NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 25, 2009

KUTMUIN WAWASAN KITA





Salam

Satu pertemuan bersejarah KUTMUIN (Kumpulan Keluarga Top Malaysia dan Ustaz-ustaz Indonesia) telah di adakan pada malam Rabu 25 November 2009. Tujuan melakarkan satu projek 'Wawasan Kita' berkaitan dengan mengimarahkan kawasan pergunungan di Garud Bandung. Tanah seluas 18 Hekter di cadang di bangunkan sebuah institusi pendidikan yang 'integrated' (pondok tahfiz, moden, salafi, tarbawi dan kontemporari) merupakan satu 'cabaran' kepada team yang di pilih khas ini.

Apa pun kami di minta pihak penaja mengadakan lawatan dan mengemukakan cadangan agar institusi ini akan menjadi sebuah WAWASAN KITA yang unggul di nusantara. Konsepnya berdayasaing dan berdikari (self financing) melalui aktiviti peternakan, tanaman dan pertanian. ...saya akur kerana selama ini saya mimpikan sedaqah jariah yang berterusan bak air mengalir melalui lahirnya golongan muttaqin....alangkah indahnya.

Semoga team yang terpilih ini dapat menyatukan hati-hati ikhlas kerana Allah ke arah memimpin genarasi umat Islam. Saya memang punya impian sejak memasuki umur warga emas ini iaitu menghabiskan masa saya dalam satu persekitaran yang indah 'udaranya', kemas bangunannya, cantik pemandangannya dan soleh penduduknya. Saya telah mula menggambarkan dalam minda bahawa tempat yang di sebutkan ini ada semua keindahan yang di hajati, air terjunnya, nyaman udaranya (katanya 16 degree Calsius), bersih airnya, luas tasiknya, subur menghijau tanamannya, semerbak bunga-bungannya, sihat ternakannya, banyak ikannya, ada swimming pool, ada horse riding dan memanah....mematuhi arahan Rasulullah saw supaya mendidik anak-anak mahir dalam ketiga-tiga bidang tersebut.

Kebetulan salah seorang Ustaz yang terlibat menghulurkan kepada saya brocur pakej pelancungan ke Bandung yang tergambar di sana jungle horse ride pakej...menepati wawasan dan selera saya untuk menyertainya. Sila layari 'creativewa.blogspot.com' untuk brocur iklan dan hubungi 016 6533 847 untuk keterangan lanjut.

Doa pada hari Arafah ini 'Ya Allah perluaskan rezeki kami, lapangkan pemikiran kami, permudahkan perancangan kami, terimalah amal kami dan berkatilah hasil usaha kami.." Amiin.

No comments:

Post a Comment