NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 25, 2009

AIDILADHA 1430H


Salam

Pagi 25 November saya menerima sms seorang tokoh yang banyak mendidik kami sedang sakit tenat. Saya batalkan semua pertemuan dan urusan tugas MBSA dan telah sempat menziarahi beliau di HUKM. Alhamdulillah doktor menasihatkan beliau banyak rehat dan cuba tambah selera makan kerana beliau di jangkiti denggi yang hanya immuniti badan sahaja yang dapat menolong. Menjelang Aidil Adha kami perhatin tokoh ini kehilangan isteri tercintanya hampir setahun yang lalu dan tergambar kerinduan di matanya. Kami yang ziarah hanya mendoakan tokoh ini yang memang banyak amalnya dapat bertahan dan berkorban perasaan demi menjaga kesihatannya.

Menyebut pengorbanan semua umat Islam sedar dan tahu tentang konsep PENGORBANAN yang terungkap dalam merayakan AidilAdha, antaranya mengakui kebesaran Allah yang telah menurunkan Nabi Ibrahim sebagai contoh teladan kepada umat beriman bahawa segala apa yang di perintah Allah itu satu IBADAH termasuk 'mengorbankan' anak sendiri. Hakikat anak bukan hak milik kita membuatkan orang yang beriman sanggup berpisah dengan anak melalui proses kerendahan hati menerima perintah Allah. Maknanya anak-anak hendaklah di asuh, di didik dan di manfaatkan hanya untuk mencari keredhaan Allah. Nabi Ibrahim 'mengorbankan' anak yang juga seorang Nabi pilihan tidak sama dengan kita umat biasa, janganlah pulak manusia lemah macam kita semua berpandangan bahawa anak boleh 'dikorbankan' untuk sebarang kepentingan yang bercanggah dengan perintah Allah.

Saya runsing melihat gelagat masyarakat hari ini yang sanggup menorbankan 'anak' untuk pelbagai tujuan, pamer kejayaan, pamer anggota badan melalui pelbagai peragaan dan penglibatan dalam program celeberiti yang 'gah' dengan populariti. Saya pernah menegur dua orang ibu yang melibatkan anak-anak mereka dalam dua acara 'pamer' anggota badan anak-anak perempuan mereka, satu 'bintang kecil' dan satu lagi sukan 'gymnramik' Terusterang saya mohon agar anak-anak mereka tidak di beri satu kefahaman bahawa untuk mendapat 'habuah' dan 'pujian' kita boleh buat sesuka hati sekalipun dengan menggadaikan maruah wanita. Malangnya kedua ibu tersebut tidak mengendahkan teguran saya malah memberi alasan bahawa bila anak-anak mereka remaja nanti mereka akan berubah dan malu sendiri. Begitu mudahnya alasan dan harapan namun saya doakan begitulah hendaknya.


Kisah PENGORBANAN Aidiladha 1430H yang kedua yang ingin saya rakamkan ialah keredhaan seorang isteri terhadap hasrat suaminya, seorang pengurus pakej haji dan umrah, untuk beristeri lagi. Termenung juga saya mengimbau kejadian ini kerana setahu saya berpoligami di Malaysia dan dikalangan wanita di Malaysia tidak semudah itu. Bila saya renung hikmah dan matlamat perkhawinan ini baru saya insaf bahawa tidak semua wanita dapat memproses diri mereka merelakan suami berkongsi kasih KECUALI wanita terpilih dengan iman dan kesabaran serta kerendahan menerima ujian dan takdir Allah setelah semua usaha di jalankannya untuk membantu suaminya TIDAK terperangkap dengan 'gamitan' wanita lebih muda. Tambahan katanya hidup yang singkat ini tidak wajar di habiskan dengan dirondong perasaan kerana banyak urusan yang bermanfaat masih menunggu kita. Wanita yang di perkatakan ini juga banyak mendapat nasihat daripada tokoh yang kami ziarahi. Inilah hikmah seorang soleh menjadi penasihat, sejuk jiwa di buatnya.

Lima bulan isteri pertama memendam perasaan, merajuk dan mengugut suami namun semuanya berakhir dengan suami tetap berpendirian 'ini satu takdir dan saya lakukan demi dakwah Islam, bak ungkapan Hassan Albanna 'kami adalah pendakwah dahulu'.

Di fahamkan isteri keduanya seorang ibu tunggal beranak dua yang baru sahaja berpisah dengan suaminya yang di katakan sebagai 'ganas'. Beliau telah pergi menunaikan umrah khusus untuk berdoa agar Allah menemukan jodoh 'barunya' dengan seorang yang boleh membimbingnya dalam hal ehwal agama, dan pilihannya jatuh kepada.... 'pengurus jemaah' yang menguruskan perjalanan umrahnya..simple and sweet..

Rentetan kisah ini sengaja saya catit dalam blog saya sebagai peringatan kepada saya bahawa manusia memang tidak berkuasa menahan taqdir Allah, antaranya ajal maut dan jodoh perpisahan. Cuma yang saya masih musykil ialah sejauh mana mudahnya seorang lelaki 'berkenalan' dengan bakal isteri dan jatuh 'cinta pandang pertama' sedangkan wanita tersebut tinggal berjauhan. Di fahamkan lelaki tadi semata-mata percaya kepada pengakuan bakal isteri yang dia telah 'berpisah' dengan suami pertama. Apa yang lebih menglirukan saya ialah bekas suami wanita itu ada menghubungi isteri pertama pengurus tersebut menyatakan 'suami awaklah yang menyebabkan saya berpisah dengan isteri saya' ...adakah ini satu konspirasi???

kebetulan isteri kedua tadi berasal daripada kepuluan Borneo Malaysia. Nak di jadikan cerita pengorbanan AidilAdha, sehari lepas bernikah suami barunya terpaksa meninggalkannya kerana menjadi 'pengurus' jemaah haji selama sebulan..wadduh hebatnya pengorbanan pengantin baru ini! Saya tidak berhak membuat komen tapi saya doakan isteri pertama terus juga memohon petunjuk daripada Allah bahawa yang benar itu akan tampil akhirnya...walaupun 'akhir' itu mengambil masa nun terlalu panjang.

Saya ada pengalaman menjalankan program motivasi dengan ibu-ibu tunggal di WP Labuan dan yang sedihnya ramai ibu tunggal yang memang suka bertukar-tukar pasangan seolah ia macam bertukar pakaian...dan anak-anak menjadi mangsa perceraian demi perceraian. Bila ditanya mengapa wanita bersikap demikian, ada yang menyatakan 'balas dendam', ada yang menyatakan 'menyara hidup mewah' dan ada yang menyatakan 'tak tahan membujang...' WaAllahu'alam.

Sewajarnya lelaki yang dalam kisah saya ini merujuk kepada saya tentang karenah ibu tunggal muda di kepulauan Borneo Malaysia ini. Tak tahu salah siapa keboborakan masyarakat dan wanita ibu tunggal menjadi begini...

Sebagai satu pengimbang kisah beristeri lebih saya di fahamkan di negara Nigeria, Afrika, umat Islam dididik dengan menerima hakikat beristeri lebih seorang sebagai satu kebanggaan, rezeki dan rahmat Allah kepada sesebuah keluarga. Begitu juga di zaman awal para sahabat yang diredhai Allah di bawah pimpinan Rasulullah saw, dimana memperisterikan balu yang di tinggalkan seorang yang syahid di jalan Allah menjadi rebutan.. betapa jauh kita dengan amalan soleh tersebut...

Bagi mengimbangi perasaan isteri yang 'belum' boleh berkongsi suami dengan isteri yang lain pula mari kita imbas kisah rumahtangga Rasulullah saw dengan isterinya Saidatina Khadijah yang tak pernah di madukan oleh baginda. Juga dengan Siti Fatimah Azzahrah isteri Saidina Ali as ke tahap Rasulullah saw pernah memberi amaran kepada Saidina Ali 'jangan sakiti hati Fatimah..seolah engkau menyakiti hatiku..' Wallahu'alam, saya kena rujuk lagi mafhum kata-kata Rasulullah saw agar saya bercakap yang benar dan demi kebenaran sahaja.

ALLAHUMMA IGFIRLANA WA NAJJINA MINANNAR (YA ALLAH AMPUNKAN KAMI DAN JAUHI KAMI DARIPADA AZAB API NERAKA.) Ini doa Hari Arafah... di mana Allah membebaskan ramai hambaNya daripada neraka dan syaitan melihat rahmat dan keampunan Allah turun mencurah-curah. Ya Allah perkenankan doa ini untukku dan semua ahli keluargaku amiin...





2 comments:

  1. SALAM. Cerita pengorbaban berbagai rupa dan berbagai pendekatan. Iman adalah paksi segala tindakan agar jiwa yang merentasi titian pengorbanan sentiasa tenang. Rata-rata masyarakat di Malaysia akan memberi contoh akhlak dan tindakan Rasulullah bila memperkatakan tentang perkahwinan lebih dari satu. Saya berfahaman bahawa jumhur ulama' mengatakan bahawa adalah LEBIH AFDHAL mengikut apa yang Rasulullah suruh dan bukan ikut yang Rasulullah buat. Rasulullah MEMBENARKAN kahwin lebih. Ini bukan ARAHAN tetapi hanya membenarkan sebagai penyelesaian masaalah jika sudah tidak ada alternatif lain.Syarat perkahwinan lebih dari satu amat berat kerana atas apa sebab sekalipun, SAKINAH adalh obkektif utama dalam pembentukan rumah tangga Muslim Mukmin.Kalau kerana zuriat sekalipun kalau sakinah tidak wujud, maka perkahwinan lebih dari satu tidak dituntut. Ia tidak haram tetapi tidak digalakan, kerana dalam Islam kalau masaalah itu adalah kerana seksual, Islam kata puasalah.Fakta sakinah harus difikirkan sebelum melangkah ke dunia kahwin lebih dari satu.Isteri pertama mungkin kata rela dan redha. Hanya Allah yang mengetahui rasa redha isteri pertama. Oleh itu lelaki harus munajat dengan sebenar-benar munajat kepada Allah sebelum mengambil keputusan kerana Allah akan membela hati yang terluka seorang isteri yang soleh walaupun bibir dan hati mengatakan redha.Itu hak Allah dan lelaki jangan berfikaran secara superficial dalam menilai hati isteri.Fakta bahawa Rasulullah saw tidak berkahwin lebih ketika bersama Khadijah harus difikirkan dengan hati yang rujuk pada Allah, walhal Khadijah itu jauh lebih berumur dari Nabi sendiri. Semasa Nabi saw hanya bersama Khadijah, ketika itu tentu ada wanita lain yang perlu juga dibela dari segi kepentingan sosial dan kebajikan. Pasti ada hikmahnya yang tersendiri.Oleh itu fakta mahu membela seorang lagi wanita harus dilihat dari berbagai sudut.Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Wallahu'alam. Tolong perbetulkan pendapat ini.

    ReplyDelete
  2. Salam. Good comment. Lama saya berfikir kenapa syarat 'berpuasa' di kenakan kepada lelaki bujang yang tak mampu beristeri. Ia untuk kawal nafsu dari terjebak dengan dosa. Tapi yang dah ada isteri mungkin menganggap immune dengan puasa, selebihnya nak tukar selera je, kadang-kadang berdusta mengatakan isteri tak sihatlah. Random survey menunjukkan isteri yang 'trust' suami selalu kena tipu. Doakan yang terbaik kepada isteri yang di uji ketabahan dan kesabaran bermadu.

    ReplyDelete