
Salam
saya baru 'melarikan' diri daripada satu aktiviti remaja di taman Tasik @7 yang indah kerana terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki dan perempuan mengadakan 'party' dengan pakaian yang menjolok mata. Di satu sudut gelap ada pasangan sedang memadu kasih dan kelihatan sebuah kereta mundar mandir di dalam taman yang di khaskan untuk orang berjogging. Sahlah aduan yang banyak datang kepada saya sebelum ini bahawa di kawasan Taman Tasik seksyen 7 ini akan menelurkan pelbagai masalah sosial.
Saya terus menalipon Pengarah taman MBSA en tahir samada perlu kumpulan yang nak menggunakan taman untuk party meminta izin dan dari siapa. Saya juga memaklumkan kepada Sargent Halim agar kereta perunda lalu di kawasan Taman. Kumpulan Skuad Aman yang masih dalam perancangan turut di maklumkan agar 'menjengah' bakal masalah yang mereka akan berhadapan setelah di lancarkan kelak.
Saya mengimbau konsep 'bandaraya selamat' (safe city) yang menurut istilahnya ialah 'making all Malaysian cities and towns free from violence, social and moral decadence and accidents'(Dalam buku Counselling Local Councils oleh Dr Goh m.s.187)
Baru sebentar tadi saya menghadiri majlis jamuan di surau Arrayan dan seorang ibu mengadu anaknya berumur 10 tahun telah mengikut rakan-rakan ke cyber cafe di seksyen 7 dan alangkah terkejutnya bila dia mendapati anak-anak di bawah umur memenuhi cyber cafe yang di miliki seorang Malayu dan beragama Islam. Tidak ada yang saya dapat katakan selain minta di buat aduan dan saya ajan ajukan ke MBSA. Pernah perkara ini di ajukan dan hasilnya ialah tidak ada bukti dan di dapati ibu bapa anak-anak menemani anak-anak mereka ke cyber cafe. Satu aduan lagi ialah pelajar UNISEL di dapati melakukan adegan memalukan di rumah yang di sewakan kepada pelajar...saya minta nama pelajar di berikan kepada saya kerana kebetulan saya kenal Pendaftar Kanan UNISEL.
Terlalu banyak isu yang melibatkan remaja dan gejala sosial akhir-akhir ini menyebabkan saya tertanya-tanya 'salah siapa'?
Mungkin tidak tepat untuk menuding jari salah siapa kerana semua masalah kait mengait dengan suasana masyarakat yang kurang peka untuk ber'peraturan'. Masing-masing galak melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hinggakan tak tahu yang mana tindakan yang betul dan yang mana yang salah. Peraturan paling penting ialah mengakui 'peraturan' yang di sediakan pencipta makhluk di muka bumi ini iaitu yang tersurat dalam AlQuran. Sejauh mana umat Islam tahu, faham dan ingin tahu apa peraturan yang di perintahkan dalam AlQuran selain lima rukun Islam. Sejauh mana perentah "Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada azab neraka?"..siapa kenal neraka? siapa yang dapat membayangkan azab yang pedih atau melihat nikmat syurga yang penuh kenikmatan? Hanya orang-orang yang taat dan taqwa mungkin merasai semua itu. Bagaimana nak melahirkan orang-orang taqwa?..ini isu global yang boleh di rujuk daripada banyak sumber terutama mereka yang 'walk the talk' tentang kebenaran dan perintah agama yang di redhai Allah dunia akhirat.
Doa saya sentiasalah Allah lindungi masyarakat di Shah Alam daripada bala kesan maksiat bermaharajalela. Berilah petunjuk kepada ramaja dan anak muda agar membuat persediaan menjadi pemimpin yang berwibawa di sisi Allah.
Wallahu'alam
Saya tetap kata yang pertama salah ialah pemimpin, dari yang atas sekali hingga ke bawah. Kata pepatah Cina : IKAN BUSUK DARI KEPALA. Kalau pemimpin di atas sekali ambil ringan perintah Allah, membuat dasar dan program serta aktiviti yang menyalahi peraturan NYA dan peraturan masyarakat,dan peraturan keluarga, maka inilah masaalah yang kita hadapai. Saya sentiasa memohon keampunan Allah atas kelemahan saya sendiri dan berdoa semoga Allah menggantikan pemimpin yang tidak berwibawa dan tidak berintegriti dengan yang sesempurna mungkin.Tidak ada manusia yang perfect tetapi pemimpin mesti mendahului segala usaha untuk menegakkan yang benar dan membenteras yang salah.KALAU PEMIMPIN SEPERTI KETAM YANG MENYURUH ANAKNYA BERJALAN LURUS,maka inilah akibatnya.Tugas kita ialah untuk membaiki diri kita dan berusaha mempengaruhi siapa jua di sekeliling kita untuk berbuat yang sama, iaitu mematuhi segala perintah yang ada dalam AlQuran. AlQuran adalah untuk semua manusia.
ReplyDeleteThank you for visiting. will keep posting more nonsense as the outcome of lawlessness in our society
ReplyDelete