NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 11, 2009

LIVEABLE CITIES-BANDARAYA YANG SELESA DI DIAMI






















Kuala Lumpur
Pittsburg USA
Vancouver Canada
London
New York

Salam

Bandaraya Kuala Lumpur di nobatkan sebagai Pihak Berkuasa tempatan (PBT) terunggul di Malaysia dalam tahun 2008. Shah Alam jatuh ke tempat ke lima selepas Johor bahru, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Ahad 8 November 2009 saya berada di Hotel Bisdale Jalan Chow Kit Kuala Lumpur menghadiri seminar 'home spa/sauna'. Satu kejutan yang saya nampak ialah bandaraya Kuala Lumpur berubah rupa berbanding tahun 80an. Dulu ada sebuah Pasaraya MCIS di bawah hotel yang dulu bernama South East Asia Hotel. Kini saya terkejut kawasan di tepi koridor menjadi tempat menjual bundle. Kasut terpakai bergantungan dan beberapa gerai buruk sedang di tutup dengan plastik biru. Satu pemandangan yang lebih teruk daripada mana-mana pekan kecil di Indonesia yang pernah saya lawati.


Chow Kit Road



Saya di maklumkan sebahagian besar gerai adalah milik rakyat Indonesia dan jualan turut menyajikan makanan ala Indonesia. Di Indonesia saya di nasihatkan agar jangan makan sebarangan kerana mudah di serang sakit perut...kini di KL saya menasihiti diri saya sendiri agar berhati-hati menjamah makanan di kawasan Chow kit road.

Ciri-ciri kebersihan, keselamatan/jenayah, keindahan cuaca/cahaya matahari, mudah hubungan antarabangsa, kemudahan awam/ kesihatan,rekabentuk bandar, pengangkutan awam, sikap ketahanan penduduk (tolerance), Alam sekitar, mudah mencari tempat kehijauan, suasana perdagangan bebas, dasar pembangunan yang proaktif merupakan komponen konsep 'liveable city'. Ciri-ciri ini langsung tidak wujud di KL, maksud saya di kawasan Chow kit road.

Vienna Austria
Tokyo Japan


Dalam tahun 2009 Zurich Switzerland di namakan bandaraya paling 'liveable' dengan perancangan yang amat menarik dan kemudahan awam serta persekitaran yang bersih. Tahun 2007 di menangi bandar Munich Germany, tahun 2008 bandar Copenhagen Denmark dan bandaraya Tokyo jatuh tempat ketiga dalam tahun 2009. Bandaraya Singapura memenangi anugerah bandaraya yang terbaik infrastuktur dalam tahun 2009.



Singapore














Copenhagen Denmark
Zurich Switzerland

Dalam kajian Economist Intelligent Surver (EIU) pula Vancouver, Vienna dan Melbourne mendapat tempat terkeatas. Bandar-bandar paling terkebawa, antaranya
Baghdad adalah di negara Timur tengah. Agak terkilan kerana negara-negara tersebut sebahagian besarnya adalah negara pemerintahan umat Islam.





Munich Germany


Satu pengajaran buat Kuala Lumpur jika ingin cuba memecahkan tradisi negara Islam untuk menjadi bandar yang lebih selesa di diami, berubahlah dengan kerjasama datuk bandar KL dan pemimpin berjiwa rakyat...tapi melihatkan keadaan Jalan Chow Kit saya hanya dapat katakan ...lambat lagilah kita merasai nikmat menjadi bandaraya yang

Melbourne Australia

di harapkan untuk menampilkan sesuatu nilai yang masih tinggal di muka bumi ini..Yang di bimbangkan ialah APA YANG DI KEJAR TAK DAPAT..YANG DI KENDONG BERCICIRAN. mari kita sama-sama renungkan

No comments:

Post a Comment