NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, October 29, 2019

2S..AYAM ORGANIK

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Selasa 29 Oktober 2019 / 1 RabieulAwal 1441H

Alhamdulillah...saya terlalu kesuntukan masa untuk menulis ..mutakhir ini aktiviti bermusafir kerap juga antaranya perkahwinan kedua Ahmad Shukry suami almarhumah Zura dengan Muna Mardhiah nun jauh di kg Lahar Tambun Tasik Gelugor Penang. Kereta white horse meragam lagi dan program ilmu juga tidak boleh di abaikan..bak kata pepatah Arab tuntutlah  ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..persiapan bertemu Allah yg semakin hampir,

Dalam usaha menjaga makanan halalan thoiban widad anak angkat kami lulusan UPM masters UKM telah memulakan ternakan ayam organik..lebih kepada menjaga sumber makanan ayam dari bahan halal dan tidak menyuntik ayam dengan antibiotik yang diragui sumbernya.

Sokongan BMF..BUY MUSLIM FIRST..itu #hashtag mutakhir ramai umat lslam..dan saya pun cuba memasarkan hasil ayam tersebut di kalangan kenalan terdekat...jauhnya Felda Kemahang Tanah Merah kelantan kurang mendapat perhatian saya kerana beranggapan widad mesti bersiapsedia dengan freezer ..baru di hantar ke Shah Alam...SubhanaAllah...ujian pertama yang menikam kerunsingan saya sebaik ayam sampai jam 9.30 mlm...ayam di proses sebelum itu jam 4.00 pagi...dan ayam dihantar fresh tidak di bekukan dulu sebab widad tidak memiliki freezer....tebalkan telinga mendengar keluhan,,SERIK...AYAM ROSAK,,,AYAM KECIL..

Hampir semunggu juga kes jaga syubhat ayam selesai..yang busuk di bayar gantirugi..yang saiz kecil dikurangkan kos..

Kini setelah saya melihat sendiri ternakan ayam widad yang di jaga rapi dan bersih saya akan hanya promote kepada pembeli yang nawaitunya murni..yang banyak kerenah tak perlulah disantuni...yang cantiknya widad kata saya tahu umi mampu handle..ya tak yalah..apa guna melalui pengalaman luas merawat hati ibu2 tunggal satu masa dulu.,.yang saya berhadapan sekarang kacang saja iaitu golongan mereka yang tak suka rugi.,.sebenarnya dalam lslam..berbekalkan nawaitu ikhlas nak sokong BMF..itu pun dah dapat ganjaran...saya belajar SATU perkara dalam interaksi dengan pelanggan..JANGAN BERKIRA..sebab our first customer ialah Allah yang ingin lihat kegigihan dan istiqomah kita menolak 2S..desakan syaitan dan unsur syuhbhah..kalau ayam tidak rosak di claim rosak...bukankah memakannya SYUHBHAH..jadi darah daging seisi keluarga...saya berdoa yang rosak memang telah di buang.

No comments:

Post a Comment