NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, November 10, 2009

INTERNAL PROBLEMS


Salam.

Seorang Ustazah mencabar kami murid-muridnya dengan soalan 'mengapa semakin maju dan canggih kehidupan hari ini kita masih berhadapan dengan pelbagai masalah, contohnya semakin galak Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR) menjaga kebajikan pemandu di jalanraya dengan memberi hamper dan minuman kopi percuma terutama musim perayaan, semakin ramai yang maut di jalanraya?'

Kami ramai-ramai terkedu, ada yang menjawab takdir dan ajal maut tak di tentu manusia...Ustazah terus menjawab: Sebab peraturan luaran dan dalaman manusia tidak di selaraskan. Kita ada 'INTERNAL PROBLEMS'

Kami semua berpandangan serentak mengakui masing-masing kami memang ada internal problem agaknya...manalah tau..tertekan ke? banyak tanggungan ke dan sebagainya. Tidak terfikir dek kami masalah keyakinan atau kepercayaan atau akidah yang cetek atau samasekali songsang!.

Ustazah menjelaskan lagi melalui pertanyaan...Ada tak pemadu di jalan raya di ajar cara memandu yang di kehendaki Allah, antaranya solat musafir, berdoa dan berhemah menjaga kebajikan pemadnu lain di jalanraya hasil akhlak takutkan kemurkaan Allah kerana ego dan tamak haloba...kita sahaja yang mesti dulu, orang lain biar kemudian?

Jawapan terakhir ustazah menjelaskan kepada kami seterang-terangnya bahawa manusia rata-rata mengalami 'INTERNAL PROBLEMS' atau masalah dalaman kesan kurang mematuhi perintah Allah dan gagal menjalankan peraturan Allah di muka bumi. Makin ramai yang hari ini meragui undang-undang Allah berbanding sedikit yang yakin 100% bahawa Allah Maha berkuasa dalam semua hal dan Allah MAHA BENAR serta Maha sempurna dalam mentakdirkan sesuatu kepada makhlukNya.

Allah Maha Benar mematahkan hujjah sikap dan sifat bohong serta batil yang menghantui banyak jiwa manusia hari ini. Daripada se kecil-kecil lisan dan percakapan serta perbuatan hingga kepada sebesar-besar mengendalikan amanah pemerintahan semua di selaputi kebatilan dan pembohongan. Kita berbohong dan berdusta jika kita selalu membiarkan orang lain bertanggongjawab terhadap masa depan agama dan bangsa kita. Kenapa kita sering meremehkan kemampuan kita berbuat sesuatu sekalipun kecil untuk menegakkan kebenaran? antara sebabnya kita sering menyerahkan tanggongjawab kepada penjawat awam dan jabatan kerajaan menyelesaikan masalah kita, kita bergantung kepada manusia dan kepada agensi dalam pelbagai hal meminggirkan yang HAK, antaranya bertawakkal kepada Allah setelah puas berusaha untuk mencari keredhaanNya. Kita banyak di ikat oleh bumi dengan mendahulukan kebendaan berbanding kebenaran menyakini yang ghaib yang duduknya di langit dan tidak kelihatan dek mata kasar.

Memang isu ini terlalu akademik nak di fikirkan tetapi saya tersentuh juga bila berhadapan dengan realiti masyarakat di Bandaraya Shah Alam yang kian menular 'kebatilan' kerana terlalu banyak masalah yang terpampang, terkini 'vandalism' atau merosak harta awam, grafitti atau menconteng dinding bangunan dengan kata-kata dan gambar luchah, gangster mengugut orang ramai termasuk kaum yang lemah dan banyak lagi.

Selaku Ahli Majlis saya bimbang saya tidak mengikut landasan KEBENARAN sekiranya saya membiarkan INTERNAL PROBLEMS saya dan masyarakat tidak di selaraskan dengan KEBENARAN mematuhi undang-undang Allah terutama dalam taksub pembangunan terkini dengan teknologi canggih, i city, cyber city, Multimedia Super Corridor dan seumpamanya. Apalah gunanya semua itu jika ia tidak dapat kita wariskan natijahnya sehingga ke liang lahat? malah kita menerima bala kesan berTUHANkan teknologi moden dan 'state of the art'?

Saya berterima kasih kepada ustazah yang menjelaskan kepada saya tentang konsep KEBENARAN iaitu mengakui dan mengistiharkan hanya ALLAH berhak keatas semua KEBENARAN dan tidak ada satu kecacatan pun dalam undang-undang Allah Maha Pencipta, cuma manusia yang ada INTERNAL PROBELM belum nampak yang HAK itu dan bermaharajalela dalam kebatilan. Nauzubillah...mari kita sama-sama perbetulkan ikut kemampuan masing-masing insyaAllah dengan mengamalkan doa-doa berikut:

1. "Ya Allah perlihatkanlah kepada kami apa yang benar itu benar dan berkatilah kami untuk mengikutinya, da perlihatkanlah kepada kami yang batil itu batil dan berkatilah kami untuk menjauhinya."
2. " Ya Allah tunjukkanlah kami kepada kebenaran dan tunjukkanlah kebenaran kepada kami, dan jadikanlah kebenaran itu dalam hati kami dan lisan kami. Engkaulah Tuhan yang hak dan nyata benar"

No comments:

Post a Comment