NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, November 13, 2009

5 ROSE CRAFT ANAK DIDIK MAWDDAH KRAF






Salam

Kiosk Mawaddah Kraf Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam Selangor baru-baru ini di lawati pegawai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepajal dan pembersihan Awam, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Sejak tahun 2000 Mawaddah kraf merupakan salah satu agen kitarsemula bahan buangan khususnya kertas yang di jelmakan dalam bentuk kraftangan.


Alhamdulillah hingga kini Mawaddah Kraf telah melahirkan ramai juga anak didik, antarnya Kumpulan Wanita Salam di Bangsar, Era Consumer di Petaling Jaya, D'Asnaf Kraf Lembaga Zakat Selangor, Wannur Paper Kraf di Terengganu, Nissman Creative W Persekutuan, Zam Enterprise Semenyih, Kedah, Pulau Pinang dan 5 Rose Craft di Perak.




Zam Enterprise




5 Rose Craft, satu-satunya anak didik Mawaddah kraf menwujudkan bengkel kraf kitarsemula 'home base' di Pasir Salak, Perak Tengah. Lokasi bengkel berhadapan dengan sebuah resort Pasir Salak di tepi sungai perak. Ia satu kelebihan kepada kraf yang di hasilkan kerana setiap kali ada program latihan di resort hadiah cenderahati pasti akan di dapatkan daripada 5 Rose Craft.

Sejak tahun 2001 5 Rose Craft telah mengorak langkah menghasilkan kraf hasil kitarsemula majalah yang di asaskan untuk kumpulan asnaf dan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Indahnya 5 Rose Craft ialah seluruh rumah menjadi idea melakarkan kraf termasuk sebatang pokok kelapa yang menjadi tiang seri rumah.

Mengimbau kesah 5 Rose Craft melangkah tapak demi tapak hingga di iktiraf oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia dalam beberapa pameran dan kisahnya di muatkan dalam akhbar tempatan, terakhir Sinar Harian Perak dalam bulan Oktober 2009, saya mengucap syukur kerana tanpa adanya pengusaha gigih seperti Anuar dan Fatimah (pasangan suami isteri yang mengusahakan 5 Rose Craft) mungkin idea yang saya timba daripada Manila Filipina lebih 10 tahun lalu akan menjadi idea semata. Tahniah dan di doakan keberkatan hingga mencapai taraf yang tertinggi satu hari nanti. WaAllau'alam


1 comment:

  1. Tahniah. I tak tahu begitu luas kraf mawaddah dah berkembang. Mungkin sekarang kita kena tolong promote dari segi pemasarannya pulak.Salam.

    ReplyDelete