NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, November 23, 2009

HAPPY BIRTHDAY



BERKAMPONG DI ASCOTT JAKARTA: SEMUA ADIK BERADIK PEREMPUAN


Salam

Alhamdulillah mengikut tarikh masihi hari ini 23 November 2009 saya berumur 61 tahun, kawan saya kata kalau mengikut tahun Hijrah umur saya 63 tahun...wow itu umur jangkaan hidup  umat Nabi Muhammad. Satu nikmat umur yang begitu panjang untuk membuat persiapan kembali semula kepada Allah, adakah sudah cukup?

Mengimbau pencapaian saya nampaknya belum cukup atau macam tak ada amal.  saya katakan begini kerana pagi 22 November Ahad saya menjadi tetamu program 'convocation' pelajar tadika AlIkhlas di Bukit Jelutong.  Saya tidak menjangka Noraiza Che Awang kawan saya yang menjadi Pengarah Eksekutif syarikat yang mengasaskan Cambridge AlIkhlas Shah Alam, satu-satunya outlet Muslim sudah mencapai kejayaan begitu cemerlang dan telah berjaya mengumpulkan anak-anak dan ibu bapa dalam dewan yang besar hampir 500 orang...atau lebih. 
 

Yang kelakarnya saya datang berlenggang tanpa menyedari menjadi VIP program saya kena berucap...dalam bahasa Inggeris pulak tu.  Puan Shantini bergegaslah membuat nota ucapan, tapi bila saya belek-belek tak jadilah kerana tidak biasa membaca inspirasi orang lain...Ya Allah, saya berdoa, beri aku ilham dan mudahkan....
Alhamdulillah selepas ucapan saya amat lega dan berharap apa yang di luahkan dari hati tentang pentingnya menghayati pendidikan Alquran berkesan di hati pendengar.

Kebetulan saya akan ke Jakarta, terus kami ke lapangan terbang KLIA. Menaiki pesawat KLM yang padat dengan penumpang dan dalam keadaan saya dan suami berpuasa agak mencabar, queue lama dan barang di tempat simapan melimpah-limpah jatuh...dan seorang penumpang terpaksa di turunkan kerana sakit dan perlu rawatan. 

Sebelum menaiki kapalterbang saya dapat sms daripada MBSA menyatakan Puan Norheida (Nora) Jabatan ICT telah pulang ke rahmatullah jam 4.30 petang. Innalillahiwainnailaihiraji'un.  Kami juga akan mengikut jejak Allahyarhamah.  Semoga rohnya di rahmati Allah dan di himpunkan di kalangan orang-orang yang solehah dan kita bertemu di syurgaMu Ya Allah...amiin 

 
Alhamdulillah sekali lagi kami selamat sampai di lapangan terbang Seokarno Hatta Jakarta. Seperti biasa Pak Sardi sedang menunggu melepaskan kami melalui lorong diplomat di laluan imigresen. Pak Saiman pemandu seperti biasa sedang menunggu dengan Toyota Camri dan kami terus ke Ascott.  Dalam keadaan musafir dan belum sempurna berbuka kami dapat rasai rahmat 'lapar'

Rupa-rupanya Kamardin tuan rumah telah bersedia dengan masakan enaknya, dari luar lif dah barbau udang goreng kegemaran kami sekeluarga sejak kecil lagi...Wow..rezeki orang puasa bulan Zulhijjah, saya terus duduk makan dengan penuh kesyukuran, alhamdullilah sejuta kali. 

Dalam hati saya banyak berdoa adik saya yang pemurah ini akan di beri ganjaran seperti kilat laluannya ke syurga. Mafhum hadis.."orang dermawan dekat dengan Allah, dekat dengan orang ramai dan dekat dengan syurga, orang bakhil jauh daripada Allah, jauh daripada orang ramai dan dekat dengan neraka."

Satu lagi mafhum hadis.."orang pemurah ibarat berpegang kepada dahan yang akar pokoknya tumbuh di syurga dan akan melantun kesyurga..orang kedekut ibarat berpegang kepada pokok yang tumbuh di neraka dan bila-bila masa melantun ke neraka "...waliayazubillah.

Saya berdoa warisan bapa saya yang amat pemurah akan sentiasa hidup dalam hati dan amalan semua adik beradik saya, amiin. Falsafah hidup kami 'kami tidak akan miskin kerana sikap suka memberi' WaAllahu'alam
 


  



1 comment:

  1. SERONOK CERITA DAN CARA BERCERITA. BACA ULANG DUA KALI.SALAM.

    ReplyDelete