NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, September 13, 2019

2 S SYAITAN DAN SYUBHAT

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Isnin 26 Ogos 2019 / 25 Zulhijjah 1440H

Alhamdulillah..saya dapat menyambung blog. Saya harap blog2 yang terdahulu tidak hilang di alam maya dan dapat di simpan untuk catitan sejarah hidup saya yang sudah pun melewati 7 abad.

Hujung minggu yang berlalu terisi juga walau rancangan awal ingin menyertai Muktamar NGO lkram terpaksa dibatalkan dek gigi yang meragam. Saya hanya mengemas bilik yang lama di kosongkan di tingkat atas untuk berpindah semula agar lebih selesa.  Lebih 6 bulan menginap di bilik bawah yang agak sempit kerana saraf kaki kurang sihat untuk memanjat tangga. Sekarang keadaan saraf kaki saya yang di sahkan melalui MRI slip disc perlu terapi dan mula stabil serta boleh menaiki tangga Alhamdulillah.

Sepanjang berkemas saya mendengar ceramah di Utube sebahagian besarnya oleh Dr Zakir Naik untuk mengesan unsur yang dikatakan telah memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.  Saya melihat kucar kacir di Malaysia mutakhir ini sebagai ujian besar sebuah pemerintahan yang belum pun sampai 2 tahun memerintah.

Sunnatullah perjuangan kebenaran sepanjang zaman memang di saluti kesukaran apatah lagi di akhir zaman. Musuh kebenaran iaitu kebatilan, jahiliyah dan fasad yang didukungi SYAITAN seolah melalui jalan amat mudah memfitnah dan merekacipta pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Untuk melawan kebatilan kita perlu jernihkan sumber pemikiran, akidah, sikap dan cara bertindak, kesemuanya hanya di perolehi dengan memingirkan semua SHUBHAT, keraguan dan campuraduk.

Tajuk blog 2S...cuba mengaitkan keserabutan yang berlaku sekitar kita dan seluruh dunia amnya kepada sikap menolak kebenaran yang di sampaikan oleh Pencipta kita Allah dan pesanan serta contoh tauladan Rasulullah saw. Terlalu glaring..terpampang kebenaran tersebut tidak dapat di sangkal namun biadapnya manusia akhir zaman tetap memilih 2 S..Syaitan dan Shubhah

Dalam AlQuran disebut musuh manusia adalah SYAITAN...yang banyak berpunca daripada nafsu.Asal usul nafsu adalah tidak mampu nya manusia menahan keinginan serta tidak berdaya memelihara kesucian sumber rezeki, makanan, pergaulan dan segala macam keperluan hidup.

Sewaktu mentaddabur ayat Alquran Sheikh talaqi kami menyebutkan betapa umat lslam hari ini melonggar2kan soal dosa besar dan kematian yang buruk (suul khatimah). Perinciannya beliau menyebut adalah dosa besar seorang lelaki keluar bersama wanita bukan maharam sekalipun menjalankan tugas. Mereka perlu menjaga batas aurat terutama para wanita, di bimbangi mendapat kematian yang buruk..SubhanaAllah, begitu rapi Alquran mengatur sistem hidup barokah bertaqwa.

Terlalu banyak sumber syubahat hari ini terutama bekalan makanan yang halal dan baik. Kekecohan yang melanda dasar kerajaan cuba memperkenalkan tulisan khat dalam kurikulum sekolah rendah hari ini terbawa2 kepada isu tulisan jawi yang banyak diperalatkan oleh kaum bukan lslam untuk melariskan produk yang di ragui kehalalannya.  Berlakulah konsep Jihad Ekonomi untuk memboikot produk bukan muslim...

bersambung...

No comments:

Post a Comment