comments:

Post a Comment